14 January 2011

Keladi Tapak Angsa / Goose Foot

keladi tapak angsaSalam semua.... goose foot nama diberi mungkin kerana bentuknya yang menyerupai bentuk tapak kali angsa. Dari spesis syngonium podophyllum iaitu famili araceae. Nama lainnya ialah nephtytis triphylla dan nama jolokannya pula ialah goose foot atau pokok kaki angsa . Sebenarnya pokok ini tumbuh liar dikampung tapi cantik bila di tanam sebagai pokok hiasan contohnya yang ada atas meja makan rumah ku ini.. Cantik tak?. Kalau tak cantik pun cakap la cantik sedih melor tau huawawawa...

Terdapat beberapa spesis genus spyngonium ini yang sesuai ditanam. Melor sendiri ada tanam 2 spesis ni. Melor tanam sebab ia senang di tanam, dijaga dan sesuai untuk tempat teduh seperti dalam rumah. Merupakan sejenis pokok yang boleh memanjat mengunakan akar udara. Selain pamer atas meja ia juga boleh dijadikan pokok gantungan. Gunakan baja kimia yang berwarna hijau untuk tumbesaran dan cantikkan daun pokok tapak angsa ini. Penyiramannya pula macam biasa la, siram bila medium tanaman kering dan siram bila perlu aje. Manakala untuk pembiakannya pula potong aje sulur yang mempunyai akar dan tanam dalam medium tanaman yang lembab. Boleh juga dibiakkan melalui belahan rumpun.

No comments: