Showing posts with label koleksi iklan. Show all posts
Showing posts with label koleksi iklan. Show all posts

15 April 2017

Baju Mengandung Murah

Assalamualaikum senahhhhh. Miss me?. Ai miss u tuuuuu..Tenggelam timbul  cik melor ni kan. Kita ada cuma sibuk dengan aktiviti anak-anak. Apakhabar senah semua. Are you ok laling 😄

Senah, senah, kelmarinkan kita gi jalan-jalan. Kata orang putih window shopping gituu. Masa jalan-jalan tu kite jumpa 1 kiosk jual baju mengandung, caaantikkk murah-murah senah eh.

Sib baaaik kita dah stop production. Kalau tak mau kita borong baju mengandung tu buat koleksi huhuuhu

baju mengandung murah

Nak kongsi punya pasal, kita buat muka tak malu snap gambar banner kiosk baju mengandung murah tu. Nanti senang la senah-senah yang sedang mengandung nak cari kiosk tu. Kiosk baju mengandung murah  ni ada dalam JJ/Aeon Au2 tau. Depan Sushi senah eh.

baju mengandung murah

Bisnes kad  puan punya kiosk baju mengandung murah. Puan Asalina bagi sebelum kita menjauh dari kiosk dia aha.

baju mengandung murah

Sempat snap koleksi baju mengandung murah yang duk gantung belah kiri. Geram senah weh. Dan-dan tu juga  la memori mengandung datang. Masa mengandung dulu, kita mesti nak beli baju mengandung cantik-cantik. Nak pakai baju mengandung cantik-cantik. Bila cantik harga pun cantik la juga kan. Botak kepala tuan pengarah huhuhu..

Baju mengandung murah raiza ni takda la mahal. Kata orang harga mampu beli, mampu pakai. Kenapa la masa mengandungkan makcik google dulu takde pula jumpa kiosk baju mengandung murah raiza nih. Kalau takkkk, harus le kita borong baju-baju mengandung ni buat melaram huhuhu

baju mengandung murah

Selain dari baju mengandung yang murah, kita jeling-jeling juga la benda lain. Kita nampak ada brooch, ada anak tudung, seluar ketat, skirt, blouse plus size. Huh banyak lagi la senak eh.

Nak tahu apa lagi yang ada. Senah pergi la tinjau-tinjau kiosk baju mengandung murah raiza tu. Mana tahu ada yang berkenan. Harga serendah 50 sen dan semahal rm99 je tau.

baju mengandung murah

Benda dalam gambar atas tu pun ada hahhaha... Apa-apa pun yang penting murah dan cantik kan senah. Tunggu apa lagi pakat-pakat la gi serang. Kita berkenan sangat ngan blouse plus size tu hihihihi. Bye

 

01 November 2016

Lulur Bedak Tradisional Muncul Lagiii...

lulur tradisional

Petang tadi punya cerita. Dapat call ada yang nak order lulur bedak tradisional kite. Emmmm... alhamdullilah rezeki. 'Nego malah-malah' masih ada juga yang cari lulur bedak tradisional kite senah eh.. 

Kata 'nego malah-malah' tu sebabnya kite ni jenis malas update, malas promote, buat sekali terus tenggelam. Mentang-mentang stok lulur bedak tradisional yang first dah habis. Kebetulan ada yang order rasa bersemangat pulok nok  pack stok baru hiihihii

Andai yang berminat nak cuba lulur bedak tradisional ni boleh whatsapp ke 017 6430301 untuk order ya. Pisssttt...... kite nak ingatkan senah lulur bedak tradisional ni stoknya cepat habis ya . Sapa cepat dia dapat, sapa lambat dia gigit jariiiiii....

lebih info boleh klik lulur bedak tradisional

Untuk mereka yang nak repeat order lulur bedak tradisional, anda di alu-alukan. Sila-sila la jangan malu-malu hihihihihi..... bye.

berminat :
whatsapp  ~ 017 6430301


09 August 2016

Lulur Bedak Tradisional Untuk Kulit Cantik

     Lulur bedak tradisional merupakan scrub badan yang di buat mengunakan bahan semulajadi dan herba asli tanpa campuran bahan kimia. Jika diamalkan secara berterusan lulur bedak tradisional ini dapat menghasilkan kulit yang lembut, segar, bebas dari jerawat, Dapat menghilangkan daki, parut-parut nipis dan penyakit kulit ringan. Lulur bedak tradisional ini juga baik untuk kegunaan ibu lepas bersalin. Juga sesuai untuk semua lapisan usia.

bedak lulur

Kelebihan :-
  • menghilangkan daki serta kesan hitam di badan terutama di belakang leher, ketiak, celah paha, siku dan lain-lain.
  • menghaluskan dan mencerahkan kulit.
  • mengurangkan parut tebal dan menghilangkan parut nipis.
  • mengurangkan penyakit kulit seperti panau, kurap, kulit kematu, gatal-gatal dan jerawat di badan.
  • mengurangkan bau badan.

