26 October 2026

Menghirup Udara Pagi Di Tempat Baru

view dari jendela "warga kayangan" waktu pagi

Pinggir Kuala Lumpur🌿..... terasa begitu berbeza. Bangun sahaja dari tidur dan memandang keluar jendela, pandangan terus dihidangkan dengan panorama yang luar biasa bersih. Sisa hujan petang semalam benar-benar membasuh segala debu; tiada langsung tanda-tanda jerebu.

Cuaca pagi agak mendung, menyajikan suasana yang sangat sejuk, tenang dan damai. Mata bebas memandang keindahan saujana mata memandang  dari tempat tingggi ini-boleh sajalah kalau nak diusik, rasa macam "warga kayangan" seketika, berada jauh diatas awam memerhati denyut nadi pinggir kuala lumpur ini.

Berada di tempat yang serba baru ini menuntut banyak penyesuaian. Segala-galanya serba baru-daripada pengurusan masa harian, corak hidup yang perlu dibentuk semula, aturan rutin seharian, sehinggalah kepada persekitaran fizikal. Malah, pokok-pokok di sekitar kawasan baru ini pun semuanya baru bagi pandangan mata cik melor😁.

Namun perlahan-lahan kami mula menyesuaikan diri, cuba mengadaptasi dan merangkul fasa kehidupan baru ini dengan hati yang terbuka.

Sambil kotak-kotak masih bertimbun dan urusan kemas-mengemas barang pindah rumah belum sepenuhnya selesai. biarlah muat naik blog ini di mulakan dengan coretan santai tentang perjalanan hidup dulu. Maklumlah, aktiviti luar atau rutin tetap belum bermula sepenuhnya-buat masa sekarang, fokus utamanya adalah menata ruang dan jiwa di kediaman baru ini.

Nantikan kisah-kisah seterusnya DUNIA CMELOR ya!  Kalau sudi tinggallah jejak supaya cik melor boleh buat lawatan ziarah🌸


25 October 2026

Antara Rindu, Kenangan dan Sebuah Awalan Baru


Pinggir Kuala Lumpur🌿...... Masa berlari begitu pantas, tanpa sedar dan siapa sangka sebuah blog kecil bernama DUNIA CMELOR yang mula dipahat pada 16 November 2009, kini sudah mencecah usia 17 tahun.

Bila diingat kembali detik awal mendaftarkan blog ini dahulu, cik melor dibantu seorang followers sendiri. Intah dimana akak tu sekarang. Blognya pun tak muncul dicarian google. Mungkin dia dah tak menulis blog lagi kut. Dialah yang createkan email, createkan blog untuk cik melor. Masa itu apa pun cik melor tak tahu tentang internet maklumlah buta teknologi 😅Ahh.. indahnya bila dikenang.

2 tahun cik melor hanya melihat dan membaca blog kawan-kawan, tapi satu hari cik melor beranikan diri minta akak followers buatkan blog dan hasilnya apa yang senah2 tengok serta baca sekarang.

Masa tu anak-anak cik melor masih kecil, riuh rendah disekeliling. Ketika itu jemari ini cukup lincah menaip cerita seharian, turorial menjahit. ktaftangan, DIY, petua berkebun hinggalah kisah resepi dapur. Blog inilah tempat meluah rasa dan berkongsi inspirasi. Bongsu cik melor lahir ketika zaman kegemilangan blogging. Nama panggilan bongsu ketika itu makcik google.

Namun, roda kehidupan terus berputar. Pada 19 Jun 2020,  blog ini terpaksa diistirahatkan seketika. Memandangkan tiada laptop sendiri kerana terpaksa dilepaskan untuk kegunaan anak-anak belajar, pergerakan menaip pun terbatas. Demi keutamaan pelajaran anak-anak yang kian membesar, tarian jemari di papan kekunci ini direhatkan buat sementara waktu.

Walaupun begitu, api rindu pada dunia bloggging dan kawan-kaawan rapat/besties yang pernah memeriahkan ruangan komen- tak pernah benar-benar padam. Rindu ini terlalu sarat, sehingga mencetuskan kembali keinginan untuk menjenguk "rumah lama" ini. Walaupun sekadar mengemas apa yang patut. Ada 2 entri sempat diselitkan aitu pada 25 mei 2021 dan 4 ogos 2024, semata-mata buat menyatukan rindu yang berbaki.

