Showing posts with label info kongsi2. Show all posts
Showing posts with label info kongsi2. Show all posts

20 December 2016

Baju Sekolah Bajet

baju sekolah bajet
google image

Haiiii..... jangan la merajuk, ni kita dah timbul. Timbul untuk berkongsi rahsia dan info ngan senah semua. Tak nak kona-kona kita cerita terus ke umbinya. Alaaaa... kata orang putih tu 'straight to the point'  senah eh.

Semalam pergi cari baju sekolah untuk si dara. Uniform untuk MRSM ni kaler dia lain la senah eh. Yang kaler beige tu takda pula jual kain. Tak kuasa nak menjajak kedai cari kain beige tu jadi kite buat keputusan beli baju siap.  Untuk biru gelap, biru muda, coklat tua, putih kite beli kain jahit sendiri.

Ambik awak senah eh, sehelai baju kurung kaler beige reganya rm41 untuk saiz L. Terkejut kite tau. Nak kata kain cantik, kotton biasa aje pun. Brand biasa-biasa juga. Jahitan dan potongan langsung tak cantik. Tapi rege diaaaaa..... krusss semangat.  

Ni kita nak kongsi tempat jual baju sekolah bajet hihihihih.... Bajet la bagi kita sebab harga baju sekolah kat situ lebih murah dari kedai hari-hari yang ada kat situ. 

Kedai kain nagoya dalam Aeon Big Wangsa Maju ada keluarkan baju sekolah. Murah la senah eh. Selai baju kemeja putih dalam rm12.90 kalau tak salah. Kualiti kain pun ok cuma kureng sikit dari tahun yg dulu. Yang dulu punya kaler dia putih kebiruan walau dah pakai setahun kain tu tak berapa nak luntur cantik je kaler dia. 

Tahun ni punya kain warna putih nipis sikit. Harga ikut saiz. Kain untuk Seluar panjang pun cantik. Harga tak lebih dari rm20. Kita beli sepasang baju kurung untuk makcik google. Sepasang kain untuk jahit sendiri. 

Untuk si bujang beli 2 pasang sebab untuk jahit baju dan seluar budak lelaki renyah senah weh. Harga tak mahal mana baik beli je. Tak perasan pula nagoya ada keluarkan baju melayu ke tak. Kalau takkkk... kita rembat jeeee....

Soriii la lambat kongsi, sebab kita beli kain dulu. Beli baju siap untuk makcik google dan si bujang dulu. Lepas seminggu baru cari baju siap untuk si dara. Terkejut beruk juga la kita di buatnya. Hhihihih... nasib baik beruk yang terkejut kalau cik melor yang terkejut!!!! 'heart failure' hahhahah. Bye.


28 October 2014

Mesin Jahit Pilihan Yang Patut Anda Beli

Hai senaaahhh..... hari ni kan kite nak kongsi sesuatu tau. Kite nak kongsi tentang mesin jahit yang elok, simple, kurang bermasalah serta senang nak handle. Jenama apa? tentu la jenama singer. "singer menawan keluarga bahagiaaaaaa" dari dulu hingga kini kan senaaaaahhhh.....  

Syssshhhh..... rahsia tau. Si simon tu bagi tau ngan kite ini koleksi mesin jahit singer yang tak banyak beri masalah. Hari ni kite kongsi jenis mesin jahit lurus je dulu ya. Lain entri kite kongsi pula mesin jahit tepi pilihan. Ingat tu senah ya, ini rahsia kite je. Jangan kasi orang lain tahuuuu....hahhaha

Bukan tak caya ngan jenama lain. Cuma kite lebih mempercayai mesin keluaran singer. Lagi pun kite memang membesar dengan singer tau. Dari atuk, mak, adik dan kite. semuanyer mesin jahit jenama singer yang di beli. Mesin jahit singer nih, kalau rosak senang nak dapatkan alat ganti. Lepas tu teknisen dia pun ramai. Senang nak panggil datang rumah like si simon tu. Betul kan simooooonnnn.... hihihihii.

Contoh duk ada la. Kesian tengok adik kite tu, beli mesin jahit jenama yang agak gah juga di pasaran. Tapi meragam je kerje dia. Panggil teknisen 4, 5 hari baru datang. 2. 3 hari pakai rosak balik. Kadang-kadang kite rasa nakkkk.... je poslaju kan si simon tu ke kampung. Nak suruh baiki dan service semua mesin jahit adik hahhahahha........ Pendekkan cite senah scroll je lah ke bawah ok.


Yang ni mesin jahit mudah alih singer model 3232. Mesin jahit model 3232 ni comel kan senah. Geram cik melor nengoknyer eh. Mesin jahit model 3232 ni merupakan model baru untuk tahun 2014 senah tau. Model yang simple dan yang penting kurang masalah serta senang nak handle. Sesuai la untuk para surirumah dan mereka yang baru pandai menjahit. Ciri-ciri yang di miliki juga boleh tahan. Macammmm....

ciri-cirinya :-
  1. 32 corak jahitan
  2. jahitan lubang butang - 1 langkah sahaja
  3. penyelaras lebaran dan panjang jahitan,
  4. pemasukan benang automatik
Harga :-
  • Rm 995.00 - tunai
  • beli secara tunai ada 10% diskaun


