Tuesday, January 25, 2011

Sewing - Baju Kurung & Anak Tudung

Salam semua.....dah lama tak ada n3 pasal aktiviti menjahit ku. Entah kenapa malas betul nak ambil gambar untuk diabadikan dalam blog ku yang tak seberapa ni. Lagipun kesibukkan daku mengurus anak-anak, rumahtangga dan penyakit M yang melanda diri ini menyebabkan daku rasa teramat malas dalam semua hal. Apa ke hal ni awal-awal tahun dah malas-malas mana perginya azam yang membara di awal tahun tu hari. Ehhhh... tak boleh jadi ni kena hapuskan penyakit M tu supaya hidup daku jadi lebih cergas huhuhu...... Atas permintaan kawan ku cik mala simplicity I tunaikan permintaan U nak tengok hasil jemari keras ku ini. Tanpa model yang mengayakan ni la 4 pasang baju kurung yang telah sampai kepada penempahnya.

mood bunga-bunga

makeover tudung lama jadikan anak tudung untuk member dah lama sampai kat tuan dia. Sekarang ni tengah siapkan beberapa lagi tempahan.

Monday, January 24, 2011

Goda Suami Di Usia 40-an

Salam semua.... masa bw tadi melor jumpa n3 menarik ni . Rasa melor sesuai untuk dikongsi bersama . Melor copy dari blog ikutsukaaku harap tuan tanah jangan marah ya. Kepada kawan-kawan jom la baca mana la tahu kut-kut dapat membantu tak banyak sikit pun jadi la.

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.


Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar…banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelahi lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka `cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula `meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan `dingin' dalam banyak hal.

Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan.Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil.

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak `cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi `trang-tang- tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.


Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara.

Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit, tak pun dengan baju kelawar yang lusuh. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, ketika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin. Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Aaaa ..... apalagi mari la kita pakat -pakat praktikkan benda yang diperkatakan tu. Semoga sang suami dapat kita jinakkan dan aman damai la rumahtangga hendaknya ya.

Sunday, January 23, 2011

Kenapa Dah Kurang Update

Salam semua....sejak sesi persekolah bermula melor dah kurang update blog. Nak tahu kenapa?? sebab masa nak ngadap tenet ni dah berkurangan. Mana taknya pepagi lagi dah kena bangun sebab nak uruskan my little hero dan heroin gi sekolah. Lepas tu kena uruskan si little princes pula. Pastu nak kena bereskan urusan rumahtangga. Pastu nak belai pokok-pokok kat laman. Pastu kena jemput my little hero balik dari sekolah. Lepas tu uruskan si heroin lak nak pergi sekolah petang. Pastu malam kena pasti kan si heroin ni buat kerja sekolah kalau takda 'homework' melor kena pastikan dia buat latihan. Melor lak masa ni dah tukar 'profession' dari seorang s.r.t, melor jadi cikgu yang garang grrrrr.... ..gitu hahaha....

Pendek kata selagi mata tak ditutup selagi tu la tugas ku sebagai s.r.t tak habis. Bila anak semua dah tidur baru boleh buat aktiviti sendiri. Kerana mu hobi melor sanggup curi masa buat benda ni. Kalau tak sempat juga curi masa, melor sanggup bangun awal pagi semata-mata nak buat benda ni.

sekarang ni tengah nak siapkan tempahan dari teman-teman. Tak la banyak tapi adalah juga. Upah dari tempahan ni boleh la melor kumpul buat beli barangan untuk koleksi melor pula. Ni pun hobi ku juga tapi tak la fanatik sangat. Tapi gila la juga nak mengumpul benda ni.

ini la jadual seharian melor sebagai s.r.t. Kawan-kawan semua camana lak?

Friday, January 21, 2011

11 Amalan Terbalik

Salam.... masa blogwalking tadi melor jumpa 1 entri menarik terasa nak copy and paste untuk renungan kita bersama. Jadi melor pun copy la, tuan tanah jangan marah ya. Selanjutnya sini

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita

Sunday, January 16, 2011

Aturan Membeli Kasut

* Beli kasut pada lewat petang kerana kaki kita berada dalam saiz sebenar pada waktu itu.