Hari ini, bila melihat kembali ruangan statistik, terasa kaku sebentar. Dari 0 tontonan pada hari pertama ditubuhkan pada tahun 2009, kini angka tontonan sudah mencecah 1,273,769 (1.27 juta)! 

Terkejut dan terharu sungguh. Walaupun bertahun-tahun ditinggalkan sepi tanpa entri baharu, rupanya  artikel-artikel lama masih ada yang datang membaca dan mencari manfaat.

Satu hal lagi yang buat tergelak sendiri- jumlah followers  masih setia bertahan di angka 305 orang! Tak bertambah dan tak berkurang , tapi cukuplah angka menjadi lambang keakraban sahabat-sahabat yang pernah seiring sewaktu zaman gemilang blogging dahulu.

Kini, hajat dihati mahu menghidupkan kembali nyalaan penulisan ini. Menulis bukan sekadar hobi tetapi satu terapi diri.  Niche blog ini akan kekal sama- tentang kehidupan, kraf, bunga-bungaan dan kembara kecil seharian. Cuma mungkin cara penulisan dan olahan ayatnya ada sedikit perubahan. Sejajar dengan pertambahan usia, peredaran zaman dan kematangan fikiran. Ayat-ayatnya munkin lebih santun, matang dan merendah diri... tetapi jiwa ramahnya tetap sama seperti dulu!😂

Buat sahabat-sahabat dan pembaca yang masih sudi singgah, terima kasih kerana menjadi sebahagian perjalanan 17 tahun ini. Bismillah... mari kita mulakan babak baru di DUNIA CMELOR! 

# jangan lupa tinggal jejak supaya senang cik melor menziarahi rumah besties🌸


23 October 2026

Keindahan Philodendron Billietiae di Laman Rumah




Pinggir Kuala Lumpur🌿..... Bila sebut pasal hobi berkebun dirumah, mesti senah membayangkan batas sayur-sayuran atau pokok bunga kertas yang merimbun. Tapi bagi penggemar tanaman hiasan (plant lovers), kepuasan yang sebenar datangnya daripada melihat setiap helaian daun hijau membesar dengan sihat dan berkilat!

Malam ni cik melor nak kongsi cerita pasal salah satu koleksi pokok hiasan kesayangan yang tersergam indah di sudut porch-- iaitu Philodendron Billietiae atau lebih mesra dipanggil atau lebih mesra dipanggil Philo Kabel Jingga.

Senah Nak Tahu?....Kenapa Dipanggil "kebal Jingga"?

Bagi sesiapa yang baru pertama kali melihat pokok ini, pasti matanya terus terikat pada tangkai daunnya. warna tangkai jingga (orange) terang dan kontras dengan daun hijau tua yang panjang dan bergelombang memang nampak eksotik!

Tangkainya yang kukuh dan berwarna orange cerah itu kelihatan seperti wayar kabel, sebab itu peminat pokok di Malaysia panggil ia "Philo Kabel Jingga".

Tengok saiz daunnya yang rimbun dan membesar dengan subur dalam pasu seramik bertingkat ni. Bila diletakan di sudut luar rumah, auto berseri laman dan memberikan suasana tropika yang menenangkan.

Rahsia Penjagaan Philodendron Billlietiea Kelihatan Subur dan Merimnun

Ramai yang tanya cik melor susah tak nak jaga jaga pokok spesies aroid atau philodendron ni sampai boleh jadi segar dan rimbun begini? Jawapanya:  tidak susah jika tahu persekitaran yang betul.

Berikut adalah beberapa petua asas yang cik melor amalkan Senah eh:

1. Pencahayaan Yang Cukup (bukan matahari terik)     
Pokok ini sangat menyukai pencahayaan terang yang terlindung (bright, indirect light). Posisi terbaik adalah di bawah garaj, porch, atau balkoni dimana ia mendapat sinar matahari pagi tanpa terkena terik matahari tengah hari yang boleh membakar daunnya.

2. Kawalan Siraman dan Kelembapan
Tanah untuk spesies Philodendron mestilah jenis well-draining (mudah mengalirkan air) seperti campuran tanah dengan orkid bark atau perlite. Siram apabila permukaan tanah agak kering. Jangan biarkan air bertakung di dasar pasu untuk mengelakkan reput akar. (root rot)

3. Kebersihan Daun
Sebab daunnya lebar dan berkilat, habuk mudah melekat. Sesekali, cik melor akan lap daun-daunnya mengunakan kain lembab. Kalau malas datang terus je pancut getah paip😅

Selain nampak lebih berkilat dan cantik, daun yang bersih membantu pokok menyerap cahaya dengan lebih baik untuk proses fotosintesis.

Sentuhan Hijau, Terapi Jiwa🌸

Bagi cik melor, meluang masa sekejap pada waktu pagi atau petang untuk menjengguk pokok-pokok dilama -- termasuklah si kabel jingga ni -- merupakan terapi jiwa yang sangat berkesan selepas seharian sibuk dengan rutin harian.

Bagaimana pula dengan Senah? ada tak tanaman hiasan  (indoor/outdoor plant) kesayangan yang menjadi penyeri di rumah sekarang? Jemput  la berkongi cerita di ruang komen!

21 October 2026

Minit-minit Sepi : Bila Siku Berlagu Denyut

Pinggir Kuala Lumpur ~ Jam di dinding sudah menunjukkan angka lewat malam, tapi mata terkebil-kebil menatap siling. Sunyi sepi rumah, anak-anak semua dah lena. sepatutnya waktu begini mummy dah nyenyak dibuai mimpi, tapi apakan daya ada "muzik" lain pula yang sibuk memainkan "irama" malam ni.

Bukan lagu balada, bukan juga  lagu hindustan nostalgia kegemaran cik melor tapi irama denyutan di sendi siku!

Aduhai berdenyut-denyut rasa berbisa kat bahagian dalam. Nak lelapkan mata pun tergarat-garat dibuatnya.

Ceritanya bermula petang tadi. Entah dimana silapnya, cik melor  'kemalangan' sorang diri di tengah jalan. Orang kata jatuh tak bermusim, terantuk tak berbau. Tengah syok jalan, gubrakkk! Tergolek cik melor sorang-sorang jalan tar!. Masa tu rasa macam nak pandang kiri kanan dulu, harapnya takdelah yang memandang, maluuuu.

Bagi peasakit OA macam cikmelor, lutut ini ibarat 'permata' yang paling wajib dilindungi. Bila badan mula rasa nak rebah, otak ni automatik bagi arahan pantas: "Selamatkan lutut dulu" sebab cik  melor tahu kalau lutut OA yang  kena hempas ke tar jalan, jalan penderitaannya bukan kaleng-kaleng senah wey.

Jadi dalam saat-saat mencemaskan itu, refleks diri ini berusaha sedaya upaya menahan jatuh guna siku demi menyelamatkan lutut. Hasilnya? Alhamdullilah, lutut cuma luka comel bergesel sikit. Tapi impak 'pendaratan kecemasan' tu semua  pergi berkumpul di siku la senah.

Masa tengah terbaring  dan menahan sakit tu, ada dua perkara besar yang terus berlegar-legar dalam kepala:

  1. Rasa Sakit Teramat Sangat: Siku rasa ngilu yang amat, sampai terdetik dalam hati " Ya Allah, patah ke siku aku ni?"
  2. Refleksi Diri:  Tiba-tiba hati ini rasa kuncup dan insaf. Terus teringat, adakah ini teguran lembut daripada si 'DIA' untuk cik melor muhasabah diri?
Luka kat luar tu nampak sikit je, tapi sakit kat dalam sendi siku ni.... Masya-Allah, hanya Tuhan aje yang tahu. Rasa macam ada drum kecil tengah mengetuk-getuk kat dalam sendi.

Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Apa pun, cik melor redha dan bersyukur sekurang-kurangnya kecederaan tak parah.

Buat masa ni, cik melor tumpu pada tuam ais dulu  untuk redakan bengkak, Harap-harap bila subuh nanti, kuranglah sikit denyutannya. Doakan siku cik melor cepat sembuh ya senah. 

Ada yang sedang menderita OA ke?. Harap semua bestiee cik melor sihat. Sayangi lutut kita bestiee.🌿

20 October 2026

Tahun Baru Jadual Harian Pun Baru


Bestiee....  rindu serindu rindunya pada kamu, kamu dan kamu Senah eyyy. Senah rindu Cik Melor juga? Saja tayang famili kecil Cik Melor. Nak tunjuk ngan Senah, esah, milah bahawasanya anak-anak Cik Melor dah besar.

Paling depan dan pakai spek tu sidara. Masih lagi belajar di MRSM. tahun ni merupakan tahun akhir sidara belajar diMRSM. Harapnya SPM tahun ni di beroleh kejayaan yang cemerlang supaya tercapai la impian dia nak sambung belajar di bidang yang dia minati.

Masa UPSR 2015 sidara mendapat 5A dalam upsrnya. 2018 PT3 sulong berjaya mendapat 8A, 2020 SPM ni Cik Melor berharap sangat sidara beroleh keputusan yang cemerlang supaya dia dapat sambung belajar dalam bidang yang dia minat.

Kumbang seekor dalam keluarga kami tu tak lain tak bukan adalah sibujang. Tahun lepas sibujang exam upsr Senah eyyy. Sibujang berjaya bawa balik 5A. Cik Melor tak mohon mana-mana sekolah berasrama disebabkan sibujang ni tak mahu duduk asrama. Jadi sibujang bersekolah harian biasa saja berhampiran rumah.

Makcik Google ni toksah cakap la, seminggu 7hari dia bersekolah. Aktif sungguh dia disekolah. Mana dengan ativiti Pandu Puteri Tunasnya, kelab teaternya, tunas gemalainya. Makanya hari-harilah Cik Melor bertenggek di sekolah.

Sekarang Makcik Google sedang giat berlatih tarian untuk pertandingan PPT pandu puteri tunasnya akhir bulan ni mewakili sekolah ke peringkat negeri.

Sebenarnya cerita ini tersimpan dalam draf dari tahun 2019 kut. Cik Melor sendiri pun dah lupa bila cerita ni dikarang😂. InsyaAllah cik melor akan kembali menulis, mencoret apa saja yang terlintas di fikiran.💗writing🌿

Bestiee suka menulis tak?


04 March 2024

 Assalamualaikum.... tergerak hati setelah bertahun-tahun menghilang. Maafkan cik melor. Apakhabar kawan-kawan semua, masih ramai lagikah yang setia dengan BLOG. 

Rasanya ramai yang telah beralih ke app terkini TIK TOK kan.  Cik Melor pun sama terpesona dengan TIKTOK hahahha. ok bai dulu. 





25 May 2021

Miss U A Lot

Ya Allahhhh lamanya cik melor tinggalkan blog ni. Bukan tak rindu bukan tak sayang tapi terpaksa demi anak-anak. Hari ni cik melor berpeluang buka blog kesayangan ni tak sangka viewnya dah mencecah jutaan. Terim kasih reader ku sayang.

Walau tak menulis dah bertahun, awak orang tetap singgah ke blog Cik Melor ni. Jutaan terima kasih cik melor ucapkan. 

Percayalah suatu hari nanti cik melor akan kembali menulis blog, Kembali berkongsi ilmu jahitan, berkongsi tentang bunga dan kebun impiannya, kembali berkongsi tentang kehidupannya.

Terima kasih ya semua. Cik Melor sayang kamuuuu. Bye 

19 June 2020

Fairy Skirt Hanfu Princes Ala Makcik Google


Cik Melor jahit baju Princes Hanfu ni akhir tahun lepas untuk sambutan hari kanak-kanak 2019. Tema tahun lepas ialah putera dan puteri dulu-dulu.  Puas fikir nak buat apa. Lepas di google cari yang paling senang nak jahit maka terhasil la costume fairy skirt hanfu princess ala makcik google.

Dah 3 tahun Ck Melor duk jahit baju hari kanak-kanak untuk Makcik Google melaram. Nampaknya tahun ke 4 iatu tahun 2020 ni takda sambutan hari kanak-kanak di sekolah kerana corona.


Makcik Google bersama BFF, Cantik-cantik semua anak-anak dara melaram. Semuanya tak dapat menang apa-apa. Katanya sebab kasut memasing kasut rekaan moden. Hahaha ada juga gitu ya.

Kat bawah ni Cik Melor bubuh video Makcik Google melaram costume fairy skirt hanfu princess   ala Makcik Google hasil jemari mommy.


Dalam Video kat atas tu nampak tak cucuk sanggul yang Makcik Google pakai. Penat Cik Melor keluar masuk kedai cari cucuk sanggul ala-ala cina.  Sudahnya Cik Melor beli chopstik dan keychain buat cucuk sanggul. Janji nampak ala-ala cucuk sanggul cina okey la Senah ya.


