Pinggir Kuala Lumpur🌿...... Masa berlari begitu pantas, tanpa sedar dan siapa sangka sebuah blog kecil bernama DUNIA CMELOR yang mula dipahat pada 16 November 2009, kini sudah mencecah usia 17 tahun.
Bila diingat kembali detik awal mendaftarkan blog ini dahulu, cik melor dibantu seorang followers sendiri. Intah dimana akak tu sekarang. Blognya pun tak muncul dicarian google. Mungkin dia dah tak menulis blog lagi kut. Dialah yang createkan email, createkan blog untuk cik melor. Masa itu apa pun cik melor tak tahu tentang internet maklumlah buta teknologi 😅Ahh.. indahnya bila dikenang.
2 tahun cik melor hanya melihat dan membaca blog kawan-kawan, tapi satu hari cik melor beranikan diri minta akak followers buatkan blog dan hasilnya apa yang senah2 tengok serta baca sekarang.
Masa tu anak-anak cik melor masih kecil, riuh rendah disekeliling. Ketika itu jemari ini cukup lincah menaip cerita seharian, turorial menjahit. ktaftangan, DIY, petua berkebun hinggalah kisah resepi dapur. Blog inilah tempat meluah rasa dan berkongsi inspirasi. Bongsu cik melor lahir ketika zaman kegemilangan blogging. Nama panggilan bongsu ketika itu makcik google.
Namun, roda kehidupan terus berputar. Pada 19 Jun 2020, blog ini terpaksa diistirahatkan seketika. Memandangkan tiada laptop sendiri kerana terpaksa dilepaskan untuk kegunaan anak-anak belajar, pergerakan menaip pun terbatas. Demi keutamaan pelajaran anak-anak yang kian membesar, tarian jemari di papan kekunci ini direhatkan buat sementara waktu.
Walaupun begitu, api rindu pada dunia bloggging dan kawan-kaawan rapat/besties yang pernah memeriahkan ruangan komen- tak pernah benar-benar padam. Rindu ini terlalu sarat, sehingga mencetuskan kembali keinginan untuk menjenguk "rumah lama" ini. Walaupun sekadar mengemas apa yang patut. Ada 2 entri sempat diselitkan aitu pada 25 mei 2021 dan 4 ogos 2024, semata-mata buat menyatukan rindu yang berbaki.
Hari ini, bila melihat kembali ruangan statistik, terasa kaku sebentar. Dari 0 tontonan pada hari pertama ditubuhkan pada tahun 2009, kini angka tontonan sudah mencecah 1,273,769 (1.27 juta)!
Terkejut dan terharu sungguh. Walaupun bertahun-tahun ditinggalkan sepi tanpa entri baharu, rupanya artikel-artikel lama masih ada yang datang membaca dan mencari manfaat.
Satu hal lagi yang buat tergelak sendiri- jumlah followers masih setia bertahan di angka 305 orang! Tak bertambah dan tak berkurang , tapi cukuplah angka menjadi lambang keakraban sahabat-sahabat yang pernah seiring sewaktu zaman gemilang blogging dahulu.
Kini, hajat dihati mahu menghidupkan kembali nyalaan penulisan ini. Menulis bukan sekadar hobi tetapi satu terapi diri. Niche blog ini akan kekal sama- tentang kehidupan, kraf, bunga-bungaan dan kembara kecil seharian. Cuma mungkin cara penulisan dan olahan ayatnya ada sedikit perubahan. Sejajar dengan pertambahan usia, peredaran zaman dan kematangan fikiran. Ayat-ayatnya munkin lebih santun, matang dan merendah diri... tetapi jiwa ramahnya tetap sama seperti dulu!😂
Buat sahabat-sahabat dan pembaca yang masih sudi singgah, terima kasih kerana menjadi sebahagian perjalanan 17 tahun ini. Bismillah... mari kita mulakan babak baru di DUNIA CMELOR!
# jangan lupa tinggal jejak supaya senang cik melor menziarahi rumah besties🌸

No comments:
Post a Comment