Sabtu lepas Makcik Google masuk Bengkel dan Pertandingan Seni Warisan Batik Tahun 2019 Merupakan aktiviti tahunan Makcik Google yang pertama sejak mula menyertai Pandu Putri Tunas sekolahnya.
Masa mula-mula pembahagian murid, nama Makcik Google tersenarai dalam Putri Islam. Balik je dari sekolah, Makcik Google menangis sambil merayu-rayu minta Cik Melor tukarkan namanya masuk ke Pandu Putri Tunas.
Cik Melor buat surat rayuan. Tak sangka pula Makcik Google ambil tindakan drastik pergi jumpa cikgu yang urus pasal surat rayuan minta tukar. Hihiihi berani mung anok tino kawe buat tindakan drastik. Terkejut Cik Melor tau.
Rupanya ada rezeki Makcik Google dalam Pandu Putri Tunas. Makcik Google berjaya mengalahkan semua ahli PPT yang terlibat seramai 150 orang dari beberapa buah sekolah dalam aktiviti mewarna batik pada hari tersebut.
Tak sangka betul Cik Melor. Meleret senyum puas hati dia. Sebagai ibu Cik Melor sentiasa beri galakkan untuk anak-anak buat apa yang diaorang inginkan. Selagi tak melampaui batas la.
Tak sangka betul Cik Melor. Meleret senyum puas hati dia. Sebagai ibu Cik Melor sentiasa beri galakkan untuk anak-anak buat apa yang diaorang inginkan. Selagi tak melampaui batas la.
Sengaja je Cik Melor collagekan gambar-gambar aktiviti Makcik Google buat kenangan esok-esok bila dah tua hihihih. Senah nak tahu Makcik Google selalu juga buka blog Cik Melor baca kisah dia dari kecil sampai sekarang.
Gelak besar Makcik Google bila tengok gambar zaman pampes dia. Kita pun gelak sama hiihhihi.
Bye
No comments:
Post a Comment