14 March 2013

Tips Panjangkan Hayat Bunga Pukul Sepuluh

bunga pukul sepuluh
baru belajar berbunga.nampak putik-putik bunga yang tengak tunggu masa nak kembang. Sukaaaa tau...

Tak abis lagi dengan cerita bunga pukul sepuluh diaaaaa..... hiihihiihih  hangatttttt senaaaaahhh ....... Pada sapa yang tanya dan juga yang nak tahu. Mari baca cepat. Ni Cik Melor nak kongsi tips, cara macamana nak buat umur pokok bunga pukul sepuluh ni jadi panjang.
  1. masa beli anak pokok tu, jangan duk gi ambil anak pokok yang sudah berbunga penuh, sebab tu tanda nyer pokok tu hayat dia tak panjang. Pokok dah nak tua, tak sampai sepenggal kojol la dia. Tapiiiii..... kalau pandai  ehem-ehem dia, boleh tambah panjang umur nyer senaaaahhh... hihiihih......
  2. letak pokok kat tempat yang dapat matahari penuh ya senah. sebabnyer pokok bunga pukul sepuloh nih perlukan  cahaya matahari yang banyak untuk proses berbunga tapi perlu di ingat pokok nih tak tahan kalau terlampau panas.
  3. so apa perlu kite buat, siram pokok 2 x sehari pagi dan petang ya senah serta spray dengan air bila perlu macam pokok itu..... klik sini
  4. siram waktu pagi sebelum bunga dia kembang. Maksud Cik Melor siram sebelum pukul sepuloh pagi la. Elak dari bunga rosak dan pokok jadi segar serta kite akan dapat lihat  bunga-bunga tu bagaikan tersenyum je. Penghayatan itu penting ya senah hihiihihhih.......
  5. siram ngan air basuhan beras untuk pokok lebat berbunga klik sini
  6. baja bunga, baja taik ayam dan baja hitam cam biji sawi tu untuk pokok sihat, gemuk dan berbunga lebat.
  7. yang nih paling penting selepas pokok berbunga dan nampak pokok dah tak segar dan tak bermaya, senah kena potong pokok tu. nanti pucuk baru akan tumbuh dan membesar serta mengeluarkan bunga baru. ranting yang di potong tu senah cucuk balik/tanam dan akan tumbuh jadi pokok baru serta berbunga semula. Begitu lah senah kena ulang dan ulang proses tu selamanyer bagi memanjangkan hayat pokok bunga pukul sepuluh senah ya. Tak boleh tak buat kena juga buat sampai senah boring dan pokok tu mati sendiri hihihihiihi..... tu sebab Cik Melor kata dalam entry lepas , ini pokok untuk orang yang terlalu rajin dan gila bunga.
Ini berdasarkan pengalaman Cik Melor sendiri ya senah. Lain orang lain lah caranyer. Lebih-lebih lagi kalau pakar yang tanam dan bagi tip. Bye

30 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kita pun suka sgt dengan pokok bunga ni... kalau time dia kembang tu... ya Allah.... hati memang seronok sesangat... nak pulak tanam sebaris memanjang depan balkoni rumah dgn mcm2 warna... huiii.. rasa mcm taknak masuk rumah asyik nak ngadap dia je kan..

JunAina said...

Aina puas dok memikir apa kenamanya org Perlis panggil pokok ni... Ada juga yg jenis daunnya bulat2. Bunga lebih kurang je...

GO GREEN said...

Lynn punya sumer dah arwah..gara2 kena belasah dgn siput dan lintah bulan, geram sgt

Mila@Rimbun said...

wahhh baca tips ni mcm nak kena belai2 pokok tuh yerrr hihi..

nazayiena said...

Dulu kat kpg bukan main lg subur bunga nie tumbuh merata2,skrg dah x nampak lg dah.