Cara penggunaan:-
  • ambil sedikit lulur bedak dan bancuh dengan sedikit air, jadikan pes pekat.
  • basahkan badan dan oleskan pes lulur bedak tradisional tadi rata di badan.
  • gosok berulangkali pes tersebut terutamanya di bawah ketiak, belakang leher, celah paha dan tempat-tempat yang berpotensi untuk memerangkap daki mati.
  • biarkan seketika hingga lulur agak keringbasah. Sental seketika dengan tapak tangan yang dibasahkan.
  • siram badan untuk buang lebihan lulur.
  • mandi seperti biasa. 
  • boleh lulur 1 @ 2 kali seminggu.
  • untuk bahagian muka, oleskan pes dengan lembut dan perlahan mengunakan 3 jari terakhir. Elakkan kulit bahagian mata.

Cara penyimpanan :-
  • guna bekas yang tidak serap air dan bertutup sempurna.  Elak lulur bedak tradisional rosak.
  • guna sudu yang bersih dan kering untuk mengambil lulur bedak tradisional tersebut.
  • Simpan di dalam peti sejuk untuk memanjangkan hayat lulur bedak tradisional.

Okey senahhhh.... Faham akan fungsi dan kebaikkan lulur bedak tradisional ni. Berminat kaluuuuuu...... cepat-cepat la wasap ke 017 6430301 untuk order. Stok terhad ya. Uppssss... lupa la hargaaaaa diaaaa....

Sebotol RM15.00
Berminat ??????
Wassap ke 017 6430301
untuk pesanan.


08 August 2016

Rahsia Kulit Cantik Tanpa Modal Besar

Hai senah. Hari ni kan cik melor ada nak kongsi sikit rahsia. Rahsia kulit cantik tanpa perlu ke SPA, tanpa perlu keluar bajet mahal-mahal dan yang penting bebas dari bahan kimia. Tak nak ke kulit cantik senah ooiiii....

Maklum la sekarang ni macam-macam produk duk ada di pasaran. Ada mahal, ada murah, ada kesan kelihatan dalam masa 1, 2 hari pakai, ada yang tak nampak-nampak kesan dia sampai ke sudah hihiihhihii. Tepuk dada tanya poket mana satu pilihan mata kan senahhh......

Pilihan cik melor pula sudah tentulah kulit cantik cara tradisional. Macam orang dulu-dulu guna tuuuuu....  Lambat sikit nampak kesannya pun takpa la. Janji selamat dan tak ada kesan sampingan kan senaahhhh......  

dunia cmelor

Haaaa... benda kat atas tu la rahsianya. Rahsia kulit cantik gebu gebas hahahhaha.  Senah nak tahu benda kat atas tu sangat la bagus untuk kulit tau. Tak perlu le nak cari testimoni penguna lain. Ni haaaaa depan mata senah duk ada ni. Sapa lagi senah ooiii.... tentu la cik melor  awak leee.... hahhahahah

Dari zaman anak dara hingga le dah jadi mak dara kite masih mengunakannya. Terbukti senah eh. Dalam reramai adik beradik cikmelor, kite la yang nampak timbul dari yang lain . Macam bulan purnama terang di malam gelap. No.. no.. no.. bukan kata kite tercantik cuma  kata kulit lebih cerah dan cantik sikit kulitnya dari yang lain . Jangan salah faham pulok ya hahahhahha....

Esok kite sambung cerita rahsia kulit cantik tanpa modal besar ni dan bagi tahu apa namanya, cara-cara permakaiannya dan kebaikan yang dimilikinya. Senah tunggu tau. Bye.

p/s - nak kulit cantik tanpa modal besar, jangan lupa baca blog cik melor tauuuu....

01 June 2015

Rahsia Tepung Gandum Unbleached

Hai senanhhhh...... duk wak gapo tuuuuu. Cuti sekolah ni tak pergi holiday kah? kite takde kemana-mana. Holiday kite pusing-pusing keliling rumah je hihihiihhih...