Video atas ni Cik Melor shoot masa gi beli bunga untuk sanggul Makcik Google. Sempat lagi tu curi-curi shooting filem filem ke hihhi dalam kedai orang. Nasib tak kena halau.



Video terakhir ni kami shoot selepas keluar dari kedai bunga, masa nak ke parking kereta. Sempat lagi tu hahhaha.  Bye

25 January 2020

HAPPY CHINESE NEW YEAR 
AND 
HAPPY NEW YEAR 2020. 
TO 
ALL READER
DUNIA CMELOR. 
MISS U ALL.

20 August 2019

Alteration - Baju Peplum Kain Duyung Ekor Platipus

Cik Melor buat alteration baju peplum kain duyung ekor platipus Senah eyy. Sesambil urus anak sekolah sempat la Cik Melor siapkan repair/alter baju customer. Alhamdullilah walaupun tak banyak ada juga hasil untuk saku sendiri

Lagi 2 minggu sibujang Cik Melor nak exam UPSR. Lepas tu jadual Cik Melor longgar la sikit. Maklumlah anak nak exam UPSR banyak kelas tambahan yang duk ada. Sekolah pun dah rancang macam-macam aktiviti untuk budak-budak yang nak exam dari awal tahun. 

Demi kejayaan anak, mak  terpaksa berkorban peluh. Berjaya mereka berjaya la kita sebagai ibubapa kan Senah.

Besar harapan Cik Melor agar sejarah akan berulang lagi. Amin. Makbulkan doaku ya Allah.

alteration

Cantikkan baju peplum kain duyung ekor platipus ni.  Boleh tahan rumit juga nak membuatnya. Macam biasalah Cik Melor buat juga sampai siap. Sampai jadi macam yang asal. Berpeluh masam nak menyiapkannya huhuuhuhu.

alteration

Baju saiz XL minta dikecilkan untuk jadi saiz S. Senah bayangkanlah macamana nak buat tu. Bukan saja baju kainnya  sekali Senah eh.  Itu yang peluh pun bau masam hahahahha.

Dah kerja kita buat alterration hadap je la.  Janji poket Cik Melor kembung kan Senahhh. Bye.


08 August 2019

Kemboja Bonsai Lagi

kemboja bonsai

Kisah Kemboja Bonsai lagi Senah eh. Kali ni kemboja bonsai yang kita tayang ni lain dari biasa bunganya. Cantikkan Senah. 

Tak sangka pokok-pokok kemboja bonsai yang di warisi, rupanya punya bunga yang berbeza. Rezeki Senah eh. Masa mula-mula mewarisi takda satu pokok pun yang berbunga. Jadi Cik Melor tak tahu jenis dan warna bunga kemboja bonsai tersebut.

Cik Melor baja siram dan jaga siang malam akhirnya pokok-pokok kemboja bonsai  mula berbunga. Rasa nak lompat-lompat, suka hati tengok bunganya. Cantik sangat Senah weehhh.

Tapi sejak akhir-akhir ni, koleksi kemboja bonsai macam tak sihat. Daun menguning dan gugur. Jadi togel pokok-pokok kemboja bonsai warisan Cik Melor  Bunga pun dah tak meriah.  Sedih Cik Melor Tau.

Mungkin faktor cuaca kut. Nampak je cuaca macam redup tapi panas kering weh. Bila masa sibuk Cik Melor tak sempat siram tu kut yang buatkan pokok-pokok kemboja bonsai Cik Melor meragamkan.

Camana laaaa nak bagi pokok-pokok kemboja bonsai Cik Melor subur dan galak berbunga semuala. Ada sesiapa tahu? help me plizzzzz. Bye.

 

01 August 2019

Kemboja Kuning Pun Dalam Pasu

kemboja kuning

Kemboja kuning pun dalam pasu. Habis semua masuk pasu nih. Nak buat camana, Cik Melor ni miskin tanah.  Dalam pasu pun dalam pasu lah, janji hati senang boleh tengok bunga kembang di laman. Hati Cik Melor pun turut sama kembang. Bukan hati je kembang Senah eyyy, dengan  badan Cik Melor sekali kembang  huuhuhu.

