Showing posts with label Tip & Tutorial Jahitan. Show all posts
Showing posts with label Tip & Tutorial Jahitan. Show all posts

28 August 2018

Kebaya Sulam Kerawang & Tip Menjahit

kebaya sulam kerawang

Alhamdullilah Senah eeee. Akhirnya siap juga la baju kebaya sulam kerawang nan 1 nih. Berpeluh masam Cik Melor nak menyiapkannya. Stresss toksah duk cerita la weyyy. Alah menjahit menang memakai hihihi masam pun masam la janji siapkan senahhh.

Kebaya kerawang ni sebenarnya saiz budak je. Tapi kedudukkan sulam kerawangnya tu saiz mak budak. Pandai-pandai la situkang jahit la nak me'gejas'  kain tu untuk di transfom ke saiz budak. Faham tak Senah eh. Tak faham!!! tak faham kalu, diam-diam baca aaaaa hihihi.

Tip nak jahit baju kebaya sulam kerawang macam ni senah eh. Mula-mula potong la ikut ukuran yang di ambil. Potong ikut cara potong baju kebaya ya. Jangan duk potong ikut cara nak potong baju kurung setahun jahit pun tetap tak jadi baju kebaya senah eh kih  kih  kih.

Paling penting masa potong baju kebaya sulam kerawang ni, sila pastikan kedudukan sulam kerawang tu sama di bahagian sambung ya. Ukur betul-betul senah eh. klu dah terpotong tak boleh nak 'ejas doh'. Ganti kain la weyyyy.

Masa nak jahit mesin pun paaastikan sulam kerawang tu di samakan dulu baru la jahit. Kalau tak sehari tu duk main tetas jahit je la.

Masa nak jahit butang pun, sila pastikan kedudukkan tu tepat takde la duk main tetas menetas Senah eh.

Ini cara kita potong dan jahit  baju kebaya sulam kerawang. Perkongsian ikut pengalaman kita Senah ya. Bye.


24 August 2018

Kurung Moden BerLace & Tip Menjahit

Sebelum membebel entah apa-apa Cik Melor nak bagi tahu hari ni tingkap kedai kita dah buka ya. Tingkap kedai kita ni tak boleh tutup lelama senah eh. Nanti tak pasal-pasal tingkap kedai kita kena simbah cat merah huhuhuhuu.
 
kurung moden
kurung moden berlace Cik Melor jahit😁

Entri yang lepas Cik Melor ada tunjuk dan bercerita pasal baju mini kurung berlace yang dijahit. Sesambil menayang tu kita selitkan sekali tip nak menjahitnya. Terutama  cara nak jahit lace yang berbiku keras cokeng tu kih kih kih.

Gambar kat atas tu, baju kurung moden berlace dari kain chiffon berbatu-batuan senah eh. Jenuh nak kena korek buang batuan yang duk ada. Silap cungkil belubang le kain orang. Risiko yang terpaksa  ditanggung situkang jahit emmm. 

Sebelum kita cerita rahsia dan tip jahit, macam biasa lah Senah kena janji. Janji jangan kasi tau orang lain ya. Ini rahsia kita-kita je. 

Selama kita menjahit, banyak kali la kita jahit kain chiffon. Kita peratikan kain chiffon ni ada 2 jenis. 1lembut macam kain biasa, 1 lagi jenis lembut bila tarik, kainnya macam memeri sikit. Memeri dia tu bukan la memeri macam kain lycra. Sapa yang selalu jahit kain chiffon diorang akan tahu lah apa yang kita kata ni. Biasanya kita gosok dulu kain chiffon ni sebelum potong Senah eh

jahit lace

Gambar atas tu kita nak tunjuk yang hujung tangan baju kurung moden kita jahit lace. Senah nak tahu lace tu lembut sangat. Susah betul nak acu dikain, tak duduk diam ni. Jadi kita letak gam sikit bagi diam duduk si lace tu hihiih.

Kalau ikut warna lace, kita rasa boleh jahit guna mesin je. Tapi tak boleh la Senah eh. Lace tu datang siap berjahit manik, jadi kita kena jahit tangan juga la humm.

Masa nak jahit lace tu guna la benang yang sama dengan warna lace dan boleh masuk dengan warna kain di bawah lace. Baru la atas bawah cantik senah eh. Kita ni bila menjahit qualiti kena jaga. Customer puas hat Senah pun senang hati kannnn.

Sayang betul kita lupa nak snap gambar bahagian bawah yang kita jahit tangan. Nak tunjuk Senah betapa bahagian bawah pun jahitan kena jaga. Jangan duk berselirat macam wayar letrik sambung curi je.

Nanti, kalau kita jahit lagi lace guna tangan kita tunjukkan Senah hasil atas bawah jahitan kita ya. 
 Bye.


19 August 2018

Mini Kurung Berlace Dan Tip Menjahit

kurung moden

Apakahabar senahhhh. Hari ni Cik Melor nak menayang sesambil bercerita dan berkongsi tip jahitan dengan Senah. Nampak tak gambar kat atas tu. Aaaaa itu baju mini kurung berlace yang kita jahit. Biasa la Cik Melor tayang-tayang itu wajib hihihi.

Nak jahit baju mini kurung ni sebenarnya senang je. Tambah pula kain dan lace yang dihantar tak banyak ragam. Untuk baju mini kurung berlace kali ni, customer kita hantar kain italian apa tah. Kain tak lembut macam chiffon tu. Tak de la penat kita mengejar. Kiranya dengar kata situkang jahit la.

Lace yang dihantar pun sama, kurang mengada-ngada. Jadi cepat la kita buat kerja. Cuma lace ni berbiku. Tang biku dia tu keeeeras gila. Cucuk jarum pun 'tok degih'. Jahit lace ni ada banyak cara senah eh. Salah satunya gunakan kehebatan jemari anda.

