Salam semua..... aaaghhh lega rasanya. Bebas buat seketika. Lama juga la rasanya tak menconteng kat blog ni. Bukan apa sibuk sikit la. Sibuk ke ?? tak le mana sibuknya, diri aje yang buat- buat sibuk hihihi......
Tapi kan bila semua tempahan baju raya pelanggan dah siap . Melor rasa sangat-sangat senang hati. Rasa macam habis bayar hutang berjuta-juta. Lega yang amat sangat tau. Kalau tak, bangun pagi fikir pasal baju yang belum siap. Nak tidur fikir lagi pasal baju yang belum siap. Pendek kata hari-hari duk fikir pasal baju takut tak sempat siap. Jadi 'moral of the story' jangan memandai-mandai terima tempahan 'last minute'. Kasihan kat diri awak sendiri dulu. Kut penasaran hidup dibuatnya.
Tapi sekarang melor 'happy' dan bebas. Cuma lepas ni melor nak kena siapkan untuk ahli keluarga sendiri pula. Untuk yang tu tak le 'tension' sangat sebab kita sendiri punya. Kalau orang yang punya kena siapkan 'on time'. Kalau tidak reputasi ku sebagai 'tailor' hancusssss........
Bila hati dah senang ku jengah la taman ciput ku tu. Hai kasihan bunga-bunga ku hidup segan mati tak mahu. Dek kerana tuannya sibuk dengan aktiviti lain. Sabar la wahai pokok nanti akan ku belai dan ku baja kamu semua supaya indah di pandang mata.

1 comment:
rezeki yang datang menjelma selebatnya di musim cuti, musim perayaan
tahniah pandai menjahit, sya sangat tak pandai.
Post a Comment