23 January 2011

Kenapa Dah Kurang Update


Salam semua....sejak sesi persekolah bermula melor dah kurang update blog. Nak tahu kenapa?? sebab masa nak ngadap tenet ni dah berkurangan. Mana taknya pepagi lagi dah kena bangun sebab nak uruskan my little hero dan heroin gi sekolah. Lepas tu kena uruskan si little princes pula. Pastu nak kena bereskan urusan rumahtangga. Pastu nak belai pokok-pokok kat laman. Pastu kena jemput my little hero balik dari sekolah. Lepas tu uruskan si heroin lak nak pergi sekolah petang. Pastu malam kena pasti kan si heroin ni buat kerja sekolah kalau takda 'homework' melor kena pastikan dia buat latihan. Melor lak masa ni dah tukar 'profession' dari seorang s.r.t, melor jadi cikgu yang garang grrrrr.... ..gitu hahaha....


Pendek kata selagi mata tak ditutup selagi tu la tugas ku sebagai s.r.t tak habis. Bila anak semua dah tidur baru boleh buat aktiviti sendiri. Kerana mu hobi melor sanggup curi masa buat benda ni. Kalau tak sempat juga curi masa, melor sanggup bangun awal pagi semata-mata nak buat benda ni.


sekarang ni tengah nak siapkan tempahan dari teman-teman. Tak la banyak tapi adalah juga. Upah dari tempahan ni boleh la melor kumpul buat beli barangan untuk koleksi melor pula. Ni pun hobi ku juga tapi tak la fanatik sangat. Tapi gila la juga nak mengumpul benda ni.


ini la jadual seharian melor sebagai s.r.t. Kawan-kawan semua camana lak?

8 comments:

zulkbo said...

salam..
moleklah tu..utamakan
mana yang penting dahulu
anak-anak,suami dan keluarga

Bibu said...

salam,

biasalah bznya surirumahtangga.selagi semua lom selessai, tiada le ms tuk kita berehat.

uuummm...teringin, 1 hari je.tiada keje umah, tak perlu masak, tak perlu kemas, buat tu, buat ni...nak..nak...sekli cuti uruskan umah sehari je.bleh ke?

Anonymous said...

salam melur...nice blog...i like..sebab kita serupa..terpaksa lupa sekejap dunia blog dan yg seangkatan dgnnya(masa baru baru ni)..he he...dah follow awak...nanti follow kita balik ye....sila sila...

Zaitun said...

Kak Zai minat gambar yang kat bawah sekali tu... sweet sangat.

Ya... dulukan tugas yang memerlukan perhatian seorang ibu.

Cik Melor said...

mr zulkbo
ia tu

Cik Melor said...

anie nagoya
entah la. melor rasa mcm nak kerja smula sbb penat jadi srt ta da masa langsung untuk diri sendiri

Cik Melor said...

eni osman
betul tu. dah cuba follow tapi tak boleh la nanti melor cuba lagi tak tau apa yg tak ok ni dgn my tenet.

Cik Melor said...

kak zai
melor ni byk benda yang suka tapi tak la fanatik gat. tapi suka la gumpulnya.