Untuk lace macam gambar kat atas tu, kita jahit tangan untuk lekatkan dia di baju. Sebab apa kita jahit tangan? sebabnya lace tu kan banyak warna . Kalau jahit mesin terfikir-fikir nak guna benang kaler apa. Untuk selamatkan pandangan atas dan bawah kita jahit tangan dan pandai-pandai la sorok benang di bahagian atas supaya tidak kelihatan. Sebab tu kita kata biku lace tu keras gilerrr.

Pissst...pissst... Kita nak kongsi rahsia untuk mudahkan senah jahit lace ke baju. Caranya senah letak sikit gam di lace tu dan lekatkan ke baju pastu cepat-cepat jahit sekeliling lace. 

Ingat Senah ni rahsia kita-kita je. Jangan kasi tau orang lain tau hihih. Bye


19 January 2015

Rahsia Kain Sekolah Express

Hai senahhhh........ hari tu kan, kite kongsi cara jahit kain sekolah express. Lepas tu, kite buat pula janji nak kongsi tip rahsia kain sekolah express. Haha rahsia senah weh. Baikkan cik melor. Sapa ada bakul pinjam jap. Kite nak masuk dalam pastu nak angkat sendiri. Boleh ek!!!!! hahahhaha....

Mari senah, kite tunjukkan apa  yang rahsia sangat ituuuuu.... Senah tengok gambar bawah ya. Tengok betul-beeetulllll....

tutorial & tip jahitan

Haaaa..... nampak tak apa yang kite nampak? Lebihan kain pada lipatan pinggang kain sekolah express tu. Itu la rahsianya senah eeehhhh....

Anak-anak kite kan dalam proses meninggi. 2, 3 bulan pakai kain dah senteng. Untuk menyelamatkan duit serta menghilangkan sakit hati kite buat la  trick tu. Bila anak dah tinggi kain mula meyenteng, kite akan buka bahagian lebihan tu. Pastu jahit balik ikut labuh yang di ingini. Pandaikan cik melor. Mana bakul kite minta pinjam tadi. Takde ke?  Camana nak masuk bakul angkat sendiri ni senah eh hahhahaha

tutorial & tip jahitan

Eh...eh...eeeeehhhh....ada pula yang tak puas hatiiiii.... Kenapa tak di buka kaki kain aje. Kan senang tak banyak yang nak di tetas. Memang laaaa... tak banyak yang kena tetas tapi tak cantikkkkkk..... Mana bukti? Cakap tanpa bukti orang tak percaya tau.

Sebabnya kalau buka bawah nanti ada kesan gosok dan ada ton warna kat situ. Tang bekas jahit mungkin hilang. Kalau buka atas kain, orang tak nampak sebab di tutup dengan baju. Well u no mi susah sikit tak mengapa janji cantik dan sempurna mata kita melihat huhuhuhu. 

Sapa setuju, kite geng. Bye



11 January 2015

Tutorial Kain Sekolah Express

tutorial & Tip Jahitan

Hai senahhh..... hari ni kan cik melor nak berkongsi ilmu jahitan. Kongsi cara nak jahit kain sekolah express macam kite. Ini cara kite ya. Orang lain kite tak tahu okeh. Mana yang dah tahu tu diam-diam je la. Mana yang belum tahu! Jom tengok tutorial yang cik melor buat ni. Ikut nombor ya.

1. kain dalam 1 meter setengah dan getah pinggang 1" ikut panjang lilit pinggang di tolak 2". Kena ambil kira juga dengan keanjalan getah kain tu. Ada yang jenis kuat dan ada yang jenis lembut. Pandai-pandai la buat kira-kira ya.

2. kelim tepi kiri kanan kain tadi. kalau nak cantik guna benang kelim warna hitam.

3. cantumkan kain dengan jahit lurus dalam 1/2,3/4 @ 1". Kite punya tu jahit 1/2" je. tengok gambar ya.

4. Jahit kaki kain dengan lipat 1/2".

5. buat susun dan jahit tindih kasih supaya senang masa mengosok dan kemas masa memakai. 

6. potong bahagian atas kain ikut labuh yang dikehendaki + 1 1/2" untuk lipat getah pinggang.

8. lipat kain dan jahit lubang 1 1/4" dan masukkan getah kain guna pin

7. pin getah kain kiri kanan. 1 hujung masuk lubang, 1 pin di kain supaya tak terlepas kedalam.

9. dah selesai masuk getah, jahit hujung getah macam dalam gambar ya. pastu jahit tutup lubang

10. jahit di tengah getah untuk kukuhkan kedudukan getah serta kelihatan kemas.

11. lepas tu tengok la pulak gambar di bawah ni hiihihihi......


tutorial & tip jahitan

Tadaaaaa...... dah siap kain sekolah express kite. Dalam masa 15 minit pun dah boleh siap senah tau. Pissttt...pissstttt nanti kite kongsi rahsia kain sekolah express pula. Tunggu tau. Bye


15 September 2014

Tutorial - Cara Lukis Pola Kain Duyung

Hai senaaahhhh..... Soriiii coz tenggelam lagiiiii... Kite demam la senaaaahhhh..... Deman ni, kite kena hadapi selalu, datang dia tak ada warning. Menyerang tetiba je. Jahat tau demam kite nih. Sekali dia datang, huh mengila-gila panas dia senah eh. Selagi tak gi operate buang selagi tuh laaaa.. kite akan kena demam mengejut ni. Kesian dak senah eh.

Dah kebah dari demam  rasa ringaaaan je badan, tangan pun ringan, kepala pun ringan. Bila banyak yang ringan maka kite rasa senang hati nak bagi tutorial. Tutorial cara lukis pola kain duyung. Mengikut pengalaman kite je ya. Otai-otai sila jangan marah. Ini cara kite ok.

Setahu kite la, dari satu pola kain duyung nih senah boleh buat 2,3, jenis kain duyung patern lain tau. Cara kite bagi ni, yang paaaaaling senang. Senang-senang nanti kite tunjuk cara lukis pola duyung yang lain pula ya. Tapi tak janji la bila. Maklum la cik melor nih kan sibuk. Macam-macam benda duk ada dia nak buat hihhiihi...... Tak sedar diri betulkan makcik sorang nih. Jom senah kite tengok bawah.
 
tutorial & tip jahitan

tutorial & tip jahitan

Nota kontot :-
" jangan terlalu lurus, bengkok sedikit tidak mengapa janji hasilnya bagusssss......"

Fening pula cik melor baca nota kontot ni. Siapakah pencipta nota kontot ini?  hahhahha..... Bye


13 May 2014

Tutorial - Pasang Span Baju

tutorial & tip jahitan

Hai senahhhhh........ Mari, mari senah, baca cite kite nak kongsi ni. Tadi tengahari kan, tukang urut tu datang urut kaki kite tau. Alhamdullilah lepas urut dengan dia, kite dah boleh berjalan cantik. Kite tunggu tengok sehari dua lagi, boleh ke tak lutut kite nih baik sepenuhnya.

Senah ingat tak kite ada tulis nak buat Tutorial Balut Span Baju. Ni kite nak kongsi la ni. Cuma satu kite nak ingatkan ya. Semua tutorial yang kite share ni berdasarkan pengalaman kite saja. Lain orang lain la cara dia ya. Ok let go to the tutorial yiiiiiihaaaaa.....

Tengok gambar ya senahhhh..... Macam hari tu juga, bermula dari kiri atas turun ke bawah naik pula atas kanan dan turun lagi ke bawah dan tammmmmat....
  1. Lipat 2 span yang siap di balut. Pastikan sama penjuru, Sila tengok Gambar 1 ya.
  2. Betulkan bahu baju supaya kemas.
  3. Letak span seperti kedudukan dalam gambar dan pinkan dengan 3 peniti.
  4. Cara nak pin, sila tengok gambar no 4 ya senahhhh. Haaa macam tu la cara letak peniti dia.
  5. Jahit dengan mesin, di tengah-tengah kepala bahu ya senah.
  6. Gambar bahu baju yang siap di jahit span. Lepas tu cabut la peniti tu ya. Dan inilah hasil nya
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
 
tutorial & tip jahitan

Pelanggan kite suka kite jahit span bahu macam tuh. Kata mereka sangat selesa bila pakai baju. Itu kata pelanggan kite. Pelanggan orang lain kite tak tau senah ya. Tu je lah tutorial mudah yang kite nak kongsi. But you mus no, walaupun mudah ada juga yang tak tahu. Macam sapa tuh? macam cik melor laaaaaa....... masa bebaru merempit dulu hahhaahahh.......  Bye


06 May 2014

Tutorial - Balut Span Baju

tutorial & tip jahitan

Hai senahhhhh...... hari ni kan kite nak kongsi tutorial mudah tau. Mudah-mudah pun, ada jugak yang tak tahu kan senah. Contoh macam cik melor dulu laaaa. Ala duluuuuu...... masa bebaru lompat masuk dalam bidang rempit merempit nih hihiihihih...... Tanya orang tak mahu di kasi tahu betul-betul. Pastu dah kenal tenet mula la kite pandai gugel sana gugel sini. Tak juga kenan ngan jiwa kite tuto yang di ajar tuh.

Kali ni cik melor lak nak buat tutorial, jadi cikgu yang takde tauliah hahhahha....... Mari, mari senah, kite belajar cara nak balut span baju. Uiii jangan gelak weyyyy.... kekadang tu ada juga yang tak tahu camana nak balut span baju tu supaya jadi cantik dan kemas macam yang jual kat kodai tu kan. Kite tak kata orang taaau. Dulu kite sendiri pun macam tu, sehingga lah kite jumpa tips camana nak balut span baju tu jadi cantik dan kemas.

So kite nak kongsi la ni cara-cara nak buat tuu eeeeehhh..... But wan ting u al mus no. This tuto from my xperien ok hahhahha...... cik melor rite in ingelis la. Tengok gambar di bawah ya senah.Perati betul betul-betul ok. Tak faham kalu just send me a email huhuuhuhu.....

Bermula dari atas kiri menurun ke bawah dan naik ke kanan dan turun lagi senah ya. Faham ke dok nih hihihihihi........
  1. sediakan bahan-bahan
  2. serongkan kain, letak span
  3. pin dengan peniti di 3 penjuru span tadi
  4. potong kain mengikut garisan span
  5. sebelum di jahit, kelepekan hujung kain di sudut kiri dan kanan span. Jahit atas lipatan tersebut. Lepas tu jahit kelim tepi span tadi.
  6. Tadaaaa, span yang sudah di balut kemas 
This is mai stail balut span baju senah ya. Lain orang kite do no. Lain n3 kite kongsi cara nak pasang span kat baju lak. Nak tahu cara kite, kena la selalu singgah sini ya. Senah jangan lupaaaa. Bye


04 December 2013

Perkhidmatan Asah Gunting ' On Call '

Hai senaaahhhhh ....... semalam kan kite gi ke tnb melawati nak bayar bil. Kite bertegur sapa dengan sorang apek tua tau. Well u no mi kan senah, ai ni peramah. semo orang nak di tegur hihihiihihih.......So tudey ai nak cite dan kongsi la dengan senah sikit. Mana la tau ade yang sedang mencari-cari benda yang kite nak cite nih.

Untuk mereka yang kerja merempit macam akak nih mesti nak kena guna guntingkan. So gunting yang tajam tu memang di perlu kan. Ikut petua cikgu kite dulu., Kalau beli gunting sebelum guna kena asah dulu, baru lah sedap nak memotong kain. Lepas tu gunting tu akan keluarkan satu bunyi yang mengasyikkan bile kite mengunting. Macamana nak cite bunyi gunting tu ya, emmmmm.... alaaaaaa.... bunyi macam gunting tailor yang hebat tu ahaksss.....

Dan itulah yang akak buat. Akak asah gunting dulu lepas beli. Walau pun umur gunting kite dah tua, stilll lagi mantap dan tajam bila di gunakan.

tutorial & tip jahitan

Ini lah encik asah gunting yang kite jumpa kat melawati semalam. Kata nyer dia akan ke rumah mereka yang minta di asah gunting. Senangkan semua datang rumah. Kite tak payah keluar cari perkhidmatan itu. Baiki mesin pun datang rumah klik sini baiki mesin.  Kata encik asah gunting lagi, sila tengok bawah ya senah,

My Name : Mr Tan. 
Handphone : 010 5288677
Price  : rm 10.00 /pc
Service Area : sila call tanya sendiriiiiii..... ai lupa tanya u

Akak tak tahu lagi mutu perkhidmatan dia tu berapa 'bintang' sebab belum cuba lagi asah dengan dia. Tapi kalau baiki mesin akak boleh rakemen teknisen tu memang bagus sebab dah banyak kali panggil dia baiki mesin tua kite tuuuu..... .

Dulu kite gi asah gunting di chow kit. Entah ade lagi tak orang yang  asah gunting tu, sebab dah bertahun - tahun lamanyer kite tak ke situ. Susah nak bergerak la senah weyyy..... loni. Ekor panjang tok dengar kato pulok tuh haissss geram kiteeeeee............. Tak caya ke? ini bukti dia.......

kids photo

  dalam kereta pun macam kat playground

kids photo

ape ke benda la budak 2 orang nih tengah main

kids photo

penat menunggu kite pakat-pakat bergambar dulu

caya dak senahhhhhh.....mak dia pun letih dengan karenah bebudak 2 orang nih. Asyik bergaduh, menjerit-jerit ngalahkan dalam zoo haisss. Akak nak gi sambung merempit again. Bye.


18 November 2013

Ostrich Costume

Senah, tuday ai nak cite tau. Cite kenapa lama ai menyepiiiii. Gedik je bila tulis macam tuh kan. Well u no miii. Ai nih kepala gila-gila. Ohhhh... semalam ai tengok movie lama agaiiiinnnnnn..... Tajuk movie tu gila-gila. Ai pun dah mula jadi gila-gila sikit bila menulis kih...kih...kih.... Senah tak kisah kaaaannnnn......
 
kostum ostrich

sebenarnyer kita nak cite dan tayang projek yang kita buat masa  menyepi tu hari. Masa tuh kita sibuk menjahit dan mood fening ahaks......... Senah nampak tak ostrich costume makcik google pakai tuh. Aaaaaa....... tu la projek yang kite buat 'ostrich costume' apasal nampak  macam itik kih...kih.....kih..... 

Ostrich costume tu untuk majlis graduation sibujang nanti. Ok la kan senaaaahhhhh...... Walaupun tak pernah buat benda macam tuh, tapi kite sahut cabaran so jadi la anak ostrich custome kacukan  hahahahah...... senah tak kisah kaaaaannnnnn......

ostrich custom

Senah nak tahu, makcik google dah besar sekarang. Dah 3 tahun ++. Macam-macam akal dia ade. Kadang tu menghangatkan hati tapi lebih pada menghiburkan hati mommy dia. Apa-apa pun dia tetap jadi kesayangan mommy dia. Tengok lah rambut makcik google tu, stillll kontot. Penat mak dia tunggu nak ikat reben huhuhuhuhhu......

Dalam 3 orang anak kita, yang ni le paling mahal kos nak di lahirkan. Walau pun lahir normal bil tetap mahal. Yang paling gemok dia ni lah. Yang paling ngada-ngada dia ni lah. Yang paling kuat makan dia ni lah. Yang kentut paling busuk dia ni lah kih..kih..kih.

Kalau di bandingkan ngan sibujang. Sibujang keluar ikut tingkap. Tetap kita sayang dia. Sapa tak sayang anak senah oooiiiii....... Bukan boleh beli kat pasar malam kan.

kustom anak itik

Walaupun gambar nih rosak. Kita tetap nak tempek gak, sebab suka tengok muka makcik google tu tersenyum. Sebab kita nak kongsi dengan senah betapa comelnye makcik google ngan custome ostrich kacukan yang kita jahit. Verangan tetap kena ade hihiiihhihi .

Kitae rasa pelik la senah, nak cite pasal custom ostrich kacukan tapi gi jadi cerita makcik google pulak. Ahhhhh.....kita fening lagi la senaaaaahhhhhh.......Bye

06 April 2013

Tip Pilih Corak Kain Ela Mengikut Saiz Badan

Haiiii senaaaaah...... Masih lagi mood kain. So akak melor cite lagi la pasal kain. Bukan apa senah seronok berkongsi apa yang kite tahu nih. Lebih-lebih lagi bila apa yang kite kongsi tu orang suka. Macam cite pasal anggaran kain hari tuuuuuu. Laaaa n3 hari tu. Senah lupa ya. Kalau lupa senah klik sini Uuuuiiii....... senah mencanak-canak kite punya uniq dan pageview tau. Eeeeeeee...... suka... suka....suka....tau.bangga la tu. Bangga tu tak de la, tapi hidung kite kembang tau hihihihi....

Pesan mak akak melor. Kalau cite biar tamat, kalau makan biar licin, jangan tergantung. Nanti dot...dot..dot...  sambung sendiri ya senah. Jadi akak melor kena habiskan cite kain tu. Kali nih akak cite pulak cara pilih corak kain ikut saiz badan ya senah. jom kite baaaacaaaaa......

