Pinggir Kuala Lumpur....... Bila sebut pasal hobi berkebun dirumah, mesti senah membayangkan batas sayur-sayuran atau pokok bunga kertas yang merimbun. Tapi bagi penggemar tanaman hiasan (plant lovers), kepuasan yang sebenar datangnya daripada melihat setiap helaian daun hijau membesar dengan sihat dan berkilat!
Malam ni cik melor nak kongsi cerita pasal salah satu koleksi pokok hiasan kesayangan yang tersergam indah di sudut porch-- iaitu Philodendron Billietiae atau lebih mesra dipanggil atau lebih mesra dipanggil Philo Kabel Jingga.
Senah Nak Tahu?....Kenapa Dipanggil "kebal Jingga"?
Bagi sesiapa yang baru pertama kali melihat pokok ini, pasti matanya terus terikat pada tangkai daunnya. warna tangkai jingga (orange) terang dan kontras dengan daun hijau tua yang panjang dan bergelombang memang nampak eksotik!
Tangkainya yang kukuh dan berwarna orange cerah itu kelihatan seperti wayar kabel, sebab itu peminat pokok di Malaysia panggil ia "Philo Kabel Jingga".
Tengok saiz daunnya yang rimbun dan membesar dengan subur dalam pasu seramik bertingkat ni. Bila diletakan di sudut luar rumah, auto berseri laman dan memberikan suasana tropika yang menenangkan.
Rahsia Penjagaan Philodendron Billlietiea Kelihatan Subur dan Merimnun
Ramai yang tanya cik melor susah tak nak jaga jaga pokok spesies aroid atau philodendron ni sampai boleh jadi segar dan rimbun begini? Jawapanya: tidak susah jika tahu persekitaran yang betul.
Berikut adalah beberapa petua asas yang cik melor amalkan Senah eh:
1. Pencahayaan Yang Cukup (bukan matahari terik)
Pokok ini sangat menyukai pencahayaan terang yang terlindung (bright, indirect light). Posisi terbaik adalah di bawah garaj, porch, atau balkoni dimana ia mendapat sinar matahari pagi tanpa terkena terik matahari tengah hari yang boleh membakar daunnya.
2. Kawalan Siraman dan Kelembapan
Tanah untuk spesies Philodendron mestilah jenis well-draining (mudah mengalirkan air) seperti campuran tanah dengan orkid bark atau perlite. Siram apabila permukaan tanah agak kering. Jangan biarkan air bertakung di dasar pasu untuk mengelakkan reput akar. (root rot)
3. Kebersihan Daun
Sebab daunnya lebar dan berkilat, habuk mudah melekat. Sesekali, cik melor akan lap daun-daunnya mengunakan kain lembab. Kalau malas datang terus je pancut getah paip😅
Selain nampak lebih berkilat dan cantik, daun yang bersih membantu pokok menyerap cahaya dengan lebih baik untuk proses fotosintesis.
Sentuhan Hijau, Terapi Jiwa.
Bagi cik melor, meluang masa sekejap pada waktu pagi atau petang untuk menjengguk pokok-pokok dilama -- termasuklah si kabel jingga ni -- merupakan terapi jiwa yang sangat berkesan selepas seharian sibuk dengan rutin harian.
Bagaimana pula dengan Senah? ada tak tanaman hiasan (indoor/outdoor plant) kesayanganyang menjadi penyeri di rumah anda sekarang? Jemput berkongi cerita di ruang komen!


No comments:
Post a Comment