* Cuba kedua-dua belah kasut dan pastikan kita selesa memakainya. Kaki kanan biasanya lebih besar dari kaki kiri. Belilah kasut besar sedikit daripada saiz kaki kita.

* Jika ingin membeli kasut bertutup, pastikan jari kaki kita dapat digerakkan dalam kasut.

* Jari kaki harus selesa ketika menyarungkan kasut kita. Jangan biarkan ia tersepit atau mudah tercabut.

Saturday, January 15, 2011

Bersujud Legakan Sistem Penafasan

Kelebihan bersujud ketika solat bagi masyarakat Islam mampu melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Berikut adalah beberapa kelebihan yang bakal anda perolehi ketika bersujud :

1. memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. melegakan sakit hernia.

3. melegakan paru-paru dari ketegangan.

4. mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.

5. memudahkan tidur.

6. mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba-tiba.

Friday, January 14, 2011

Goose Foot

Salam semua.... goose foot nama diberi mungkin kerana bentuknya yang menyerupai bentuk tapak kali angsa. Dari spesis syngonium podophyllum iaitu famili araceae. Nama lainnya ialah nephtytis triphylla dan nama jolokannya pula ialah goose foot atau pokok kaki angsa . Sebenarnya pokok ini tumbuh liar dikampung tapi cantik bila di tanam sebagai pokok hiasan contohnya yang ada atas meja makan rumah ku ini.. Cantik tak?. Kalau tak cantik pun cakap la cantik sedih melor tau huawawawa...

Terdapat beberapa spesis genus spyngonium ini yang sesuai ditanam. Melor sendiri ada tanam 2 spesis ni. Melor tanam sebab ia senang di tanam, dijaga dan sesuai untuk tempat teduh seperti dalam rumah. Merupakan sejenis pokok yang boleh memanjat mengunakan akar udara. Selain pamer atas meja ia juga boleh dijadikan pokok gantungan. Gunakan baja kimia yang berwarna hijau untuk tumbesaran dan cantikkan daun pokok tapak angsa ini. Penyiramannya pula macam biasa la, siram bila medium tanaman kering dan siram bila perlu aje. Manakala untuk pembiakannya pula potong aje sulur yang mempunyai akar dan tanam dalam medium tanaman yang lembab. Boleh juga dibiakkan melalui belahan rumpun.

Thursday, January 13, 2011

Apa Itu Balut



Di Filipina balut adalah sejenis makanan yang di perbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Nampak macam kejam je kan. Apa nak buat dah budaya diaorang gitu. Tempat kita pun ada juga tapi tak la sekejam itu contohnya peram telur itik buat telur masin hihihi...

Wednesday, January 12, 2011

10 Tip Urus Wang Anda

gambar google

Salam semua....mengurus kewangan memerlukan ketekunan dan disiplin yang tinggi. Namun sebelum kita memulakan pengurusan kewangan amat penting untuk kita mengetahui tentang beberapa tip penting yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengurusan kewangan kita. Disini ada beberapa tip yang baik untuk diamalkan dalam pengurusan kewangan.

1. MENERIMA GAJI SEPATUTNYA - gaji mestilah setimpal dan sesuai dengan kepakaran yang kita ada. terima gaji yang lebih rendah dari daripada sepatutnya amat memberi kesan dalam jangka panjang.

2. RANCANG DAN PATUHI BAJET - berbelanja dan menyimpan pada masa sama merupakan sesuatu yang agak sukar untuk diaplikasikan. Jadi rancang perbelanjaan.

3. LUNASKAN HUTANG KAD KREDIT - Jangan tangguh membayar kad kerdit

4. MENCARUM DALAM PELAN PERSARAAN - Kalau syarikat sediakan pelan persaraan, jangan lupa mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim yang lain. Untuk golongan yang seperti daku " golongan makan tangung jangan lupa menabung".

5. MENABUNG - pasti kan kita simpan sekurang2nya 10% dari gaji sebelum selesai segala bil.

6. MELABUR - labur kan sedikit dalam skim pelaburan yang boleh dipercayai dan tidak menpunyai risiko.

7. TINGKATKAN CARUMAN SKIM KEMUDAHAN UNTUK PEKERJA - bagi yang berkerja boleh la tingkatkan nilai caruman pada skim kemudahan yang disediakan. Untuk golongan " makan tangung" aktifkan dirimu dengan menabung.