Bagi berbadan besar serta gebu
  1. Gi le kedai kain- macam kamdar, gulatis, nagoya. jakel. Nak voq lagi gi kedai yang moda-moda tuh.
  2. Tengok kulit lengan tu gelap ke terang. Kalau terang a.k.a kuning langsat tu, anda ada banyak pilihan. Rembat kaler ape pun takpe.
  3. Walaupun terang kena tengok saiz kite lak. Kalau gebuan a.k.a xl  sim like mi. Jangan di beli kain bercorak bunga besar, jalur kecik ke besar ke yang melintang. Nanti kite nampak lagi besar ya senah.
  4. Lagi satu jangan beli kain yang berkaki @ corak menegak. Kalau berkenan jugak dengan kain corak menegak nih boleh dimaafkan dengan cara senah beli la lebih kain tu. Contoh biasa beli 4 meter, senah beli la 4 meter suku @ 4.5 meter. Itu pun ikut design ya senah
  5. Cadangan ikhlas bagi yang senasib dengan akak ni, elok beli kain yang bercorak kecik dan corak berterabur. Efek dari corak tu akan membuat kite nampak slim tau. Trik tu senah oooiiiii.....
  6. Lagi satu petua ya senah. bila kite dah gebuan tu, sila la beli kain yang bertanah hitam untuk kite kelihatan slim 
  7. Pesanan lagi nih bagi yang saiz xl tu, jangan suka beli kain yang dah siap potong 2 meter, 2 meter tak cukup tau. Kalau nak jugak kena beli 2 pasang ya senah.
  8. Aderrrr lagi nih nak pesan, warna putih menyebabkan kite nampak lagi besar. So sendirik mau ingat laaa...
Bagi berbadan Slim 
  1. sama macam no 1 kat atas tu. gi kedai kain ya 
  2. kalau anda berbadan langsing tak banyak masalah nak beli kain. Kena ingat walaupun slim kena beli 4 meter gak. 3 meter tu cukup untuk anak dara yang baru nak sunti ya senah.
  3. elak beli kain yang berwarna malap. Nanti awak nampak lagi kurus. Kalau nak juga warna malap beli la yang coraknyer terang dan berbunga besar. Baru la seimbang orang tengok.
  4. elak juga beli kain yang corak jalur kecil menegak. lagi sekali kite nampak kurus. Berkenan jugak ni ngan corak jalur. sila beli corak jalur melintang ya senah. Efek dia kite nampak lagi besar.
  5. warna putih menampakkan kite lebih besar sesuai untuk orang kurus ya senah.
Bagi yang kulit hitam manis.
  1. hati-hati pilih warna kain. ada setengah warna tu akan menyebabkan kulit kite nampak makin gelap. contoh kalau pakai kaler hijau wooo...wooo...wooo...... kulit kite makin nampak hitam la senaaaaaah.
  2. untuk elak jadi lagu tu sila ya, sila pilih warna yang agak terang dan lembut. Tak caya? cuba try test pakai kain bunga kaler kuning mesti cantik berseri.
  3. tip lagi sebelum beli kain tu test letak kat atas lengan kite. Lepas tu tanyalah pendapat kekawan dan orang sekeliling kite yang ada masa tu.
  4. Tolong, tolong ya senah jangan sesekali tanya orang yang jual kain kat kedai . Sah-sah dia akan kata "cantikkkkkkk kak". orang berniaga senah paham-paham aje lah ye.
pissst...pissst..... tapikan akak rembat je kain ape pun asal cantik kat mata nih. Cuma sekarang nih akak berpantang corak bunga besar. Takut senah wehhhhhh ..... xxxl orang tengok nanti  huuhuhuuuu.....

p/s - tips nih cuma dari pengalaman akak sendiri ya senah. Pengalaman dari pembacaan dan juga kerja menjahit akak. So jangan di bandingkan tip dari akak melor nih dengan pakar jahitan dan juga pakar kainan ya. Bye....

02 April 2013

Tip Nak Beli Kain Ela

tutorial & tip jahitan
gambar di gugel
Nak cerita sambil kongsi apa yang cik melor tahu senah yaaaa..... Kalau senah nak beli kain ela untuk di buat baju kurung ke baju apa ke. Senah kena la tahu berapa meter kain cukup untuk saiz badan kita. Tak boleh main "hentam ajelah labu". Senah rugi, tukang jahit lagi la pening nak memikir

Pengalaman mengajar cik melor wehhhh..... Biasanyar kita pulangkan balik a.k.a tak ambik la kalau dapat kain tak cukup meter istilah kita sendiri.  Bab corak kain pula kita tanya ngan tuan empunya dulu kalau dia tak kisah kita potong aje lah walaupun corak kain tu tak terletak. Senah faham tak apa yangkita or cuba sampaikan nih? hihii.

Ini senah kena ambil kira ya. Keperluan kain bertambah jika:
  1. Senah lebih tinggi atau besar dan tinggi
  2. Membuat penambahan poket baju, hiasan ropol, baju berbutang dan sebagainya
  3. Mengikut jenis corak kain (corak ada kaki kain, corak jalur, corak menegak) kerana kain perlu dipotong mengikut kesesuaian corak
  4. Untuk kain bidang 60″, keperluan kain adalah berbeza dan kurang sedikit.
P/s ini hanya anggaran kita aje. Seelok-eloknyer bila beli kain berlebih jangan berkurang pun jangan. Hasil nyer nanti senah pakai cantik terletak, kami tukang jahit pun tak terdera di buatnya.

Anggaran Keperluan Kain Untuk Ketinggian Sederhana, Bidang Kain  45″. 


