Friday, November 5, 2010

Rahsia Air Beras

Salam semua....... n3 hari ni saya a.k.a cmelor nak beri petua bagaimana nak bagi kita punya tanaman tu segar, cantik, gebu, sihat dan yang seanggatan dengannya lah. Nah ni dia rahsianya ya puan-puan. Apabila kita nak masak nasi tentulah kita akan cuci beras dulu kan. kan. Jadi air beras tu jangan dibuang. Banyak manfaatnya tau. Tak baik membazir kata orang tua2 jadi air basuhan beras tu boleh la siram kat tanaman kita. Kalau nak kasi pokok kita galak berbunga siram la gan air basuhan beras selalu disamping tu letak la juga baja bunga yang sesuai. Selain dari air basuhan beras air bekas cuci ikan, daging, ketam, udang pun boleh digunakan untuk menyihat kan tanaman kita. Tapi awas hendaklah dipastikan yang rumah puan-puan jauh dari jiran tetangga. Untuk mengelak dari berlakunya ketidak selesaan pada jiran tetangga kerana cara ini akan mengeluarkan sedikit wangian yang menusuk hidung (busuk). Satu lagi ni petua dari bonda melor kata nya air beras ni elok buat cuci kulit muka yang berjerawat. Gunakan air basuhan kali kedua untuk mencuci muka puan-puan. Kakak sulung melor memang mengamalkan petua ini ok je melor tengok muka dia. Tapi melor tak sesuai untuk amalkan petua ni gatal la. Camana ada berani nak mencuba ???

5 comments:

LoveZahra@Fazahra said...

kak melor, bab siram air beras kat tanaman tu mmg betul..jiran umah saya rajin buat macam tu..mmg cantik2 hasilnya..

Melor said...

zahra
memang betul pokok akan sentiasa berbunga

cikgu isza said...

mak saya selalu buat petua ni kat pokok orkidnya..
memang berbaloi-baloi...

Melor said...

cikgu isza
betul tu

ckLah@xiiinam said...

Salam. Terima kasih kerana sudi mengikut blog xiiinam.