Salam semua.... melor sangat-sangat suka
kalau dapat lala ni dan di masak simple macam dalam gambar tu.
Kalau lala yang biasa jual kat kedai, pasar dan pasaraya tu
tak berapa sedap nak masak macam ni.
Melor pernah tanya orang menjual tentang lala ni kata diaorang la.
Lala ni berasal dari tempat kita.
manakala yang selalu kita lihat tu di import dari luar.
Itu la kata orang yang menjual.
Salah cakap dia salah la melor,
betul kata dia betul la kata melor
hihihi.....
Mari kita berkongsi resipi,
resipi mudah dari dapur ku
mana tahu nak mencuba di bulan puasa nanti.
Bahan- bahan:
sekilo lala
cili padi - diketuk pecah-pecah
daun kemanggi
garam dan gula
Cara-cara:
basuh lala hingga bersih.
panaskan kuali,
masukkan lala gaul-gaul sekejap biar airnya keluar
masukkan cili padi dan daun kemanggi.
perasa kan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
tambah sedikit air sekiranya lala tersebut kering.
kebiasaannya lala mengeluarkan air yang banyak ketika di masak.
p/s sila kurangkan gula kerana lala ni mengeluarkan rasa manis sendiri








Ini pun pelanggan setia akak melor yang punya. Disebabkan baju-baju ni dah di ambil oleh yang empunya diri maka tak dapat la buat sesi menayang. Akak melor banyak dapat tempahan baju kurung dan suka jahit baju kurung sebab senang dan cepat nak disiapkan.
salam semua.... 4 pasang baju kurung ouuppsssss 2 pasang aje tinggal 1 dah kena kebasssss, 1 dah di booking untuk si manja anda. Original buatan jemari ku. Lebih details --- sila tinjau "my shop".