Yang ni mesin jahit mudah alih singer model 2250. Mesin jahit  model 2250 ni  sesuai untuk mereka yang baru pandai menjahit. Juga sesuai untuk surirumah untuk menjahit jahitan yang mudah-mudah ya senah. Yang penting mesin jahit model 2250 ni senang nak handle, kurang bermasalah senah ya. Ciri-ciri yang di miliki juga boleh tahan. Macammmm....

ciri-cirinya :-
  1. 10 corak jahitan
  2. jahitan lubang butang - 4 langkah
  3. jahit zip 
  4. pemasukan benang automatik
Harga :-
  • Rm 795.00 - tunai
  • beli secara tunai ada 10% diskaun

Yang ni mesin jahit mudah alih singer model 8280. Mesin jahit  model 8280 ni  sesuai untuk mereka yang baru pandai menjahit. Juga sesuai untuk surirumah untuk menjahit jahitan yang mudah-mudah ya senah. Yang penting mesin jahit 8280 ni senang nak handle, kurang bermasalah dan antara model terhangat di pasaran senah weh. Ciri-ciri yang di miliki juga boleh tahan. Macammmm....

Ciri-cirinya :-
  1. 7 corak jahitan
  2. jahitan lubang butang - 4 langkah
  3. jahit zip
Harga :-
  • Rm 745.00 - tunai
  • beli secara tunai ada 10% diskaun


Yang ni mesin jahit mudah alih singer model 2259. Mesin jahit  model 2259 punyai ciri-ciri yang sama dengan mesin jahit singer model 2250 dan 8280. Kelebihan yang membezakan model 2259 ialah ciri-ciri yang di milikinya. Macammmm....

Ciri-cirinya :-
  1. 19 corak jahitan
  2. jahitan lubang butang - 4 langkah
  3. jahit zip
Harga :-
  • Rm 945.00 - tunai
  • beli secara tunai ada 10% diskaun


Yang ni mesin jahit mudah alih singer model 4423. Mesin jahit  model 4423 ni  mesin jahit yang tahan lasak tau senah. Heavy duty la ssenah eeeehhhh.... Ciri-ciri yang di miliki juga laaaagi ..... boleh tahan. Macammmm....

ciri-cirinya :-
  1. 23 corak jahitan
  2. jahitan lubang butang - 1 langkah sahaja
  3. 1.100 jahitan perminit,
  4. penyelaras lebaran dan panjang jahitan,
  5. pemasukan benang automatik
  6. lampu led
  7. boleh jahit jahitan sederhana tebal
Harga :-
  • Rm 1195.00 - tunai
  • beli secara tunai ada 10% diskaun

Berminat? Boleh hubungi si simon, ni talipon dia 016 2228177

Yang paling penting, beli melalui si simon, senah akan di ajar sehingga pandai mengunakan mesin jahitan mudah alih singer yang di atas tu hingga pandai dan akan di ajar juga cara menjaga mesin-mesin tersebut. Ajar di rumah kite tau.

Jangan lupa sebut nama cik melor ngan si simon tuh, Mana tahu diskaun tu boleh di up kan lagi hahhahah..... Simon u jangan marahhhhh..... Apa-apa pun senah boleh talipon si simon untuk keterangan lebih lanjut ya. Cik melor kongsi ajeeee.......


27 October 2014

Pesuruhjaya Sumpah Terdekat??? Ini Senarainya.

Hai senahhhh.....  tadi pagi kan cik melor ngan tuan pengarah gi ke tengah bandar Kuala Lumpur. Nak tahu kami buat apa di sana? Emmm tengok tajuk kat atas tu. Aaaa itu lah yang kami cari.

Lama betul kite tak ke tengah bandar KL tu. Hemm... banyak berubah. Seram pula rasa hati, kereta bersimpang siur. Jalan atas bawah berselirat. Huh fening cik melor di buatnya. Itu pun kite pergi lepas pukul sepuluh nak elakkan jem. Tapi banyak juga kenderaan nyer senah eeeeeh......

Tuan pengarah bawa kite pegi ke pejabat pesuruhjaya sumpah di bangunan Wilayah Complex. Hampeh betul, tutup pula tempat tuh. Lepas tu pusing pula ke pesuruhjaya sumpah di Pertama Complex. Masalah parking punya pasal, tuan pengarah tunggu dalam kereta dengan makcik google. Kite la yang kena naik ke tingkat 12 tu. Lagi pun itu urusan kite. Tentu la kite yang kena pergi kan senahhhh...... hahahhha......

Memula tu masuk dalam pertama complek naik lif cuma ada tingkat 3 je. Hairan bin ajaib. Mana floor yang lain?????. gara-gara lama tak kesana la tu. Rupa-rupanya kite salah masuk senah eh. Lawak betulkan. Kalau zaman bujang dulu setiap ceruk bandar KL kite hafal. Tua maaari, campur dengan susah nak begerak dek kerana askar berderet, jakun kite jadinya senah eh hahhaha. Sedang kan, dulu itu lah tempat selalu berdating hahahhaha....  jangan muntah senah ya.

Turun balik tanya bebudak yang kerja di situ, Rupanya kite salah tangga dan salah masuk lif laaaa...hahhahah jakuuuuunnnn...... Dah jumpa lif, eeeee amat menyeramkan lah lif di bangunan tu. Takut ada peragut ke gila sex ke, nauzubillah, selawat memanjang kite senah eh.  Maklum la zaman sekarang ramai yang jahat dari yang baikkan senah. Kena waspada, kena was-was dan kena hati-hati kan..... kan.... Betul dok senah eh.

