01 August 2019

Kemboja Kuning Pun Dalam Pasu

kemboja kuning

Kemboja kuning pun dalam pasu. Habis semua masuk pasu nih. Nak buat camana, Cik Melor ni miskin tanah.  Dalam pasu pun dalam pasu lah, janji hati senang boleh tengok bunga kembang di laman. Hati Cik Melor pun turut sama kembang. Bukan hati je kembang Senah eyyy, dengan  badan Cik Melor sekali kembang  huuhuhu.

Cantikkan bunga kemboja kuning Cik Melor ni. Wangi Senah eh. Tapi tak sewangi kemboja kuning kelopak kontot yang Cik Melor tanam dulu. Klik sini baca cerita  cerita 1, cerita 2

Betul tak Senah kontot kelopak kemboja kuning Cik Melor yang dulu tapi dia punya wangi semerbak tau.

Walaupun tak wangi sangat kemboja kuning dalam pasu yang baru ni tetap menarik tetap menyerlah disebabkan warna kuningnya yang banyak.

kemboja kuning

Antara tip Cik Melor tanam pokok bunga kemboja ialah:
  • tabur serbuk kulit telur buat baja
  • tanah jangan kering sebab tanam dalam pasu
  • bubuh le baja bunga selalu
  • siram air basuhan beras
  • bubuh baja kopi
  • bubuh baja biru  
  • bila ada daun kena penyakit, ambil buang jauh-jauh, elak berjangkit      
Tu je la yang Cik Melor buat supaya pokok kemboja dalam pasu berbunga. Caman lak cara Senah? Bye.