Cantikkan bunga kemboja kuning Cik Melor ni. Wangi Senah eh. Tapi tak sewangi kemboja kuning kelopak kontot yang Cik Melor tanam dulu. Klik sini baca cerita  cerita 1, cerita 2. 

Betul tak Senah kontot kelopak kemboja kuning Cik Melor yang dulu tapi dia punya wangi semerbak tau.

Walaupun tak wangi sangat kemboja kuning dalam pasu yang baru ni tetap menarik tetap menyerlah disebabkan warna kuningnya yang banyak.

kemboja kuning

Antara tip Cik Melor tanam pokok bunga kemboja ialah:
  • tabur serbuk kulit telur buat baja
  • tanah jangan kering sebab tanam dalam pasu
  • bubuh le baja bunga selalu
  • siram air basuhan beras
  • bubuh baja kopi
  • bubuh baja biru  
  • bila ada daun kena penyakit, ambil buang jauh-jauh, elak berjangkit      
Tu je la yang Cik Melor buat supaya pokok kemboja dalam pasu berbunga. Caman lak cara Senah? Bye. 


31 July 2019

Asam Pedas Ikan Parang Versi Cik Melor

asam pedas ikan parang

Asam pedas ikan parang versi Cik Melor Senah eh. Emmm dah lama tak masak ni, sedap ke idok tak tahu la. Lama-lama tak masak skill boleh lari kan Senah.

Semalam petik daun kesum dalam pasu nak masak asam pedas ikan parang nan sekeping yang dah lama duk memerap dalam peti ais huuhuhu.

Semalamkan cuti ada la masa nak masak. Lagi pun Cik Melor pun cuti buat kuih semalam. Kalau takkkk, hari-hari menu mudah Cik Melor masak huhuuu.

Jom kita tengok resepi asam pedas ikan parang versi Cik Melor ya.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk asam pedas ikan parang versi Cik Melor.
  • 2-3 ketul ikan parang
  • 2 biji tomato
  • 5-6 biji bendi - kita guna terung kecut je yang ada
  • 2 biji terung hijau
  • 1 cwn air asam jawa
  • 1 senduk minyak masak
  • garam, gula  
  • serbuk perasa kalau suka    
Bahan untuk diblend.
  • 25 tangkai cili kering potong dan rendam air panas.
  • 2 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 2 inci belacam.
  • 2 inci kunyit  hidup.
  • 1 sdb lada hitam. Cik Melor tak letak   
 Cara nak masak asam pedas versi Cik Melor
  1. blend semua bahan sehingga hancur.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan air 1 cawan.
  4. renehkan seketika, baru masukkan ikan dan daun kesum.
  5. biarkan seketika, barulah masukkan air asam jawa, garam gula dan serbuk perasa.
  6. kurang kuih tambah air lagi.
  7. masukkan bendi,terung,tomato.
  8.  biarkan sampai naik minyak. Padamkan api.
  9. ok Siapppp.
Cik Melor kalau masak semuanya main resepi versi senang nak buat mudah bahan. Yang penting makan sehingga menjilat jari hahhahah.  Semalam makan bertambah-tambah. Lupa dah tangan gebu dalam vidio tu huhuuuh. Sedap Senah eyyy. Bye.



30 July 2019

Daun Kesum Dalam Pasu

daun kesum

Hari ni Cik Melor nak masak asam pedas ikan parang. Nak masak asam pedas versi Cik Melor kena guna daun kesum. Alahai sayangnya nak petik daun kesum dalam pasu. Apa la Cik Melor petik aje la. Niat tanam daun kesum pun nak memudahkan Cik Melor masakkan . Haaa deraih la petikkkk.

Tanam daun kesum dalam pasu je Senah eh. Letak pula diruang letak kereta sekali dengan pokok bunga. Nasib la rumah takda tanah semuanya bersimen. Kalau dah jiwa tu ada. Tanam dalam pasu pun jadilah.

Tip Cik Melor pastikan pokok daun kesum sentiasa segar.
  • letak baca kopi seminggu sekali. Disebabkan pasu pokok daun kesum Cik Melor kecil hanya sesudu teh baja diletak. Kalau pasu Senah besar letak la baja sesudu besar.
  • bawah pasu letak piring pasu ke apa-apa benda la yang boleh menakung air sebabkan pokok daun kesum sukakan air.
  • pastikan bahagian bawak pasu sentiasa ada air. 
  • pastikan tanah sentiasa lembab.   
  • siram dengan air cucian beras.
 Dan Cik Melor sertakan sekali vidio saat-saat sedih pokok daun kesum di petik orang.