Tak sampai 15 minit segala urusan kite selesai. Kena charge sepuluh ringgit. Rate charge yang di kenakan tak sama tau senah. Sebab kite pergi kerana tanah kena charge 10 inggit, ada orang tu kerana duit pencen kena 4 inggit, yang sorang tu passport ilang  dalam 6 inggit. Kite rasa charge kite la yang paling mahal hari ni ahakz.

Silap tak check alamat pejabat pesuruhjaya sumpah terdekat ngan rumah masa pergi, balik baru kite check. Hum rugi, rugi terlambat sudah hahhahahaha.... Lain kali check alamat dulu sebelum keluar rumah senah weh. Jangan jadi macam cik melor buang masa je tau.

Ini kite letak senarai pejabat pesuruhjaya sumpah yang berdekatan ngan rumah kite dan area sekitar KL senah ya. Nanti senang senah nak pergi kalau ada urusan dengan akuan sumpah sumpah ni iyaaa....

Wangsa maju

Pesuruhjaya Sumpah (Menara Kausar)
Menara Kausar, Jalan 3/27A, Seksyen 1, Wangsa Maju (Level 6), 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

tingkat 6, bangunan LHDN , berhadapan dengan AEON(jj) wangsa maju.

Umno, Jalan delima, wangsa link, berhampiran wangsa walk -  untuk sahkan sijil

Pertama Complex, Tingkat 12.

SENARAI PESURUHJAYA SUMPAH
LIST OF COMMISSIONER FOR OARTS KUALA LUMPUR

1- Abd Hadi b. Abdullah - Mahkamah Sesyen/Majistret.

2 -Neoh Swee Kee - 4 Tingkat, Mezzanine, Medan Pasar.
3 - Ahmad B. Laya - lot 6.08, 6th floor, Wisma Centrel, Jln Ampang

4 - Hj Zalan b. Mohamed - Suite 2-1-45, Tingkat 1, Wisma Rampai, Jln 34/26 Setapak.

5 - Chan Leong Choi - 1st floor, Bangunan Persatuan Yap Sel. No 102-104. Jln Tun H.S.Lee.
 
6 - D. Selvaraj - 98-A, Tingkat 1, Jln Jejaka, Tmn Maluri , Cheras

7 - Hamzah b. Haji Sulaiman -  Lot UG 16, Wilayah Komplek, 2, Jln Munshi Abdullah 

8 - T. Thandonee -  Lot LG 27B, LG, Wilayah Komplek 2, Jln Munshi Abdullah,

9 - Aziz b. Hamzah - Tingkat 1, Jln Wawasan 2/3, Bandar Ampang Baru - 42979238

10 -  22A, Tkt 1, Jln Wawasan 2.3, Bdr Baru Ampang, KL

11 - Dato'Hj Omar Awang - Lot 4.77, Tkt 4, The Mall, 100, Jln Putra - 40432513.

12 -Tan Boong Chua - 20th Floor, Bangunan arab-Malaysia, No. 55, Jln Raja Chulan - 013 3600383

13 - Lee Yong Chee - 65, Persiaran Endah, Off Jln Syed Putra,
 
14 - Robert Lim Hock Lee - Lot 2.10, Tkt 2, Bgn Angkasa Raya, Jln Ampang

15 - Zainuddin Bin Ab Manae - Tkt 1, Bgn KUWASA, Jln Raja Laut - 2913880

16 - Soh Ah Kau - 25, Jln Beremi - 21412878
 
17 - R. Ramakrisnan - No 5, Jln Medan Pasar

18 - Nazirah Ismail - Lot 2.35, 2nd Floor, The Mall, 100, Jln Putra, KL.. No 86. Tkt bawah, Jln Putra 5
 
19 - Masohood Omar - 66, Jln Tun Perak,

20 - Lam Theng Sum - Suite 6.02, Tkt 6, Wisma Lim Foo Yong, 86, Jln Raja Chulan. Kl

21 - Manmohan Singh - LG 50, Wilayah Komplex, Jln Munshi Abdullah.

22 - Kam Keat Hock - 59-M, Jln Mega Mendung

23 - Karam Singh - Lot 1, Bazaar 4, Level 1, Block G ( Selatan) Pusat Bdr Damansara.
 
24 - K Nermala - Suite 50-4-1, Tkt 4, Wisma UOA Damansara, No 50, Jln Dungun

25 - T. Tharumarajah - No54, Gr Floor, Jln Hang Kasturi, 

27 - Lim Heng Lin - No 8, Jln 14/144A, Tmn Bukit Cheras - 016 2099638

28 - Leong Tang Chong - No 30-1, Jln Ambong Dua, Kepong Baru, 
Huh Berjela-jela kite taip hari nih. Jangan boring senah ya. Bye.
 

17 October 2014

Tip Jimat Isi Minyak Kereta

Apakhabar senah eh.... Susah hati betul la cik melor memikirkan harga bebarang semakin naik. Ni gara-gara minyak naik la nih. Minyak naik 20 puluh sen je. Tapi habis semo barang naik harga.  Hai la senah, hai la minyak, emmmm .......