8. SEMAK LIPUTAN INSURAN - jangan membeli insuran dengan bayaran premium tnggi dan entah apa2. Bila tiba masa yang diperlukan ia tidak menepati kehendak. Jadi sebelum beli insuran selidik dahulu.

9. KEMAS KINI WASIAT - tak kira sikit atau banyak harta yang ada kita perlu buat wasiat, lindungilah orang yang kita sayang.

10. SIMPAN REKOD KEWANGAN DENGAN BAIK - agar senang buat semakan untuk dapat pengecualian cukai.

* sumber mw

Tuesday, January 11, 2011

Elak Gatal Sayur Keladi

gambar google

Salam semua..... bila teringatkan sayur keladi mau kecur liur ni lagi2 kalau dimasak asam sayur keladi tu emmm best betul la. Tapi awas kadang2 sayur keladi ni boleh menyebabkan gatal leher bila di makan. Melor ada cara camana nak hilangkan gatal sayur keladi. Bagi mereka yang sukakan masakan sayur keladi tapi takut akan kegatalannya, boleh la ikut rasa melor ya. Semasa memotong sayur keladi jangan lupa buang kulit luar @ kulit ari sayur keladi tersebut. Lepas itu rebus sayur keladi dengan sedikit air , asam keping dan garam. Rebus hanya seketika aje. Angkat dan buangkan airnya. Nah sekarang boleh la dimasak mengikut selesa anda. Selamat mencuba.

Sunday, January 9, 2011

Rahsia Mentimun

Salam semua..... mentimun/timun/timun batang macam-macam pangilan untuk timun ni. Tak kira apa pun panggilannya tahu tak timun ni ada khasiatnya untuk kecantikan. Biasanya bila potong timun, kita akan buang bahagian hujung timun tersebut. Bahagian itulah kita perlukan. Ia digunakan untuk disapu pada muka yang berjerawat kerana getah timun @ airnya dapat mengurangkan jerawat dan menegangkan kulit muka kita . Getah timun ini juga dapat mencerahkan kulit muka tetapi kena la amal selalu baru boleh nampak hasilnya. Kalau sesekali buat memang tak menjadi.

Saturday, January 8, 2011

Kopi Luwak... Kopi Taik Musang ??

Salam semua... masa dok tengok gambar pasal makan-makan sekali terpandang oleh daku cerita tentang kopi luwak. Ni ada sedikit info pasal kopi luwak. Melor kongsi biar kita sama-sama baca ok. Kopi Luwak adalah jenis kopi dari biji kopi yang telah dimakan dan melewati saluran pencernaan binatang bernama luwak. Kemasyhuran kopi luwak ini telah terkenal sampai ke luar negeri. Bahkan di negara USA terdapat kafe atau kedai coffee yang menjual kopi luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal sumber wikipedia

Kopi ! minuman ekstase berkafein tinggi ini menempati peringkat 2 dunia, satu tingkat di bawah air putih dalam hal konsumsi. Tak kurang dari 1 juta lebih orang peminum setiap harinya, membuat kopi menjadi komoditas utama terbesar ketiga dibawah gas dan minyak bumi. Karena kepopularannya, tak mengherankan jika ada puluhan, bahkan ratusan jenis varietas baru yang ditemukan secara sengaja ataupun tidak bermunculan dimana-mana. Mulai dari yang dikenal dengan kopi Arabica, Yamen Mocha, Java, Oxaca, dll. Selanjutnya boleh baca sini.

Wednesday, January 5, 2011

Mother-In-Laws Tongue

Salam semua.... dah lama rasanya tak bercerita pasal hobi ku yang satu ini. Apalagi kalau bukan cerita tentang tumbuhan. Kali ini melor nak berkongsi info tentang pokok yang tahan lasak dan sesuai untuk hiasan dalaman rumah kita. Sebagai bukti sila tengok gambar kat atas, itu pokok yang menghiasi ruang tamu rumah melor ya. Sekarang mana boleh lama2 depan pc sebab anak ku dah mula bersekolah takut tak jaga pagi naya den. Jadi mari kita ke topik asal.

