14 November 2026

Spaghetti Bolognese Untuk Hati Yang Terusik

Pinggiran Kuala Lumpur🌿..... melentur buluh biar dari rebung. Dah jadi buluh kalau dipaksa lentur juga boleh patah besties. Sesekali perlu juga jadi garang dengan anak-anak. Garang mengajar bukan mendera. Risau juga takut sibujang Cik Melor protes. Ilmu parenting kena ada nak urus anak-anak Gen Z ni. Cik Melor kurang bab ni itu yang risau!

Semalam, ada insiden kecil bilamana Cik Melor marah dengan meninggikan suara sikit dekat sibujang. Biasalah, kadang-kadang emosi ni datang tak diundang. Tapi yang buat mummy tergelak dalam sayu, kesedihan dia tu terbawa-bawa sampai ke hari ni. Menangis sibujang masuk bilik Cik Melor minta maaf sambil meluah rasa kecil hati dengan cara Cik Melor. Allah, tersentap juga seketika dada ni, dengar anak luah rasa macam tu.

Sebagai ibu, mana sanggup tengok anak masam muka lama-lama. Tapi kalau bab nak memujuk secara berdepan, aduhai... kaku pula lidah ni nak buat ayat manis. Jadi, cara paling 'mummy' sekali tentulah melalui air tangan di dapur. Kita pikat balik hati dia guna perut!😂

Dunia CMelor
spaghetti bolognese versi kasih sayang🌸

Anak-anak Cik Melor hantu spaghetti, terutama sibujang. Tengok dalam simpanan kabinet versi bajet, elok pula semua bahan untuk masak Spaghetti Bolognese ada mencukupi. Apa lagi, masuk dapur terus bergerak pantas. Sub-sab, sub-sab, tak sampai berapa lama, berdesup siap menu kesukaan dia.

Paling ajaib, tepat-tepat masa mummy pulas suis tutup api dapur, eh... panjang umur, si bujang pun sampai di rumah baru balik dari kolejnya. Timing dia memang betul-betul on point!

Bila tengok si bujang mula berselera makan sampai habis sepinggan rumbu, Subhanallah, terkejut bercampur lega rasa hati mummy. Sejuk perut ibu tengok dia senyum balik. Hati yang keruh semalam, jernih serta-merta. Inilah indahnya nikmat hidup slow living di rumah kami. Berdamai dengan emosi, bersyukur dengan rezeki, dan kasih sayang yang terungkap di meja makan.

Kalau anak merajuk macamana cara besties pujuk? Bye besties💗

13 November 2026

Deko Dapur Bajet Separuh Siap

Pinggiran Kuala Lumpur🌿..... ada orang kata, dapur adalah jantung kepada sebuah rumah. Di situlah tempat lahirnya bau harum masakan, tempat letaknya periuk belanga, dan tempat kita menyusun rasa. Tapi untuk Cik Melor, dapur separuh siap ni bukan sekadar tempat memasak ia adalah diari kecil tentang kesabaran.

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja disiapkan semuanya dalam satu malam. Tapi Cik Melor bergerak atas landasan ciput. Apa yang mampu, apa yang ada Cik Melor usaha guna dulu. Arwah bonda pernah berpesan nak buat apa, nak beli apa, buatlah beli lah, tapi jangan sampai menyiksa diri. "ukur baju di badan sendiri" katanya🌸

dapur separuh siap

Bahagian dapur ni sebenarnya belum siap deko sepenuhnya lagi. Tapi Cik Melor ni sejenis yang tak sabar, nak tunjuk juga!. Kalau boleh setiap proses Cik Melor nak rakam dan abadikan dalam blog agar jadi satu memori indah untuk tatapan pembaca, anak cucu dan diri sendiri 😅

Bahan-bahan yang dibeli murah-murah sahaja. Guna mana yang sempat dan mampu dulu. Cik Melor berniat dalam hati, kalau kabinet bajet ni roboh nanti, rezeki ada, esok lusa Cik Melor tukar baru dengan yang lebih berkualiti, Insya-Allah.

Harap-harap sempatlah Cik Melor kumpul duit buat standby/simpanan sebelum kabinet ni betul-betul ‘roboh’. Itu lah niat yang dah dipahat di dalam hati. Tempahan rak comel yang lebih kuat pun belum siap lagi. Kena buat tempahan khas (custom) sebab ruangnya sangat terhad; Nak beli yang siap di kedai, memang tak masuk ruang.

Untuk hiasan hijau-hijau Cik Melor pilih indoor plants, suka guna pokok hidup walaupun tahu penjagaannya agak rumit.

Banyak lagi yang perlu dibuat untuk 1 rumah ni... Hela nafas panjang sejenak. Emmm...

Menata hidup baru di ruang kecil tapi hati besar ini perlukan kesabaran yang tebal. Biarpun merangkak perlahan-lahan, Cik Melor percaya, setiap sudut yang diubah dengan penuh cinta ini lama-kelamaan akan menjadi saksi betapa sabar dan kuatnya kami membina bahagia dari kosong.

Kalau besties berada di tempat Cik Melor, apa pula yang akan besties fikirkan?

Bye besties💗

12 November 2026

Bila Anak Minta Tart Telur, Mummy On kan Je!

Pinggiran Kuala Lumpur🌿..... Bila anak-anak mula bersuara, "Mummy, nak makan tart telur lah...", sebagai ibu, mulalah hati ni teruja nak tunaikan. Walaupun Cik Melor tahu memasak atau membakar kek dan kuih-muih ni bukanlah kepakaran utama Cik Melor, tapi demi kesayangan hati, Cik Melor cuba juga.

Asalkan bahan-bahan asas dah ada kat dapur, apa salahnya kita berusaha. Masak cara slow-slow, ikut kemampuan. Kalau rupa paras kuih lari banyak daripada bentuk asal dekat kedai pun, tak apa. Yang penting rasa dia tetap sedap di tekak dan dibuat dengan penuh rasa kasih sayang. Kita yang buat dia apa nak susah, Lagi pun tak ada yang yang nak menghakiminya kan besties.

tart telur versi cik melor🌸

Inilah indahnya nikmat hidup slow living di rumah kecil Cik Melor. Bahagia itu sebenarnya bukan terletak pada kesempurnaan rupa bentuk hidangan, tapi pada usaha kita nak menceriakan hari anak-anak, gelak tawa di dapur, dan rasa syukur dengan rezeki yang ada.

Bila tengok anak-anak tersenyum puas makan panas-panas, hilang terus penat lelah. Tak susah pun nak wujudkan bahagia, kerana Bahagia itu, kita sendiri yang cipta. Selamat malam dan mimpi indah besties💗