Kite ada terbaca pasal tip jimat isi minyak kereta. Ramai jugalah blogger duk mengongsi tip ini tau senah eh. Salah seorang blogger tu kite laaaaa hahahha...... 

Semalam kite cuba mempraktikkan cara isi minyak lagu tu. Eh.. eh....eeehhhhh betul la senah, kite jimat la. Walaupun tak banyak sekurang-kurangnya kite boleh jimat beberapa sen dari setiap harga yang kite bayar tu. Alaaaa .... macam kite membeli di pasaraya. Bukan ke kalau yang ada rege 99 sen tu akan di genapkan jadi 10 sen. Macam tu la juga dengan kes minyak ni.

Kata mereka isi minyak ikut kiraan liter lagi untung dari guna  ikut kiraan RM. Mereka juga bagi contoh sebab dan asbab yang mengukuhkan kat-kata mereka itu. Ini kite copypaste dari seorang blogger tu senah tau. Nak cite sendiri takut senah tak faham, jadi kite tunjukkan apa yang demo tu oyak hihiihi
" Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 orang, kalau 10 hari? sebulan?

itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bukan ikut nilai liter.

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter
isi rm69 jadi 30 liter
kalu isi 35 liter darab dengan rm2.3.
kalu isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
contoh 31.777 liter. rugi sikit, tapi kalu tiap2 hari towkey stesen minyak yang untung."

Kite try la senah eh. Memang betul, kite isi 10 liter dan kite untung 1 sen. Bukan rugi 1 sen. Kalau senah nak tahu cuba lah praktik kan cara di atas. Senah akan dapat jawapannya. Bye 


15 August 2014

Testimonial Ikhlas Double Stemcell - Part 2

Hai senahhhhh......hahhahha..... ai did it againnnnn..... terpublish n3 tanpa sedar soriiiii..... cik melor sambung n3 semalam ya senahhhh.....

Lepas balik jumpa doktor dan kompen nama penyakitnya, kite termenung seketika. Lepas tu kite terus call kawan, minta belikan double stemcell nih. Kebetulan pula masa tuh double stemcell nih boleh di beli dengan rege murah. Kite pun ambik la 4 kotak dapat la dengan rege rm330. 

Masa start makan tuh awal bulan posa tau senah. Masa tu kaki betul-betul tengah sakit. Nak cakap camana sakit pun kite tak tahu. Cuma boleh cakap dalam rumah, kite guna tongkat untuk bantu kite bergerak. Masa nak tido kena lapik bantal bawah lutut untuk kurangkan rasa sakit.  Kalau tak buat macam tu sampai pagi la kite tak boleh tido. Bila bangun pagi pula, kite terloncat-loncat tak boleh jalan. Kena angkat kaki guna tangan bila nak masuk kereta. Tak boleh jalan lelama. Tak boleh nak tanam bunga emmmm..... sebab tu la dah lama takde cite gardening dari kite. Kesian tak senah.

Alhamdullilah lepas kite amalkan makan 2 sachet 1 hari. Kaki kite dah kurang sakit, rasa ringan aje tau senah. Jalan pun dah boleh jauh sikit. Masa tido tak perlu lapik bantal bawah lutut, bangun pagi pun normal, tak terloncat-loncat lagi hhiihihih...... 

Kesan lain dari pengambilan double stemcell pula kulit kite jadi cerah dan bermaya tau. Kalau keluar tak berbedak pun kite tak kisah. Jeragat pun menipis senah eh. Tak caya ke?? tanya la cik mala simplicity dia datang rumah hari tuh. Mesti dia perasan jeragat kite dah menipis kan cik mala simplicity.

Masa tu juga kite perasan badan kite mengecil sikit. Biasanya walaupun posa badan kite susah betul nak turun hihihihi......

Yang kite perasan lagi rekahan di tumit kaki kite menghilang dengan jayanya. Kulit berduri di tumit kaki juga hilang. Licin aje tumit kaki kite tau. Sebelum nih kite malu kalau orang tengok tumit, nak-nak la pula kalau tuan pengarah yang tengok eeeee..... maluuuu.....

Andai ada yang nak cuba double stemcell nih, pastikan senah beli yang ori. Ye lah dunia sekarang nih macam-macam tipu duk ada. Senah boleh oder ngan akak nih gerenti dapat yang ori.
noris - 010 2795946 @ 013 2552471

Itu la testimonial ikhlas double stemcell dari kite. Jangan lupa oder dengan akak noris dan pastikan ori ok. Bye.


13 August 2014

Testimonial Ikhlas Double Stemcell

Hai senahhhh ........ cik melor timbul lagi laaaa hiiiiihihiihhi....... Apakaba senah semoooo???? kite macam biasa lah senah eh. Jap ok jap tak ok, dah namanya orang, adat la kan graf hidup tu turun naik. Haaha..... kerana graf tu la kite nak cite nih.