Eh tangan sapa la gebu sangat tu hahahhaah. Bye

28 July 2019

Alteration | Jubah 3 Warna

alteration
Cik Melor diminta meng'alter' jubah 3 warna milik seorang customer. Biasa la bila beli baju siap ada je yang tak sedap dimata, tak sedap di hati, tak sedap di badan. Berapa banyak tak sedap Cik Melor oii hahhahha. Saja je Cik Melor buat lawak kasi happy sapa yang baca. Tak ada la serius memanjang kan Senahhhh.

Customer minta jubah 3 warna ni dipendekkan. Tangan jubah 3 warna yang bergetah minta dibuang getahnya. Bila customer minta kita buatkan je Senah eh. Jangan duk bantah-bantah. Janji masukkkk hihihi.

Disebabkan penyakit M tu besar duk ada, Cik Melor tak gosok selepas kerja-kerja alteration. Tengok la gambar jubah 3 warna pun jadi tak cantik kan huhuuh. Bye.


27 July 2019

Baju Kurung Moden Hijau

baju kurung moden

Terapi minda, terapi minda juga, terapi poket pun kena usahakan hahhahha. Cik Melor tayang terapi poket ya. Sepasang kurung moden hijau muda. Dari kain batik crepe ditaburi berlian lagi. Kalau dah nama ditaburi berlian, tau-tau aje la proses nk membuatnya.

Untuk newbie Cik Melor nak kasi tau. Masa memotong kain tu kena hati-hati. Bukan apa. takut tergunting berlian tabur tu.  Boleh rosak mata gunting tu adik-adik ya.

Bila kain berbatu, sebelum potong cik melor kena kutis buang dulu batuan tu dengan berhati-hati takut terkoyak kain masa tarik batuan tu. Pastikan kutis buang yang kena laluan jarum mesin sahaja ok.

Ingatya adik-adik kutis buang batu tu dulu. Bye


26 July 2019

Rahsia Pokok Bunga Kertas Merimbun Bunganya

bunga kertas

Cantikkan bunga kertas tengah merimbun.  Cik Melor ni memang tak boleh dipisahkan dengan pokok dengan tanah. Tak bertanah, dalam pasu pun jadi la. Janji boleh godek-godek tanah boleh belai-belai dedaun dan bebungaan.

Cik Melor nak kongsi gambar pokok bunga kertas warna unggu tengah merimbun berbunga. Suka tau hari-hari tengok pokok yang ditanam berbunga lebat. Terapi minda untuk Cik Melor nih. 

Senah-Senah pun kalau nak terapi yang tak perlu guna duit banyak, tiru la macam Cik Melor. Tanam pokok bunga ke, pokok sayur ke, pokok hijau-hijau ke.  Selain baik sebagai terapi minda, warna hijau tu baik untuk mata kita Senah eh.

Tanam pokok bunga kertas ni cerewet sikit. Perlu di belai selalu. Baru la nak berbunga. Tapi kalau dah berbunga masyaAllah Senah eehh. cantikkkkk sangat.

Rahsia dan tip nak bagi pokok bunga kertas sentiasa berbunga, Cik Melor buat macam ni.
  1. Siram 2 hari sekali sebab pokok bunga kertas tak suka lembab.
  2. Tabur serbuk kulit telur. 
  3. tabur baja bunga warna merah. 4 hari sekali
  4. selalu la potong ranting pokok bunga kertas . Untuk pucuk baru
Itu je la rahsia dan tip yang Cik Melor amalkan untuk pokok bunga kertas sentiasa berbunga. Bye.


Alteration | Pendekkan Jubah Dan Pendekkan Tangan

alteration

2., 3 hari duk bercerita pasal peribadi., Hari ni Cik Melor nak bercerita tentang kerja hakiki la pula. Tak cerita nanti ada pula yang duk tanya-tanya. Ada juga yang ingat Cik Melor dah tak menjahit. 

Sebenarnya Cik Melor masih lagi menjahit dan buat kerja-kerja alteration. Cuma perkerjaan ini di perlahankan kerana beri ruang Cik Melor bagi perhatian lebih kepada sibujang. Eh Senah tak tahu ke??? Sibujang kita dah umur 12 tahun. Maknanya tahun ni Sibujang ada peperiksaan UPSR.