Saiz/Jenis Baju XS S M L XL







Baju Kurung 2   1/4 m 2   1/4 m 2  1/4 m 2  1/2m 2  1/2 m
Baju Sahaja












Kain Susun Tepi 1  3/4 m 1  3/4 m 1  3/4 m 1  3/4 m 2 m
Baju Kurung












Sepasang Baju  4 m 4 m 4 m 4  1/4 m 4  1/2 m
Kurung Biasa












Kain Lain 2 m 2 m 2  1/4 m 2  1/4 m  2  1/2 m
selisih/duyung/ skirt












Blouse Labuh 2 m 2   1.4 m 2   1.4 m 2  1/2 m 2  3/4 m
{Paras Lutut}












Blouse {Paras Paha} 2 m 2 m 2  1/4 m 2 1/4 m 2  1/2 m







Jubah 3   1/4 m 3   1/4 m 3  1/4 m 3  1/2 m 3  3/4 m







Sepasang 





Kurung Moden 4 m 4 m 4  1/4 m 4  1/2 m 5 m







Sepasang Kebaya 4  1/4 m 4  1/4 m 4  1/4 m 4  1/2 m 5 m







Sepasang Kebarung 4  1/4 m 4  1/4 m 4  1/4 m 4  1/2 m 5 m







Seluar + Poket 2  1/4 m 2  1/4 m 2  1/4 m 2  1/4 m 2  1/2 m







Blouse + Seluar 4  1/4m 4  1/4 m 4  1/4 m 4  1/2 m 5 m







Sepasang  4  1/2 m 4  1/2 m 4  1/2 m 4  3/4 m 5 m
Baju Melayu








31 March 2013

Tutorial - Cara Lukis Pola Kain Selisih Belah

Haiiiiii..... lama kite menyepi, maklum la cuti sekolah senah. Macam-macam sibuk adeeeee.... Paling pemes, sibuk melayan karenah anak-anak. Anak-anak akak nih makin besar makin panjang akal dia, sampai akak tak boleh buat kerja lain. Asal pegang mesin ade je la yang panggil, asal pegang cangkul ada la yang menjerit, nak itu nak ini huh..... geram je rasa hati nih senah. Macam-macam pintanyer. 

tutorial & tip jahitan

Ade mase sikit boleh duk depan pc, angin rajin pun ade. Emmmmm........ rasa nak buat tutorial la senah. Hari tu kan senah, akak melor ade la jahit kain selisih belah depan. Eeeeee...... jangan tak tahu senah. Kain selisih nih ade 2 versi tau. Satu tu versi yang akak melor jahit macam dalam gambar tu. Lagi 1 versi lipat batik. Alaaaaa macam kite pakai kain batik tu senah. Yang belah tak nampak, ala-ala sopan gituuuuu. Ade orang suka pakai belah nampak, seksi kata dia. Kalau akak melor 2, 2 pun akak pakai. Pa-pa pun tepuk dada tanya hati suka yang mana satu kan senaaahhhhh......

tutorial & tip jahitan

Ni pola untuk buat kain selisih. ini cara akak melor ya senah. Akak terangkan ikut nombor pada gambar tu ya senah.

gambar 1 & 2
  1. ambik ukuran dulu
  2. ukur besar punggung bagi 4
  3. lipat kertas ikut besar punggung bagi 4 tadi macam dalam gambar
  4. dari pinggang ukur 8" turun ke bawah untuk kedudukan punggung
  5. buat garis lurus untuk labuh kain
  6. untuk kaki kain kite masukkan 2" macam dalam gambar
  7. buka lipatan jadi la macam gambar 2. Sebelum tu jahit dulu lisu kiri kanan kain macam dalam gambar. untuk kain bahagian belakang ya senah
tutorial & tip jahitan

gambar 3
  1. buat lagi 1 pola  untuk kain bahagian tengah. Ikut pola  nombor 2 ya senah. Kalau akak melor cuma guna 1 pola je. tapi bagi yang baru belajar buat banyak kali pun takpa janji kite boleh cepat faham .
  2. kaki kain masuk 2 @ 3 " ikut cite rasa sendiri lepas tu lukis la macam dalam gambar tu. panjang dia bawah sikit dari 8" ukuran punggung tuh. cth : 10" dari pinggang.
  3. selesai untuk gambar 3
gambar 4
  1. buat lagi 1 pola untuk kain bahagian depan.
  2. Lipat 2 pola untuk tahu tengah pola  cth garis putus dalam gabar tu ya senah
  3. lipat pola yang dari garis putus tu dalam 6 " atau ikut nak besar nama ya senah ikut selera sendiri

Tunjuk gambar kasi senah lebih faham. Kalau tak faham jugak tak tahu la akak. Senah buat-buat la faham ya. Nanti kalau ade masa dan akak melor terlebih rajin. Akak melr tunjuk cara nak potong kain selisih belah depan ni ya senah. Kalau akak melor ade masa dan rajin lagi akak melor akan usahakan tunjuk cara jahit kain selisih belah depan nih pula ya senah. Apa yang perlu senah buat. senantiasa la datang baca blog akak melor ni dan kalau yang belum follow blog akak nih cepat-cepat la follow. Akak melor nak menurun ilmu nih hihihiihih......

p/s ilmu yang di perturunkan ini mengikut pengalaman si tukang jahit sendiri ya. Lain orang lain cara nyer ya senah.

23 March 2013

Cara Simpan Lebihan Benang Jahit

tutorial & tip jahitan

Ahhhh..... lega kite senah eh. Semua kerja baik yang order, baik yang alter semua dah siap, dah selesai. Ringan kepala kite tau. Kalau tak, hati tu geliiiiisah aje, teringat-ingat kerja yang belum beres . Sementara  menunggu order baru sampai boleh la kite menghepi-hepikan diri toyang-toyang hihiihi.......

Cuti sekolah dah bermula. Apa agaknyer rancangan awak senah eh. Kite takde la buat rancangan besar. Kalau boleh cuma nak merealisasikan permintaan si dara aje. Anak dara minta nak gi Pantai Port Dickson lagi laaa senaaaah... Kite ni tak berapa suka gi pantai, panasssssss. Nanti habis kulit mak si dara ni. Baru je kulit kite nak pulih. Pergi pantai alamaknyer sia-sia aje la usaha kite selama nih.