Masa memula sakit hari tuh, macam-macam ubat kite telan. Macam-macam petua kite ikut. Hummmm.... hampeh. Stabok dok jadi. Lepas tu ada la satu orang tuh dia bagi kite free je sekotak double stemcell. Suka kite tauuuu..... sebab kite tau khasiat double stemcell tuh. Cuma tak mampu beliii...rege mahal sangat tuk kite huhuuhuh......

pinjam dari google

Kite pun makan la double stemcell tu, Masa tu kite makan 1 sachet malam je tau. Nak jimat awak senah eh hahahhaa..... Well u no mi, ai kan suri rumah aje. Gewe ai pula kerje kuli, gaji kire haaariiii. Mana mampu nak beli, rege sekotak boleh buat belanja dapur rumah kite setengah bulan awak senah eeeehhhh..... hihihihi..

Masa tuh double stemcell tak kesan pun pada sakit lutut kite. Tapikan senah kulit kite berubah jadi cantikkkkkk..... gebu gitu. Jeragat pun menipis. Eeeeee suka tauuuuuuu. Betullllll kite tak tipu senah eh. Tak caya????? cuba tengok gambar profail kite tu. Muka baik kaaaaan...... Pastu kite berenti makan double stemcell sebab rasa tak mampu nak beli laaaaa senah.

Lepas tu kan, appointment kite kat spital sampai. klik sini cite gi spital tuh. Kite gi spital dan kompen tentang sakit kite. Maka terpikir la nak makan double stemcell tu balik. Pastukan ..... senah tunggu la n3 sambungan testimonial double stemcell ikhlas dari kite nih. Nak kena gi ambik anak sekolak dulu la. Bye

23 May 2014

Pantang Larang Bagi Pesakit Kanser

Hai senahhhh......  merayap aje kite jumpa, merayap aje kite nak kongsi. Kali ni cik melor jumpa sesuatu tau. Pastu kite nak kongsi lah. Kongsi sesuatu yang bermanafaat terutama untuk 'orang tu' harap-harap dia membaca apa yang kite kongsi nih. Senah pun baca lah juga iya. Kalau bukan untuk sendiri pun maybi ada orang terdekat yang memerlukan informasi ini kan senahhhhh ........ Sila tengok bawah ya senahhhh......

" PESAKIT KANSER TIDAK BOLEH MAKAN :-

1) Jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat ditukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5 - merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Jangan ambil gula - Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian.

3) Jangan makan produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain. Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4) Jangan makan seafood - seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Jangan Minuman - Kopi, teh, minuman bercoklat (sel kanser akan lebih cepat merebak).

6) Jangan makan daging merah. WAJIB di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Jangan makan Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Jangan makan Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik. (Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain - Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam dipercayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Jangan makan makanan segera & sebarang produk dalam tin - seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Jangan makan makanan berjeruk, ikan masin, telur masin, budu, belacan dan seumpamanya.

11) Perlu dielakkan makanan yang dipanggang & dibakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus dielakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Jangan makan sayur-sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih, cendawan dan lain-lain (sebarang sayur yang berwarna putih).

Huh banyaknya. Senah jangan lupa tau. Bagitahu mereka jangan makan benda kat atas tu iiiiyaaa...... Bye

20 May 2014

Rahsia Asam Keping Yang Tidak Di Ketahui

asam keping
 google image

Senah nak tahu satu rahsia tak?. Rahsia tentang kehebatan asam keping yang tidak diketahui ramai. Tak caya. Nah senah baca sendiri. Lepas tu cubalah. Mana nak tahu kan tetiba je bodi jadi bentuk biola hahahahha......

" Teringin mendapatkan perut yang lebih cantik dan rata? Ramai yang akan nasihatkan anda untuk pergi bersenam agar perut idaman menjadi kenyataan. Tetapi tahukah anda dengan menggunakan petua tradisional, dapat membantu anda untuk mengatasi masalah yang anda alami. Petuanya adalah seperti berikut.

Ambil satu atau dua keping asam keping dan rendam dalam secawan air panas. Biarkan beberapa jam sehingga asam keping ini kembang dan air bertukar menjadi suam. Minumlah setiap pagi dan malam. Kesannya perut anda akan mulai kempis. Namun, perkara ini harus juga disertai oleh amalan pemakanan yang sihat, ya?"

Ini pula testimoni iklas dari Cik Melor sendiri ya. 
  • Setelah Cik Melor amalkan badan ada susut sikit hahahha. 
  • badan rasa ringan
  • senang membuang di waktu pagi.
  • hilang dan kurangkan rasa berat/pening kepala dan berat belakang leher 
Hah camana, nak cuba tak? Jom rendammmmm.... Bye.

23 April 2014

Senarai Kopi Tenaga dan pelangsing yang Beracun Di Sahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

cik melor kongsi, senah baca je yaaaaa.....



Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.


Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.
41.CATUABA

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya !
written By canang on Selasa, 22 April 2014 | 4/22/2014 10:39:00 PTG


tu diaaaaa......  senah eeeeehhh....Bye.

08 April 2014

Pakar Urut Saraf

Hai senaaahhhhh........ apakhabar awak semua, cik melor macam biasalah masih lagi on off keadaannya. Kadang kite sihat kadang kite tak boleh gerak aktif sakit la tu hihihihihi..... Cuma satu je yang tak berubah cik melor stilllll pelahap hahhahhahah.....

Walaupun sakit sakit la kata orang, kite tetap berselera makan. Jarum dacing kite mengila pusing dia senah eh. Kalau tengok, orang tak caya kite sakit. Mana tak nyer senah ehhhh..... makan laju, badan kembung takde susut, asal terserempak je, kite tengah drive kreta. Pendek kata tak nampak macam orang sakit lah. 