InsyaAllah tahun depan boleh la Cik Melor berlari atas trek semula kan Senahhhh.

alteration

Ini la hasil kerja Cik Melor, Alhamdullilah Senah eh, potong kaki potong tangan dapat la rm20. Sapa nak bagikan.

Biasanya bila buat kerja alteration ni, Cik Melor akan pastikan hasilnya sama dengan yang asal. Kalau tak dapat yang asal, pastikan sehampir mungkin.

Sehari 2 lepas Cik Melor terjumpa puan baju pakai jubah yang sama dengan gambar. Hemm!! cantik terletak macam jubah tempah bukan beli siap.

Senah pun kalau ada baju yang nak di'repair' tu, jangan malu-malu wasap je Cik Melor. Bye.


25 July 2019

Si Leo Tinggal Kenangan

dunia kucing

Gambar ni di ambil beberapa bulan yang lalu. Cik Melor baru balik dari ambil sidara  balik bercuti di TBS. Pagi tu Si Leo ni lain benar peel dia. Manja bukan main. 

Masa Cik Melor sapu laman. Boleh Si Leo duduk dalam penyodok sampah. Duduk dalam sampah yang Cik Melor kumpul. Berlari-lari di keliling Cik Melor. Datang meleser di kaki Cik Melor la. Terjerit-jerit Cik Melor geli wehhh.

Biasanya Si Leo ni tak suka Cik Melor Senah eh. Sebab apa Si Leo tak suka Cik Melor??? sebabnya Cik Melor selalu kurung Si Leo dalam sangkar. Nampak je muka Cik Melor kecik kepala Si Leo lari sembunyi hihihiih.

Lepas moment indah ni di abadikan,  Si Leo tak balik dah. Hilang tah kemana. Tak nampak bayang pun. Sedihkan.

dunia kucing

Memori talipon Cik Melor dah penuh Senah eyyy. Jadi terpaksa la buang mana yang perlu di buang. Cik Melor collagekan gambar Si Leo sebelum delete dari memori talipon dan buat entri untuk kenangan. Tua-tua nanti baca balik cerita Si Leo ni mesti Cik Melor kagum. Kagum sebab Cik Melor bela kucing sedangkan Cik Melor sebenarnya pengeli kucing.

Harap Senah pun terhihur baca kisah Si Leo kucing di'kipnap'. Baca kisah Si Leo yang lalu, klik sini kisah 1 , kisah 2 .  Bye


24 July 2019

Bengkel Dan Pertandingan Seni Warisan Batik 2019

Sabtu lepas Makcik Google masuk Bengkel dan Pertandingan Seni Warisan Batik Tahun 2019 Merupakan aktiviti tahunan Makcik Google yang pertama sejak mula menyertai Pandu Putri Tunas sekolahnya.

Masa mula-mula pembahagian murid, nama Makcik Google tersenarai dalam Putri Islam. Balik je dari sekolah, Makcik Google menangis sambil merayu-rayu minta Cik Melor tukarkan namanya masuk ke Pandu Putri Tunas. 

Cik Melor buat surat rayuan. Tak sangka pula Makcik Google ambil tindakan drastik pergi jumpa cikgu yang urus pasal surat rayuan minta tukar. Hihiihi berani mung anok tino kawe buat tindakan drastik. Terkejut Cik Melor tau.

Pandu Putri Tunas

Rupanya ada rezeki Makcik Google dalam Pandu Putri Tunas. Makcik Google berjaya mengalahkan semua ahli PPT yang terlibat seramai 150 orang dari beberapa buah sekolah dalam aktiviti mewarna batik pada hari tersebut.

Tak sangka betul Cik Melor. Meleret senyum puas hati dia.  Sebagai ibu Cik Melor sentiasa beri galakkan untuk anak-anak buat apa yang diaorang inginkan. Selagi tak melampaui batas la.

Pandu Putri Tunas

Sengaja je Cik Melor collagekan gambar-gambar aktiviti Makcik Google buat kenangan esok-esok bila dah tua hihihih. Senah nak tahu Makcik Google selalu juga buka blog Cik Melor baca kisah dia dari kecil sampai sekarang. 

Gelak besar Makcik Google bila tengok gambar zaman pampes dia.  Kita pun gelak sama hiihhihi. 

Bye