Pisssttttt.... pisstttt..... senah nak tau jeragat alahan masa mengandung makcik google dulu tu dah menipis . Sukaaaaa tau. Hebat juga collagen rumpai laut tu ya. Tak sia-sia la kite duk telan benda tu pagi dan malam. Suka.... suka..... sukaaaaa..... tau.

tutorial & tip jahitan

Cik melor ehhhh..... panjang bejela-jela la awak punya intro, Penat baca tak sampai-sampai ke tempat nak di tuju eeeee.... kih...kih...kih..... Sabar senah ehhhh. Sebenarnye kite nak cerita sambil mengongsi satu rahsia. Iiiiyaaaaa...... rahsia. Rahsia macamana nak simpan lebihan benang jahit senah eh hihiihhihi.....

Kalau rasa macam orang ada-ada, tak payah la buat macam kite ya. Apa yang kite kongsi ni hanya sesuai di guna pakai oleh mereka yang rasa macam kite. Rasa macam orang kebanyakkan hiihihiih.... Sayang tau kalau di buang gitu aje lebihan benang tu. Tau dok senah kalau di kumpul, lepas tu simpan elok-elok benang tu masih lagi boleh guna tau. Contohnya la, kite boleh guna untuk..... sila tengok bawah iya.....
  1. kite boleh bawak masa gi bercuti, Buat stanby mana la tahu tiba-tiba kite perlukan benang untuk jahit butang tanggal.ke, baju tertetas benang ke, takde le kita kelam kabut nak mencari benang dan jarum kan senaaahhhhh....
  2. tak larat nak beli sekoci banyak2 semata-mata nak gulung benang kat situ.
  3. stanby dlm beg tangan. mana la tahu tetiba ade emegency yang perlukan benang dan jarum kaaannn senah..... contoh macam hotel-hotel bagi kat pelanggan dia tuuuu....
Tak tahu cara????? takpe mari kite tunjuk caranya dengan ayat bukan gambar senah yaaaa....
  1. senah kena ada kertas keras. Kite guna kertas bisneh card lama. 
  2. potong 2 kertas tu. lepas tu potong sikit kiri dan kanan kertas tu macam dalam gambar. potong bagi sama ya senah baru cantikkkk.
  3. bila ade je lebihan benang yang agak panjang senah lilit la kat kertas. Lepas tu senah selit la benang di celah tempat potong. Nanti benang tu melekat la kat situ.  mudah kan senaaaahhhh.....
Kite, kalau setakat nak menyembat sikit-sikit tu, akak guna je benang tuh. Sayang la duk buang gitu je lebihan benang. Nampak je sikit, macam takde nilai. Tapi bagi tukang jahit yang kedekut macam kite niiiii...... itu sudah satu pembaziran tau padahal memang otak kedukut pun ahakssss.... Bye....

07 February 2013

Baiki Mesin Jahit Rosak ? ...... Call Simon

tip & tutorial jahitan

Dia baik, dia peramah, dia tak berkira dan dia juga encemmmm..... hihiihihi bukan bodek ya senah, jauh sekali jatuh hati. Sekadar nak berkongsi dengan senah-senah yang selalu duk merempit dengan mesin jahit macam akak melor nih.

Yang tak merempit tu boleh gak baca mana la tahu, ada ahli keluarga, sedara mara yang memerlukan khidmat baiki mesin jahit, boleh le bagi tahu. Akak melor nih bukan apa senahhhhh, saja nak kongsi sebab akak tengok si simon nih bagus kerja nyer. Jadi benda yang elok tu baik kalau di kongsi kan senahhhhhh.

Pakwe encem nih nama dia simon . Kerja dia service mesin jahit bergerak tau senah. Tpon, set masa bagi tau tempat, sampai la dia depan pintu rumah kite. Selama akak berkawan dengan mesin jahit nih belum pernah akak jumpa tukang baiki yang buat kerja bagus macam dia, teliti, cermat, arif tentang mesin jahit dan macam-macam lagi lah yang pastinyer akak puas hati dengan hasil kerja dia.

Senah nak tahu, pernah akak kena tegur dengan si simon nih sebab guna jarum mesin jahit tiruan. Nasihat dia jangan pakai yang tiruan sebab nyer kebarangkalian cepat  rosak tu lebih besar. Ada juga si simon tu bagi akak tips cara nak jaga mesin supaya dapat bertahan lama. Macam-macam la akak melor ambil peluang tanya si simon nih bila dia datang service mesin di rumah. Secara tak langsung akak jadi lebih mesra dengan mesin sendiri hihihihih.......

sebelum lupa ni no tpon si simon 0162228177 nak tahu lebih detail tentang service si simon tuh senah tpon tanya sendiri lah ya. Bye


14 September 2012

Tutorial Jahit Zip Sorok

Hai .... apakhabar? ada rasa sikit rajin hari nih. So cik melor rasa nak buat tutorial cara jahit zip sorok. Kite pun baru juga belajar jahit zip nih. Almaklum la mesin jahit kite tu mesin jahit jaman nippon. Takde teknologi zip sorok. Sebelum nih duk la jahit guna zip biasa.

Tapi masa belum posa hari tu, kite dapat tempahan baju kurung moden. Bila namanyer kurung moden sah-sah le kat belakang dia ada zip sorok. Kerana nak kan hasil kerja kite setanding dengan orang lain, maka kite rela meng'reward'kan diri sendiri sebuah mesin jahit baru. Semata-mata nak hasil jahitan kite cantik macam kat kodai tuh aka baju beli laaaa.  kih...kih.... kih bunyi  ala batuk kering huhuhuh...... see betapa gigih nyer kite ber-usaha kan. 