Dalam seminggu dua nih, kite betul2 sakit senah weh. Sehinggakan jalan pun kena ada bantuan. Hihihihii ...... tak sangka betul tongkat comel yang duk bertapa bertahun-tahun lamanya dalam stor kite tuh ada gak gunanya. Ingat hati nak buang aje, menyemak ruang stor serta menyakitkan pandangan mata aje tak baik tau.

Allah nak uji kite lagi, entah kenapa kali ni ubat yang kite duk makan selama nih tak menjadi senah ehhhh. Asal ada yang datang rumah, soalan pertama kite tanya kat tetamu cara nak hilangkan sakit lutut. Pastu kite merayu ngan tuan pengarah, cari ubat hilangkan sakit lutut kite nih. Pastu  kite mintak tuan pengarah bawak kite gi spital. Tak tertanggung sakit dia senah eh.

Petang kemarin tuan pengarah balik dan cakap nak bawak kite jumpa tukang urut yang pakar dalam urut saraf. Jeng...jeng.... jeng...... nak tahu hebat ke tak pakar saraf nih senah kena tunggu tau. Bye



13 February 2014

Buah Mahkota Dewa Yang Ajaib


gambar kite pinjam ngan pakcik google

Hai senaaahhhh...... hari tu kan, kite janji nak cite pasal buah mahkota dewa yang ajaib tuh. So tuday ai nak cite lah nih. Senah baca sampai habis tau. Mana la tahukan, rupanyer pokok yang tumbuh belakang dapur rumah senah tuh pokok mahkota dewa. Kan senang senah nantiiiiii....... kite pun boleh tumpang senang sama. Mana tak nyer senah weh, bila stok kite habis, kite roger je senah, mintak pos laju buah mahkota dewa tu hihiihiihih...... melampau tau

Kite cite setakat mana yang kite tau je senah ya. Melalui pembacaan kite la, herba mahkota dewa ni amat terkenal di negara Indonesia sebagai tanaman ubat. Pokok mahkota dewa ni asalnyer dari Papua/Irian Jaya tau senah. Eeeee....... jauhnyerrrrr....... Nama saintifik dia, Phaleria Macrocarpa (Scheff) Boerl. Herba mahkota dewa ni mengandungi beberapa zat aktif seperti -

* Alkaloid
  •  bersifat detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun dalam badan
* Sapolin yang bermanfaat sebagai :-
  • sumber anti bakteria dan anti virus
  • meningkatkan kecergasan badan
  • mengurangkan kadar gula dalam darah
  • mengurangkan pengumpulan darah
* Flavonoid 
  • melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
  • mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi gumpalan lemak pada dinding pembuluh darah
  • mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner
  • mengandungi antiinflamasi (antiradang)
  • berfungsi sebagai anti-oksidan
  • membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
* Polifenol
  • berfungsi sebagai anti alergi
Pohon mahkota dewa seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh. Ukurannya tidak terlalu besar dengan tinggi mencapai 3 meter, mempunyai buah yang berwarna merah menyala yang tumbuh dari batang utama hingga ke ranting.

Untuk panjangkan jangka hayat masa simpan herba mahkota dewa, kena la awetkan buah tuh dengan beberapa cara contohnyer pendinginan, pengalengan, dan pengeringan. Pengeringan yang dilakukan pada buah mahkota dewa bertujuan mengurangi kadar air dalam bahan, sehingga air yang tersisa tidak dapat digunakan sebagai media hidup mikroba perusak yang ada di dalam bahan tersebut, dengan kata lain dapat memperpanjang masa simpan buah mahkota dewa tersebut. Kondisi pengeringan yang tepat akan menentukan mutu hasil pengeringan yang tinggi.

Macamana pandangan senah? banyakkan khasiat penama mahkota dewa nih. Nanti kite cite cara macamana nak guna buah mahkota dewa ni. Ikut cara dan pengalaman kite la. Senah tunggu tau. 

08 February 2014

Ajaibnya Buah Mahkota Dewa - pt 2

Hai senahhhhh....... kite sambung n3 'Ajaibnya Buah Mahkota Dewa - pt 1' iyaa... Xceli lutut kite dah lama sakit tau. Tak gi klinik sebab kite tak sakit sangat kecuali masa nak solat je kite bermasalah. Tu yang tak heran nak gi klinik ke, nak cari ubat ke. 'Base babey' kata ore teganu.

Masa balik kampung raya posa tahun 2013, Kite nampak adik duk rendam buah mahkota dewa nih nak bagi bonda kite minum. Ikhtiar for the sakit kaki my mum hihiihihihi...... gedik nok tulih oram putih. Bonda kite tak nak minum takut kata dia. Kunun-kunun nak tunjuk berani kite minum dulu. Pastu kan senah bangun besok pagi nyer kite dah terus boleh duk bersilaaaaa...... Iyaaaaa boleh bersila, satu kelakuan yang kite rindu nak buat selama nih kih....kih.....kih.........

Kata adik dia beli di seremban. 1 peket 5 hinggit tau senah. Kite nampak ada 3 peket. Kite rembat bawak balik kl 1 peket dan amal minum sehingga lupa kite pernah sakit lutut. Maknanyer lutut kite dah hilang sakit la tuh hihihiii........

