27 October 2014

Pesuruhjaya Sumpah Terdekat??? Ini Senarainya.

Hai senahhhh.....  tadi pagi kan cik melor ngan tuan pengarah gi ke tengah bandar Kuala Lumpur. Nak tahu kami buat apa di sana? Emmm tengok tajuk kat atas tu. Aaaa itu lah yang kami cari.

Lama betul kite tak ke tengah bandar KL tu. Hemm... banyak berubah. Seram pula rasa hati, kereta bersimpang siur. Jalan atas bawah berselirat. Huh fening cik melor di buatnya. Itu pun kite pergi lepas pukul sepuluh nak elakkan jem. Tapi banyak juga kenderaan nyer senah eeeeeh......

Tuan pengarah bawa kite pegi ke pejabat pesuruhjaya sumpah di bangunan Wilayah Complex. Hampeh betul, tutup pula tempat tuh. Lepas tu pusing pula ke pesuruhjaya sumpah di Pertama Complex. Masalah parking punya pasal, tuan pengarah tunggu dalam kereta dengan makcik google. Kite la yang kena naik ke tingkat 12 tu. Lagi pun itu urusan kite. Tentu la kite yang kena pergi kan senahhhh...... hahahhha......

Memula tu masuk dalam pertama complek naik lif cuma ada tingkat 3 je. Hairan bin ajaib. Mana floor yang lain?????. gara-gara lama tak kesana la tu. Rupa-rupanya kite salah masuk senah eh. Lawak betulkan. Kalau zaman bujang dulu setiap ceruk bandar KL kite hafal. Tua maaari, campur dengan susah nak begerak dek kerana askar berderet, jakun kite jadinya senah eh hahhaha. Sedang kan, dulu itu lah tempat selalu berdating hahahhaha....  jangan muntah senah ya.

Turun balik tanya bebudak yang kerja di situ, Rupanya kite salah tangga dan salah masuk lif laaaa...hahhahah jakuuuuunnnn...... Dah jumpa lif, eeeee amat menyeramkan lah lif di bangunan tu. Takut ada peragut ke gila sex ke, nauzubillah, selawat memanjang kite senah eh.  Maklum la zaman sekarang ramai yang jahat dari yang baikkan senah. Kena waspada, kena was-was dan kena hati-hati kan..... kan.... Betul dok senah eh.

Tak sampai 15 minit segala urusan kite selesai. Kena charge sepuluh ringgit. Rate charge yang di kenakan tak sama tau senah. Sebab kite pergi kerana tanah kena charge 10 inggit, ada orang tu kerana duit pencen kena 4 inggit, yang sorang tu passport ilang  dalam 6 inggit. Kite rasa charge kite la yang paling mahal hari ni ahakz.

Silap tak check alamat pejabat pesuruhjaya sumpah terdekat ngan rumah masa pergi, balik baru kite check. Hum rugi, rugi terlambat sudah hahhahahaha.... Lain kali check alamat dulu sebelum keluar rumah senah weh. Jangan jadi macam cik melor buang masa je tau.

Ini kite letak senarai pejabat pesuruhjaya sumpah yang berdekatan ngan rumah kite dan area sekitar KL senah ya. Nanti senang senah nak pergi kalau ada urusan dengan akuan sumpah sumpah ni iyaaa....

Wangsa maju

Pesuruhjaya Sumpah (Menara Kausar)
Menara Kausar, Jalan 3/27A, Seksyen 1, Wangsa Maju (Level 6), 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

tingkat 6, bangunan LHDN , berhadapan dengan AEON(jj) wangsa maju.

Umno, Jalan delima, wangsa link, berhampiran wangsa walk -  untuk sahkan sijil

Pertama Complex, Tingkat 12.

SENARAI PESURUHJAYA SUMPAH
LIST OF COMMISSIONER FOR OARTS KUALA LUMPUR

1- Abd Hadi b. Abdullah - Mahkamah Sesyen/Majistret.

2 -Neoh Swee Kee - 4 Tingkat, Mezzanine, Medan Pasar.
3 - Ahmad B. Laya - lot 6.08, 6th floor, Wisma Centrel, Jln Ampang

4 - Hj Zalan b. Mohamed - Suite 2-1-45, Tingkat 1, Wisma Rampai, Jln 34/26 Setapak.

5 - Chan Leong Choi - 1st floor, Bangunan Persatuan Yap Sel. No 102-104. Jln Tun H.S.Lee.
 