1st time jahit zip sorok tak menjadi, 2nd round terus jadi, apa lagi tak henggat donia la kite lompat. Bergegar rumah batu kite tuh hihihihih........ So dengan penuh aksen + bangga nyer kite pun terasa la nak kongsi ilmu yang tak seberapa ni dengan senah semua.

Ni dia tutorial nye senah ooiii..... . Apa??? senah tak tau nak jahit zip sorok....... takpeeeee... senah tengok tutorial simple kite nih. Gerenti cepat senah pandai. Jom kite nengok cara-cara nye.

tutorial & tip jahitan

gini la rupenyer tapak zip sorok - google punya

tutorial & tip jahitan

untuk menyenangkan jahit zip sorok, gosokkan dulu zip tu. lihat gambar cara nak gosok nyer  ya. Gosok dari bahagian yang terbalik hingga jadi lurus

tutorial & tip jahitan

gosok bahagian kain yang nak di jahit dengan zip sebagai tanda tempat nak letak nanti ya.

tutorial & tip jahitan

buka kain yang dilipat masa mengosok tadi dan letak zip. kalau tak berapa terra lagi tuh pin dulu zip tu supaya tak bergerak masa nak jahit, bila dah jahit sikit kite tak perlukan pin tu lagi ya.

tutorial & tip jahitan

dah siap jahit sila la lipat balik kain tu macam gambar bawah okeh. Gigih tu nak ngajor sampai terkangkang jari jemari ia hihihih

tutorial & tip jahitan
tadaaa dah siap.

04 April 2012

Tutorial Bias Tape

Langkah 1 :

tutorial & tip jahitan 
sediakan alatan yang di perlukan seperti gunting, kain, pembaris, seterika dan kreativiti. Kalau senah ada "bias tape maker" boleh juga guna benda alah tu ya. Akak pun ada benda alah tu, bukan satu tapi 2, tapi sayang tak pernah pula akak guna benda alah tu. lebih selesa guna cara manual. tipu padahal jakunnnnn...... hahahah

Langkah 2:

tutorial & tip jahitansila lipat kain seperti dalam gambar. Potong ikut kebesaran yang senah hendak. Ikut betul-betul ya supaya hasilnya nanti santikkkkkk.

Langkah 3:

tutorial & tip jahitan
Dah dapat ukuran yang dikehendaki lipat 2 kain dan gosok. Buka lipatan tadi dan lipat lagi kiri dan kanan sambil gosok kain tersebut.

Langkah 4:

tutorial & tip jahitan
Tadaaaa ..... dah siap.

15 March 2012

D.I.Y Bookmark

d.i.y & recycleKiah, awak buat apa tuuu.... free tak kiah hari ni? Akak melor nak ajak kiah buat kraf la. Dah lama simpan kertas keras ni. Hajat hati tu nak buat bookmark kiranya DIY la kiah. Bukan apa kiah kalau buat kerja berteman ni meriahnya lebih idea pun bertambah. Kalau kiah tak ada kertas keras ni, kiah boleh pakai apa-apa kertas je janji keras atau guna aje akak melor punya. Akak melor tak kisah kiah. Sumpah kiah akak tak kedekutttttttt.

Kiah selalu beli teh uncang dalam kotak kan. Aaaa .... dalam kotak tu ada di sertakan kertas keras yang dah siap terpotong. Fungsi kertas keras tu sebagai divider agar uncang teh tak berterabur. Biasanya kita buang bila uncang teh dah habis pakai. Kali ni kiah jangan buang. Kite recycle kertas keras tu jadikan bookmark selamat duit singgit dua kiah. Kalau kita susah singgit dua tu besar nilainya kiah. Takda orang senang-senang nak hulur kita singgit dua kiah.

Kiranya ni projek recycle + diy + jimat. Berapa banyak kite untung kat situ kiah. Lagi pun senang je nak buat bookmark ni kiah. Akak melor tunjukkan cara-cara nak buatnya ya.

Bahan-bahan yang di perlukan :-


cara membuatnya :-

  1. potong kain perca tu mengikut kata hati kita ya kiah
  2. tampal kain tu guna gam kraf
  3. biarkan kering
  4. tulis la apa yang kiah suka
  5. tapekan kertas tu ya kiah
  6. kalau nak cantik kiah hantar kedai laminatekan bookmark tu tapi kena keluar belanja la kiah
  7. kalau kiah sayang duit kiah gunakan tape besar tu dan laminate kan sediri bookmark tu.
  8. lubangkan belah atas dengan hole punch
  9. ikat riben. Siap
Senangkan, boleh la kite buat banyak-banyak. Untuk guna sendiri, sebagai hadiah atau pun kita boleh dermakan untuk jualan amal kiah. Dua-dua kita dapat kiah, dunia dan akhirat tu mana nak cari lagi kiah.

03 December 2011

Tutorial Butang Balut D.I.Y

tutorial &  tip jahitan
Salam semua..... dah lama berkenan nak kan acuan butang balut tapi tak tahu mana nak beli. So otak pun di kerah untuk cari jalan nak buat butang balut tu. Guna apa yang ada di sekeliling bilik jahit melor tu. Jadi ini la hasilnya. Walaupun tak secantik dan sekemas butang balut yang mengunakan acuan yang betul, sekurang-kurangnya melor puas hati dapat bergaya dengan butang balut diy tu. Jadi melor buatkan tutorial untuk mereka yang mengalami situasi macam daku. Harap-harap dapat membantu.

tutorial & tip jahitan
bahan yang diperlukan : pelapik perabut, kain, acuan, gunting, benang dan jarum

tutorial & tip jahitanlangkah 1: jahit macam jahit yo-yo

tutorial & tip jahitanlangkah 2 : masukkan lapik perabut ditengah-tengah

tutorial & tip jahitanlangkah 3 : tarik benang sehingga kemas dan terbentuk cantik

tutorial & tip jahitantadaaaa.. dah siap butang balut d.i.y