Salam semua.... melor sangat-sangat suka
kalau dapat lala ni dan di masak simple macam dalam gambar tu.
Kalau lala yang biasa jual kat kedai, pasar dan pasaraya tu
tak berapa sedap nak masak macam ni.
Melor pernah tanya orang menjual tentang lala ni kata diaorang la.
Lala ni berasal dari tempat kita.
manakala yang selalu kita lihat tu di import dari luar.
Itu la kata orang yang menjual.
Salah cakap dia salah la melor,
betul kata dia betul la kata melor
hihihi.....
Mari kita berkongsi resipi,
resipi mudah dari dapur ku
mana tahu nak mencuba di bulan puasa nanti.
Bahan- bahan:
sekilo lala
cili padi - diketuk pecah-pecah
daun kemanggi
garam dan gula
Cara-cara:
basuh lala hingga bersih.
panaskan kuali,
masukkan lala gaul-gaul sekejap biar airnya keluar
masukkan cili padi dan daun kemanggi.
perasa kan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
tambah sedikit air sekiranya lala tersebut kering.
kebiasaannya lala mengeluarkan air yang banyak ketika di masak.
p/s sila kurangkan gula kerana lala ni mengeluarkan rasa manis sendiri
3 comments:
Aslmkm.
Hmmm, Kak G kenalnya sebagai kepah. Memang susah nak dapat sekarang.
Hari tu semasa sedara nak beli barang cosway atas a/c Melor, dia orang nak nama dealer. Melor tu bukan nama betul ya? Jadi akhirnya dibeli menggunakan a/c dealer yang ada di situ.
Selamat semarakkan Ramadhan Al Mubarak tahun ini.
salam..
wah.. nampak menyelerakan.. lala ni favret sy ni.. nanti boleh cuba resepi ni.
Post a Comment