Showing posts with label Koleksi Pet. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Pet. Show all posts

25 July 2019

Si Leo Tinggal Kenangan

dunia kucing

Gambar ni di ambil beberapa bulan yang lalu. Cik Melor baru balik dari ambil sidara  balik bercuti di TBS. Pagi tu Si Leo ni lain benar peel dia. Manja bukan main. 

Masa Cik Melor sapu laman. Boleh Si Leo duduk dalam penyodok sampah. Duduk dalam sampah yang Cik Melor kumpul. Berlari-lari di keliling Cik Melor. Datang meleser di kaki Cik Melor la. Terjerit-jerit Cik Melor geli wehhh.

Biasanya Si Leo ni tak suka Cik Melor Senah eh. Sebab apa Si Leo tak suka Cik Melor??? sebabnya Cik Melor selalu kurung Si Leo dalam sangkar. Nampak je muka Cik Melor kecik kepala Si Leo lari sembunyi hihihiih.

Lepas moment indah ni di abadikan,  Si Leo tak balik dah. Hilang tah kemana. Tak nampak bayang pun. Sedihkan.

dunia kucing

Memori talipon Cik Melor dah penuh Senah eyyy. Jadi terpaksa la buang mana yang perlu di buang. Cik Melor collagekan gambar Si Leo sebelum delete dari memori talipon dan buat entri untuk kenangan. Tua-tua nanti baca balik cerita Si Leo ni mesti Cik Melor kagum. Kagum sebab Cik Melor bela kucing sedangkan Cik Melor sebenarnya pengeli kucing.

Harap Senah pun terhihur baca kisah Si Leo kucing di'kipnap'. Baca kisah Si Leo yang lalu, klik sini kisah 1 , kisah 2 .  Bye


31 March 2019

SiLeo Bikin Makcik Google Stress

kucing, makcik google

Senah nampak tak muka Makcik Google tengah stress kerana Sileo kucing di'kidnap' hahaha. Tu la sapa suruh gedik nak bawa SiLeo berjalan-jalan naik kereta keluar kawasan. Kan sendiri dah stress. SiLeo tu lagi stress dari awak Makcik Google ooii.

kucing, makcik google

Makcik Google tengah pujuk SiLeo agar duduk diam jangan meronta-ronta, takut SiLeo terlepas dari pegangan tangannya. Akhirnya makcik google minta kebenaran mommy nak lepas SiLeo dalam kereta sebab dah penat tangan memegang SiLeo

Sudahnya Ck Melor yang nangis dipenghujung perjalanan. Napa nangis Senah tanya??. nangis la sebab SiLeo kucing di'kidnap' tu kencing dalam kereta Cik Melor huwaaaa busuknya macam mana nak cuciiii.

Penamat cerita  'sabar je la hati ku' . Bye.


14 March 2019

Si Leo Kucing Di 'Kidnap'

kucing

Nampak tak Senah eeyy. Tuuu siLeo kucing yang telah di'kidnap' oleh Makcik Google dan Sibujang. Baikkkk je muka tu. Jangan tertipu Senah eh. Nakal dia ya rabbi boleh 'heart attack' Cik Melor tau hahhahah

Kalau terdengar suara makcik tua terjerit-jerit di pagi hari, tak de orang lain dahhh. Itu suara Cik Melor la terkejut disergah siLeo kucing di'kidnap' tu.

Bebudak ni ambil kesempatan Senah eh. Sebelum ni bila diorang minta nak bela kucing Cik Melor tak bagi. Tak bagi sebab Cik Melor ni geli kucing. Geli je bukan tak suka tau. Cik Melor suka tengok kucing tambah-tambah lagi kalau kucing yang hidung penyek dan kaki pendek tu. eeee geram nak bela tau

Sejak Cik Melor kena jaga kucing warisan ni. Senyap-senyap je diorang bawa balik siLeo. Diambilnya anak kucing dekat masjid nuh. Cik Melor suruh gi solat diorang gi bawa balik anak kucing. Tepuk dahi mommynya.

Nak tolak tak boleh, relakan je la diorang bela siLeo kucing di'kidnap'. Cik Melor bagi syarat nak bela, siLeo kena letak dalam sangkar, Lepas bebaskan masa diorang ada kat rumah. Mana larat Cik Melor nak terjerit-jerit, terlompat-lompat bila siLeo melilit dikaki. Berdiri bulu roma ambo weh.

Walaupun siLeo ni tak berapa nak cantik tapi kenakalan dia tu mencuri hati Cik Melor. Aktifnya buat kita ralik melayan. Bebudak lagi la sangup berpeluh kat luar tu melayan karenah siLeo ni. Cik Melor pun masa sensorang kat rumah seronok juga melayan siLeo ni. Hilang boring weh. 

Nanti Cik Melor sambung kisah siLeo kucing di'kidnap' ni ya Senah. Bye.