Merupakan spesis sansevieria sp dari famili agavacecae. Nama jolokannya ialah mother-in-laws tongue a.k.a pokok lidah mak mentua la tu. Manakala nama tempatannya pula lidah jin. Merupakan pokok yang tahan lasak, mudah hidup, sesuai tanam kat tempat teduh, senang dijaga dan tidak cerewet.

Dikatakan berasal dari Afrika dan ditanam kerana pameran daunnya yang cantik. Daunnya berbentuk pedang dan bermuncung tirus. Kadang-kadang mengeluarkan bunga berwarna hijau pucat. Boleh mencapai ketinggian 4 kaki.

Sukakan medium tanaman yang senang air mengalir. Sesuai tumbuh di bawah teduh dan panas matahari. Tidak suka tanah yang bertakung air yang boleh menyebabkan pangkal pokok rosak. Senang dibiakkan dengan belahan rumpun atau keratan daun. Apa saja baja boleh digunakan asalkan mengikut arahan yang diberikan.

Tips:
- boleh guna untuk gubahan bunga hidup kerana daunnya unik segar serta tahan lama sebelum layu.
- bersihkan daun dengan tuala lembab dan sapu dengan cecair leaf gloss atau susu tanpa gula untuk memberi sinar pada daunnya.


Tuesday, January 4, 2011

Budak Mengandung Anak Tikus

Semasa blogwalking tadi saya terjumpa satu artikle nie bertajuk
"Hati-hati bila pakai TUALA WANITA..."
* copy paste dr blog hasil tangan gadis kampung
Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam bahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihannya...takot2 ada pulak telur binatang melekat dkat atas tuala wanita tu... Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG.....maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINN!!!!.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor yang berani sahaja yang melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu...
Moral of the story.......
*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANG..SILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK TERJADI ...

ATTACHED DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...




Monday, January 3, 2011

D.I.Y Punya Cerita

Salam semua.... kalau boleh semua perkara 'mau bikin sendiri'. Jadi di suatu hari yang damai melor di datangi kerajinan. Maka ku panggil kakak (anak sulung melor). Ku katakan padanya mari ibu potong rambut kakak. Biasanya bila melor potong rambutnya menjadi aje tapi kali ini entah mana silapnya bila siap potong macam ada yang tak kena la pula. Tiada lagi sentuhan 'magic' itu. Kasihan kakak sebulan jugalah dia berambut senget sehingga semalam melor bawa pergi Vincent Salon untuk betulkan rambutnya sebelum sesi persekolahan bermula. Kakak memang seorang anak yang baik tak pernah dia membantah apa saja yaang melor kata atau pun lakukan untuknya.

dari mayang mengurai (mayang mengurai ke ni)

terus jadi kontot gini.

sudahnya jumpa pakar rambut

akhirnya rambut jadi bulat gini dan fulus terbang sekeping dua.

'Moral of the story' jangan memandai-mandai kalau memang tak pandai ha3. D.I.Y lah benda yang kita pandai aje (khas untuk daku aje). Sekarang kakak boleh bergaya ke sekolah dengan rambut baru.

Sunday, January 2, 2011

Bila Sampai Masa Itu

Salam semua....kecoh orang memperkatakan tentang kematian mengejut Faizal Yusof. Daku juga tidak terlepas dari membaca berita itu. Ucapan Alfatihah buat arwah. Terdetik di hati bila pula giliran ku nanti. Bukan takut pada kematian kerana ku tahu yang hidup pasti akan mati suatu hati nanti. Kita tidak tahu bila, bagaimana dan dimana mati kita itu. Cuma terfikir sudah cukupkah amalan untuk bekalan ke sana nanti....

Hari ini juga daku mendapat perkhabaran gembira dimana cucu pertama ku telah selamat dilahirkan. Emmmmm.... dah jadi nenek rupanya daku ini. Umi ucapkan tahniah la ya. Semoga long akan menjadi ibu yang baik.

Saturday, January 1, 2011

Dumbo Octopus

salam semua..... n3 pertama di tahun baru . Tetiba rasa nak kongsi gambar dumbo octopus salah satu keanehan dan kekuasaan yang maha esa.