Gambar ni di ambil beberapa bulan yang lalu. Cik Melor baru balik dari ambil sidara balik bercuti di TBS. Pagi tu Si Leo ni lain benar peel dia. Manja bukan main.
Masa Cik Melor sapu laman. Boleh Si Leo duduk dalam penyodok sampah. Duduk dalam sampah yang Cik Melor kumpul. Berlari-lari di keliling Cik Melor. Datang meleser di kaki Cik Melor la. Terjerit-jerit Cik Melor geli wehhh.
Biasanya Si Leo ni tak suka Cik Melor Senah eh. Sebab apa Si Leo tak suka Cik Melor??? sebabnya Cik Melor selalu kurung Si Leo dalam sangkar. Nampak je muka Cik Melor kecik kepala Si Leo lari sembunyi hihihiih.
Lepas moment indah ni di abadikan, Si Leo tak balik dah. Hilang tah kemana. Tak nampak bayang pun. Sedihkan.
Lepas moment indah ni di abadikan, Si Leo tak balik dah. Hilang tah kemana. Tak nampak bayang pun. Sedihkan.
Memori talipon Cik Melor dah penuh Senah eyyy. Jadi terpaksa la buang mana yang perlu di buang. Cik Melor collagekan gambar Si Leo sebelum delete dari memori talipon dan buat entri untuk kenangan. Tua-tua nanti baca balik cerita Si Leo ni mesti Cik Melor kagum. Kagum sebab Cik Melor bela kucing sedangkan Cik Melor sebenarnya pengeli kucing.
Harap Senah pun terhihur baca kisah Si Leo kucing di'kipnap'. Baca kisah Si Leo yang lalu, klik sini kisah 1 , kisah 2 . Bye
No comments:
Post a Comment