Cik Melor said...

madiha
cantikkan. tak paus mata memandang

Cik Melor said...

jun
ada banyak jenis dan warna

Cik Melor said...

lynnn
cuba letak racun siput babi. ada jual kat kedai bunga tapi kena mencari la

Cik Melor said...

mila
gitu la kena belai2 sama juga dgn kain sebelum beli, sblm potong kena belai gak kan

Cik Melor said...

nazayiena
pupus sbb proses no 7 tu takde. melor pun selalu gak kena macam tuh bila angin malas dtggggg

Nur said...

Japanese rose ni kan Melor, Yati ada belambak dulu. Lepas tu, bila kutu putih tu dah start singgah, habishhh semua. Huhu..

Cik Melor said...

yati
yup japanese roses . tanam pokok macam bela anak gak yati. klu serang dek ulat kena bagi ubattt huhuhuhu

Kamilah said...

My favuorite flower sebab sangat cantik..Suka tengok..Nice blog sis...

wani sc said...

saya baru je tanam pokok ni kat laman depan. nama pon baru tau org panggil japanese rose (asal cantik je beli, nama pun tak tau. hehe) cantik bila dia kembang time tengahari kan, bunga pun banyak warna. kena rajin cantas dan tanam semula ni. kalau lebat penuh mesti lg cantik. tak sabarnya ^_^

munira said...

kak melor bunga pkul 10 sy ni tiba2mcm ada fungus warna putih, pula tu skrng ni da x berbuga nape yek. ada petua x..

Unknown said...

Salam. Maaf tumpang blog.Sy ada menjual keratan bunga rose jepun/pkol 10. Dalam simpanan sy ada 11 jenis.Kalau berminat boleh add wechat id sy epol-9444 atau email ke shaifful870917@gmail.com . 10 keratan RM2. Di hntar melalui pos laju.

Anonymous said...

blh hidup ke apptment tingkat satu bunga ni kak peah

Cik Melor said...

kamilah
pokok bunga nih memang cantik. cuma penat sebab nak kena tanam selalu. tq atas pujian itu. selalu la singgah. kite suka tau hihih

Cik Melor said...

wanisc
betul tu memang cantik tapi penat kena cantas dan replant selalu

Cik Melor said...

munira
cantas buang yg kulat tu. dan tanam balik bagi baja bunga, baja mcm biji sawi tu dan baja warna biru untuk gemokan pokok, baja taik ayam lagi bagus. siram dgn air beras. untuk penyakit sembur la racun dokpun sembur je racun organik buat sendiri

Cik Melor said...

munira
sambung lagi bagi kena k matahari utk dia berbunga lebat

Cik Melor said...

tanpa nama
kalau tingkat 1 tapi dpt sinaran matahari byk ok je. bebunga dan hidup subur la dia. klu cahaya matahari kurang baik tanam pokok moneyplant tu. cantik hijau je rumah kite

Unknown said...

Nak tanya kenapa batang pokok jadi lecur apa masalahnya.

Unknown said...

Nak tanya kenapa batang pokok jadi lecur apa masalahnya.

Unknown said...

Nak tanya kenapa batang pokok jadi lecur apa masalahnya.

Cik Melor said...

rosdi ahmad

mungkin -

1. terlebih air
2. baca kena pada batang pokok
3. di gigit siput babi dan semut
4. di kencing kucing

Aisyah said...

Nak tnya..hari tu pokok sy elok kluar bunga..tp skrg ni xdah.. Matahari kena belah pagi je.. Tp sy rasa mayb sbb matahari pgi tu skrg xbrapa nak kena dgn pokok tu..blh ke jadi sebab.. Help me..

Unknown said...

Nak Tanya.. Kat pokok ni ade serangga atau ulat putih.. Ade tips tak, macam racun serangga organik ke... Asal nak start bbunga je, Pokok Cam Mati Dan cantik rupanya..

Unknown said...

Setahu Mami siput dengan lintah bulan atau serangga lain tak makan pokok ni. Pengalaman la sbb pokok bayam brazil pokok cabai semua habih kelia depa makan

Unknown said...

Klu ade semut kat pokok tu, macan mane yg nak buat sbb habis daun bunge tu die makan