Sunday, November 7, 2010

Masak Lemak Kegemaran


Salam semua........ Ni nak cerita pasal masak lemak kegemaran keluarga. Masakan ni sebenarnya kegemaran arwah ayah ku. Hari - hari kalau masak lauk ni pun takpa. Berselera betul arwah makan kalau berlaukkan masak lemak ni. Ni cerita dulu-dulu la, masa tu melor masih lagi kecik dan tak pandai masak. Kakak-kakak melor la yang jadi tukang masaknya. Tugas ku hanyalah menyiapkan meja makan. Walaupun begitu masak lemak ni juga menjadi kegemaran melor sekeluarga untuk santap. Ceh wah ... rasa macam kerabat lak bila guna perkataan santap tu. Bila masak lauk ni lawan nya mesti la kena ada sambal belacan, ikan masin goreng @ atau ikan rebus goreng dan ulam kampung. Emmm barulah ada kick bila makan. Bak kata orang mak mentua lalu pun tak perasan. Resipi ni simple je sesuai la untuk orang macam melor yang tak betah berlama-lama kat dapur. Melor kongsi resipinya cubalah sendiri.

Bahan-bahannya:-

1 ekor ikan gelama (boleh guna apa saja jenis ikan)
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
3 biji cili kering*
3 inci lengkuas*
1 keping asam keping
sedikit kunyit hidup@debu
santan
garam dan gula
1 biji timun

Cara membuatnya:-

1. kisar semua bahan yang bertanda * sehingga lumat.
2. sediakan periuk dan masukkan ikan, bahan yang dikisar tadi, asam keping, timun dan santan. Masaklah sehingga mengelegak dan sentiasa dikacau.
3. Bila mengelegak perlahankan api , rasalah asam, garam dan gula sesuaikan rasa mengikut selesa masing-masing ya.
4. Tutup api dah siap. Hidangkan dengan lawan nya pasti meleleh air hidung.

9 comments:

Lynn Nasir said...

salam..

okay..tu mmg nampak sedap..mujur tak berjiran setaman jugak..haha..

Melor said...

lynn
kalau berjiran boleh le merasa air tangan ku ini. rasa macam lama tak dgr cerita lynn. rindu lak

mala said...

nak try tapi timun tak dak...

Melor said...

mala xde timun pun takpa . kita yg buat dia lanyak ajelah. tapi klu da lagi bagus

Arizakiah said...

selalu jugak masak lemak ikan selar kuning......bahan2 sama dengan yang melor buat cuma ikan je yang beza..

Melor said...

arizakiah
arwah bapa melor asal kt. kata nya resipi dari kt. arizakiah asal kt ke?

mala said...

dah beli timun kat Giant tadi.. nak msk mlm ni...

Melor said...

mala klu x sedap kau jgn serang aku tau. lidah kita tak sama aku budu kau cincaluk.

mala said...

aku tak mkn cincaluk. aku mkn belacan...