14 March 2019

Si Leo Kucing Di 'Kidnap'

kucing

Nampak tak Senah eeyy. Tuuu siLeo kucing yang telah di'kidnap' oleh Makcik Google dan Sibujang. Baikkkk je muka tu. Jangan tertipu Senah eh. Nakal dia ya rabbi boleh 'heart attack' Cik Melor tau hahhahah

Kalau terdengar suara makcik tua terjerit-jerit di pagi hari, tak de orang lain dahhh. Itu suara Cik Melor la terkejut disergah siLeo kucing di'kidnap' tu.

Bebudak ni ambil kesempatan Senah eh. Sebelum ni bila diorang minta nak bela kucing Cik Melor tak bagi. Tak bagi sebab Cik Melor ni geli kucing. Geli je bukan tak suka tau. Cik Melor suka tengok kucing tambah-tambah lagi kalau kucing yang hidung penyek dan kaki pendek tu. eeee geram nak bela tau

Sejak Cik Melor kena jaga kucing warisan ni. Senyap-senyap je diorang bawa balik siLeo. Diambilnya anak kucing dekat masjid nuh. Cik Melor suruh gi solat diorang gi bawa balik anak kucing. Tepuk dahi mommynya.

Nak tolak tak boleh, relakan je la diorang bela siLeo kucing di'kidnap'. Cik Melor bagi syarat nak bela, siLeo kena letak dalam sangkar, Lepas bebaskan masa diorang ada kat rumah. Mana larat Cik Melor nak terjerit-jerit, terlompat-lompat bila siLeo melilit dikaki. Berdiri bulu roma ambo weh.

Walaupun siLeo ni tak berapa nak cantik tapi kenakalan dia tu mencuri hati Cik Melor. Aktifnya buat kita ralik melayan. Bebudak lagi la sangup berpeluh kat luar tu melayan karenah siLeo ni. Cik Melor pun masa sensorang kat rumah seronok juga melayan siLeo ni. Hilang boring weh. 

Nanti Cik Melor sambung kisah siLeo kucing di'kidnap' ni ya Senah. Bye.