Base jenis orang malah, ilang sikit sakit mula la tak amboh makang ubat. Kite lupa terus pasal buah mahkota dewa kering ituuuuuuuuu......... dan lupo gok nok rendang minum air buah mahkota dewa masa sakit hari tuh. Tu yang jadi melarat sakit diaaaa senah wehhhh...... Padang nga muke kite malas sangat nok makang ubat kang senahhhhh...........

Lepas dah makan ubat klinik, makan double stemcell lah tak ilang sakit jugok pong. Baru kite teringat akan buah mahkota dewa ituuuuuu....... Kite pun rendam pastu tu amal minum balik. Aaaaa...... disinilah kite kata ajaibnya buah mahkota dewa ni senah ooiiiii... Lepas minum setengah jam je, lutut yang duk berdenyut x boleh gerak tuh tiba-tiba boleh di bengkokkan, denyut pun hilang in kelantanis word gak ' supo ore ambik tohok'. Kalu kut teganu gok kata dia lagu nih " ilang teruh dok raso bendeeeee mek ehhhhh' well ai kan kacukan kelate ngan tganuuuu hahahhaha...... Hilang sakit, terus kite bersemangat gi godek pokok bunga, baja, siram, kemas rumah bagai lah senah weh. Ajaib kan...kan...kan.... senahhhhh.......

Nak kata seratus peratus hilang sakit tu tak de lah. Sesekali bila duduk bangun kerap sangat, lutut kite terasa ngilusakit jugak. Cuma bile duk amal minum air rendaman buah mahkota dewa tuh, buat kite kadang-kadang lupa bahawasanya tulang rawan lutut kite mula menipis.

Sementara nak jumpa rawatan dan ubat sakit lutut yang betul-betul serasi ngan kite, biarlah kite amalkan minum air rendaman buah mahkota dewa nih. Kos pun jimat senahhhhhh..... kih.....kih....kih.....

Net n3 kite cite mengenai buah mahkota dewa pula ya. Senah tunggu tau. Bye

entry berkait:
Ajaibnyer Buah Mahkota Dewa - pt 1


07 February 2014

Ajaibnya Buah Mahkota Dewa - pt 1

buah mahkota dewa

Hai senaaahhhhh...... sori la ya sebab lama sangat kite tenggelam. Emmmm........ permulaan tahun 2014 nih tak berapa baik la untuk kiteeeeee..... Bermula 31 disember 2013 membawak ke 6 february 2014 kite tak sihat je senah tau. Kesian dak senah.

Mula-mula tu, tergeliat pinggang. Lepas kena tenyek dik tukang urut hilang sakit pinggang. Belum baik betul sambung pula gan sakit lutut. Mungkin kerana duk turun naik tangga, lepas tuh berdiri lama-lama masa urusan daftar my hero masuk tahun satu awal tahun tu hari. Tambah-tambah lagi kite dah makin tembam senah, tu yang buat kaki kite jadi sakit senah weh.

Xceli lutut dah lama rasa sakit-sakit tapi sikit je. Ingatkan sakit tu macam biasa la, tak berpanjangan on-off kata ore putih. Tapi kite salah la senahhhhh....... sakit lutut kite, melarat-larat pulak jadi dia. Sampaikan kite tak boleh berjalan awak tau senah weh. Dah jadi macam robot. Punya la seksa kite di buat nye. Tido malam merintih-rintih sakit senah oooo....... Bila duduk tak boleh nak bangun. Terpaksa mintak sesapa tolong tarik bila nak bangun hihiihihi...... teruk kan. 

Dalam sakit-sakit tuh, kite tetap kena menyupir anak ke sekolah, kena masak, kena buat kerja rumah dan paling utama kite tetap kena merempit senah weh. Takut customer kite marah, paling parah poket kite nanti kempes eeeeee....... tak suka tauuuuu...... Kesian dak senah.

Kemuncak sakit, kite dah tak boleh jalan. Biasanye kite takut nak gi klinik. Tak tertanggung sakit, satu malam tuh kite sendiri merayu tuan pengarah bawak gi klinik hhahahahahah..........Di klinik, doctor kata kite kena osteoarthritis. Doctor bagi ubat angin, pain killer yang paling kuat, minyak sapu dan ubat untuk otot, Balik kite makan  sapu sampai habis ubat doctor tuh, tak jalan jugak senah weh. Kesian dak senah

Lepas tu tuan pengarah bawak balik double stemcell. Kata dia, untuk nak meremajakan badan kite. Makan dah habis sepapan pun lutut kite tetap sakit. Tapi kan senah makan benda tuh kulit kite jadi cantik la. Eeeee  i like, i like,  ambo suko weh hahhahaha.........

Pastu kan.......... senah kena  la tunggu part 2 dia ya. Tunggu tau. Bye

04 December 2013

Perkhidmatan Asah Gunting ' On Call '

Hai senaaahhhhh ....... semalam kan kite gi ke tnb melawati nak bayar bil. Kite bertegur sapa dengan sorang apek tua tau. Well u no mi kan senah, ai ni peramah. semo orang nak di tegur hihihiihihih.......So tudey ai nak cite dan kongsi la dengan senah sikit. Mana la tau ade yang sedang mencari-cari benda yang kite nak cite nih.