6 - D. Selvaraj - 98-A, Tingkat 1, Jln Jejaka, Tmn Maluri , Cheras

7 - Hamzah b. Haji Sulaiman -  Lot UG 16, Wilayah Komplek, 2, Jln Munshi Abdullah 

8 - T. Thandonee -  Lot LG 27B, LG, Wilayah Komplek 2, Jln Munshi Abdullah,

9 - Aziz b. Hamzah - Tingkat 1, Jln Wawasan 2/3, Bandar Ampang Baru - 42979238

10 -  22A, Tkt 1, Jln Wawasan 2.3, Bdr Baru Ampang, KL

11 - Dato'Hj Omar Awang - Lot 4.77, Tkt 4, The Mall, 100, Jln Putra - 40432513.

12 -Tan Boong Chua - 20th Floor, Bangunan arab-Malaysia, No. 55, Jln Raja Chulan - 013 3600383

13 - Lee Yong Chee - 65, Persiaran Endah, Off Jln Syed Putra,
 
14 - Robert Lim Hock Lee - Lot 2.10, Tkt 2, Bgn Angkasa Raya, Jln Ampang

15 - Zainuddin Bin Ab Manae - Tkt 1, Bgn KUWASA, Jln Raja Laut - 2913880

16 - Soh Ah Kau - 25, Jln Beremi - 21412878
 
17 - R. Ramakrisnan - No 5, Jln Medan Pasar

18 - Nazirah Ismail - Lot 2.35, 2nd Floor, The Mall, 100, Jln Putra, KL.. No 86. Tkt bawah, Jln Putra 5
 
19 - Masohood Omar - 66, Jln Tun Perak,

20 - Lam Theng Sum - Suite 6.02, Tkt 6, Wisma Lim Foo Yong, 86, Jln Raja Chulan. Kl

21 - Manmohan Singh - LG 50, Wilayah Komplex, Jln Munshi Abdullah.

22 - Kam Keat Hock - 59-M, Jln Mega Mendung

23 - Karam Singh - Lot 1, Bazaar 4, Level 1, Block G ( Selatan) Pusat Bdr Damansara.
 
24 - K Nermala - Suite 50-4-1, Tkt 4, Wisma UOA Damansara, No 50, Jln Dungun

25 - T. Tharumarajah - No54, Gr Floor, Jln Hang Kasturi, 

27 - Lim Heng Lin - No 8, Jln 14/144A, Tmn Bukit Cheras - 016 2099638

28 - Leong Tang Chong - No 30-1, Jln Ambong Dua, Kepong Baru, 
Huh Berjela-jela kite taip hari nih. Jangan boring senah ya. Bye.
 

21 comments:

suria said...

Tumpang iklan..
Sesiapa yg perlukan khidmat Pesuruhjaya Sumpah, kini berada di UTC Keramat, Keramat Mall.
No. Hp: 014-7343013
www.facebook.com/pjskeramatmall

khomer said...

boleh x admin bg tau masa jam brp buka n jam brp tutup

sasa said...

Di utc sentul ade x?

Cik Melor said...

sasa
maaf la . cik melor tak pasti la pula

Unknown said...

Dekat setapak ada x pesuruhjaya sumpah lepas office hour (after 8am to 5pm)

Unknown said...

Salam nak tanya. Nak buat surat pengakuan bujang boleh ke? Sebab sy nak menikah.

azam said...

Kat area sri damansara ada tak

azam said...

Kat area sri damansara ada tak

Aesha said...

Boleh ke? Saya pon nak nikah boleh ke buat kat pesuruhjaya sumpah?

Unknown said...

Area usj subangbjaya..

Unknown said...

Area usj subangbjaya..

Unknown said...

Area usj subangbjaya..

qaisara said...

Di Medan MARA, KL pun ada.

lan398 said...

Ada sederet di kedai dua tingkat sederet dengan restoran mamak..

lan398 said...

Ada sederet di kedai dua tingkat sederet dengan restoran mamak..

Unknown said...

Terima kasih byk. Very beneficial

Bayu Laut said...

Hujung minggu buka tak?

Kerengga Kerenggut said...

Di medan mara ni ada yg bukak lunch hour x?

Unknown said...

Sentul belah mana

Unknown said...

Area Ampang ofis tu buka lg ke

Syasyidah said...

Charge saya kena mahal sampai rm 30 utk 1 surat sumpah, selalu saya buat rm5 shj, terperanjat saya, memang harga ituatau saya dikenakan. Sebelum ni tempat lain, dia dah bersara