26 October 2026

Menghirup Udara Pagi Di Tempat Baru

view dari jendela warga kayangan waktu pagi

Pinggir Kuala Lumpur🌿..... terasa begitu berbeza. Bangun sahaja dari tidur dan memandang keluar jendela, pandangan terus dihidangkan dengan panorama yang luar biasa bersih. Sisa hujan petang semalam benar-benar membasuh segala debu; tiada langsung tanda-tanda jerebu.

Cuaca pagi agak mendung, menyajikan suasana yang sangat sejuk, tenang dan damai. Mata bebas memandang keindahan saujana mata memandang  dari tempat tingggi ini-boleh sajalah kalau nak diusik, rasa macam "warga kayangan" seketika, berada jauh diatas awam memerhati denyut nadi pinggir kuala lumpur ini.

Berada di tempat yang serba baru ini menuntut banyak penyesuaian. Segala-galanya serba baru-daripada pengurusan masa harian, corak hidup yang perlu dibentuk semula, aturan rutin seharian, sehinggalah kepada persekitaran fizikal. Malah, pokok-pokok di sekitar kawasan baru ini pun semuanya baru bagi pandangan mata cik melor😁.

Namun perlahan-lahan kami mula menyesuaikan diri, cuba mengadaptasi dan merangkul fasa kehidupan baru ini dengan hati yang terbuka.

Sambil kotak-kotak masih bertimbun dan urusan kemas-mengemas barang pindah rumah belum sepenuhnya selesai. biarlah muat naik blog ini di mulakan dengan coretan santai tentang perjalanan hidup dulu. Maklumlah, aktiviti luar atau rutin tetap belum bermula sepenuhnya-buat masa sekarang, fokus utamanya adalah menata ruang dan jiwa di kediaman baru ini.

Nantikan kisah-kisah seterusnya DUNIA CMELOR ya!  Kalau sudi tinggalkan jejak supaya cik melor boleh buat lawatan ziarah🌸


No comments: