Thursday, November 4, 2010

Kepandaian Ke-2

Salam semua....... kali ni saya a.k.a nda nak cerita kepandaian kedua saya. November 2010 ni umur saya dah 3 bulan ++. Dah besar pun saya. Bila dah besar gini banyak benda dan pergerakan saya nak belajar. Sekarang saya dah pandai mengilai. Bila ibu usik dan mengacah-acah aje, saya akan ketawa mengilai-gilai. Ibu pun ketawa sama. Saya rasa seronok sangat bila ibu buat macam tu jadi saya mengilai la kuat-kuat. Tapi sayang ibu tak sempat nak ambil gambar saya sedang ketawa dan mengilai-gilai tu. Kalau tak boleh la saya tunjukkan kat sini macam mana bahagianya rasa bila diacah-acah ibu. Saya juga dah pandai meniarap. Pantang ibu letak saya kat bawah je saya akan meniarap. Bila lama-lama meniarap saya akan rasa penat dan menangis memanggil ibu. Kekadang ibu membebel kerana tak boleh buat kerja sebab kena perhatikan saya setiap saat. Saya suka bila setiap saat ibu ada disamping saya. Marilah kita tengok aksi-aksi saya belajar meniarap ni.
.
.
.
.
.

besarnya mata

ahh..... berat la kepala ni tak larat nak angkat. Da gaya superman tak?

adusss penat tul la relax jap

Nah baru la boleh posing cun sikit. Camana da berani ke nak lawan meniarap dengan saya

8 comments:

fzi said...

Salam melor...
Comel nya anak melor ni!!
Rasa nak cubit2 pipi yang gebu tuh...

mala said...

ish! ish! lum tgk aunty meniarap lagi...:)

Melor said...

akak fzi
melor pun geram gak. dah pernah kena gigit kat melor tu.

Melor said...

aunty mala.
hari minggu nanti jumpa kat taman nak tgk aksi aunty mala meniarap k.

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

cuteee
cantik kulit anak rynas ni
gebuu

Melor said...

rose
melor bukan rynas.anak sapa sebenarnya kulit cantik?

cikgu isza said...

arghh.. nak gegurl..

Melor said...

cikgu isza
suka baby ke cikgu?