Untuk mereka yang kerja merempit macam akak nih mesti nak kena guna guntingkan. So gunting yang tajam tu memang di perlu kan. Ikut petua cikgu kite dulu., Kalau beli gunting sebelum guna kena asah dulu, baru lah sedap nak memotong kain. Lepas tu gunting tu akan keluarkan satu bunyi yang mengasyikkan bile kite mengunting. Macamana nak cite bunyi gunting tu ya, emmmmm.... alaaaaaa.... bunyi macam gunting tailor yang hebat tu ahaksss.....

Dan itulah yang akak buat. Akak asah gunting dulu lepas beli. Walau pun umur gunting kite dah tua, stilll lagi mantap dan tajam bila di gunakan.

tutorial & tip jahitan

Ini lah encik asah gunting yang kite jumpa kat melawati semalam. Kata nyer dia akan ke rumah mereka yang minta di asah gunting. Senangkan semua datang rumah. Kite tak payah keluar cari perkhidmatan itu. Baiki mesin pun datang rumah klik sini baiki mesin.  Kata encik asah gunting lagi, sila tengok bawah ya senah,

My Name : Mr Tan. 
Handphone : 010 5288677
Price  : rm 10.00 /pc
Service Area : sila call tanya sendiriiiiii..... ai lupa tanya u

Akak tak tahu lagi mutu perkhidmatan dia tu berapa 'bintang' sebab belum cuba lagi asah dengan dia. Tapi kalau baiki mesin akak boleh rakemen teknisen tu memang bagus sebab dah banyak kali panggil dia baiki mesin tua kite tuuuu..... .

Dulu kite gi asah gunting di chow kit. Entah ade lagi tak orang yang  asah gunting tu, sebab dah bertahun - tahun lamanyer kite tak ke situ. Susah nak bergerak la senah weyyy..... loni. Ekor panjang tok dengar kato pulok tuh haissss geram kiteeeeee............. Tak caya ke? ini bukti dia.......

kids photo

  dalam kereta pun macam kat playground

kids photo

ape ke benda la budak 2 orang nih tengah main

kids photo

penat menunggu kite pakat-pakat bergambar dulu

caya dak senahhhhhh.....mak dia pun letih dengan karenah bebudak 2 orang nih. Asyik bergaduh, menjerit-jerit ngalahkan dalam zoo haisss. Akak nak gi sambung merempit again. Bye.


28 October 2013

8 Amalan Pemberat Rezeki



betul tu senah weyyyy....... andai di hati ada 8 benda yang tertulis kat atas tu, emmmmm..... rezeki  susah sikit nak datang dekat. Akak tak tipu, akak pun pernah mengalami saat-saat itu malah sehingga kini kite masih terasa bahangnyer. Dek kerana kekhilafan sendiri. Kini kite sedar dari kekhilafan itu dan segera memohon ampun . Moga-moga keampunan yang di pinta di terima. 

Kongsi-kongsi membawa kebaikan takpe kan senah. Walaupun sekadar kopipes aje ahaks. Bye


11 August 2012

Benda Yang Kite Patut Tahu Tentang Tong Gas


Selallu duk cerita pasal manik, jahitan boring gak jadi hari nih, nak kongsi sikit maklumat tentang tong gas kat dapur kite tuh. Bukan apa dah banyak hari akak melor terbaca tentang tong gas nih.Tergerak lak hati tu nak kongsi. Benda baik elok lah dikongsi kan senah. Untuk keselamatan kite bersama juga senah ooiii...... N3 nih akak kopipess dari blog pak long din ya senah dan pak long din soriiiii n jange maroh deh ambo kopi n3 pak long din.

 Apa benda yang kita guna akan ada tarikh luputnya tersendiri. Umum dah tau, penggunaan sesatu produk selepaih tarikh luput memang tak digalakkan melainkan la kalau dah kita dalam kategori SEGAN NAK BERNYAWA... haha...

Memang bahaya... Pak Long pun baru tau rupanya tong ges yang kita pakai tu pun ada jugak tarikh luputnya. Jadi dah kita sebagai pengguna neh kena pakat-pakat beringat la, periksa tarikh luput tong tu sebagai satu daripada langkah kita menjamin keselamatan diri dan keluarga...

Ca perati kat salah satu sisi tong ges tuh, ada tarikh luput yang depa kodkan secara berhuruf A, B, C atau D diikuti dengan dua digit... contohnya D06

Huruf tuh bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun;

A untuk Mac (Suku pertama)
B untuk Jun (Suku kedua)
C untuk Sep (Suku ketiga) dan
D untuk Dis (Suku keempat)

Dua digit tu pulak menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan... kalau D06 bermaksud tong tuh hanya selamat digunakan sehingga Disember 2006 ja...

Jadi, periksalah tong ges kita tiap kali kita order tong baru kerumah kita...

Baguih kan maklumat neh. Lepaih ni boleh la kita gunakan hak kita sebagai pengguna untuk menolak tong ges yang tamat tempoh penggunaannya dari dibekalkan oleh pembekal...

sekian n3 kopipesss dari akak melor.

12 January 2012

Ahad - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

11 January 2012

Sabtu - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk

Wanita yang lahir pada hari ini kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

10 January 2012

Jumaat - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

09 January 2012

Khamis - Sifat Wanita Mengikut Tajul Muluk

Wanita yang lahir hari ini, dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.