Mana yang tak berholiday tu meh baca nih. Hari ni kite nak cerita tentang sejenis tepung. Iiiiya senah eh, tentang tepung yang baik untuk di makan berbanding tepung yang duk ada di pasaran.

iklan duniacmelor

Tengok gambar atas tu senah eh. Tu la rupa packaging tepung gandum unbleached tu. Kuning gituuuu. Haish rasa macam kerabat pula. 'Ampunnnnn Tuanku'.

Tepung gandum unbleached ni bagus senah eh. Kite kata bagus sebabnya tepung gandum unbleached dari Legend Flour ni bebas benzoyl peroxide 100%. Senah tahu apa itu benzoyl peroxide?. Tepung gandum unbleached ini juga bebas GMO 100%.  Senah tahu apa itu GMO?. Tepung gandum unbleached ini juga 100% tanpa bahan kimia. Jadi senah pikir la mana satu tepung gandum yang terbaik untuk di makan.

Bukan apa senah eh, zaman sekarang nih macam-macam penyakit wujud. Macam-macam jenis barah duk ada. Disebabkan tak jaga permakanan. Ambik satu contoh laaa.... kematian anak seorang pelakon baru-baru ni. Kite lupa la namanya. Alaaaa... senah google mesti jumpa kisah kematian anaknya. Kata doktor penyakit kanser yang anak dia kena tu jarang-jarang berlaku dan susah nak di kesan. Kanser  jenis tu berpunya dari permakanan.

Memandangkan kemodenan dunia sekarang. Huh macam-macam diorang bubuh dalam produk mereka. Konon nak bagi cantik, nak bagi tahan lama, nak bagi sedap, nak bagi jimat la. Akhirnya kite pembeli juga yang teraniaya hemmmmm.... dunia-dunia fikir untung je. Eh... eh emo pula cik melor ni kan ahak.

Jadi untuk mengelak dari terkena penyakit yang macam-macam tu elok la kite menjaga permakanan kite senah. Untuk permulaan apa kata kite mulakan dengan makan tepung gandum unbleched Legent Flour ni. Tepung gandum unbleached Legent Flour di proses mengunakan gandum asli yang bermutu tinggi. Dalam erti kata lain gandum gred A la bukan gandum gred bawah yang hanya sesuai untuk makanan ternakan

iklan duniacmelor

Nampak kuih kat atas tu, di buat mengunakan tepung gandum unbleached Legent Flour senah eh. Kite ada test makan emmmmm sedap la senah eh. Padat, lembut lebih sedap dari yang guna tepung biasa.

Nampak mee kuning dalam gambar. hihiihhiih itu mee kuning yang kite buat mengunakan tepung gandum unbleached Legent Flour. Rasa dia sedap, kenyal, tak muak bila makan. Kite buat 20/5/2015, semalam kite goreng paket yang last 31/5/2015. Mee kuning still elok. 12 hari tuuu..... Tanpa bahan pengawit senah eh.

Tepung gandum unbleached ini boleh guna buat macam-macam sama juga dengan tepung biasa. Cuma tepung gandum unbleached Legent Flour  ni lebih selamat untuk dimakan.

Nak tahu lebih lanjut atau nak beli untuk makan sendiri, nak beli mee/kuih/roti, nak order tepung, nak jadi ejen senah boleh sms orang nih 

Mohd Nor Bin Hasaan
SMS - 018 5752337

untuk lebih info cik melor sertakan sekali link-link yang berkenaan;

29 May 2015

Baju Pengantin Sewa Murah

Hai senahhhhh...... apakhabarrr..... kite biasa llaaaa, siiiiiibuk je. Sibuk yang tak pernah sudah tu la hihihiih. Tah apa-apa la kan cik melor tu. Tapikan hari nih cik melor tak sibuk tau, sebab tu 'Dunia CMelor' ada entri baruuuuu..... ahak.

Senah, senah kitekan nak cite sikit. Wet, wet senah eh, don go away. Ai bukan nak berniaga sekadar nak bercerita. Takut sangat awak orang ni senah ya. Nampak gaya kite macam nak beriklan je, terus awak orang  angkat bontot memasing nak lari. Aisey women u are my fren!!!!!

Senah nak tahu, ada satu page kat facebook tu, baru hari nih diorang joint tau. Tau senah eh apa yang diorang nak meniaga. Diaorang niaga sewa baju. Iya sewa baju pengantin murah-murah. Uuuiiiii cantik senah eh. Iiiiya cantik baju-baju pengantin diaaaaaa..... Nak tarik mata  orangramai punya pasal, di gunanya model hidup.  Berapa la gamaknya diorang bayar kat model tukan senah ya

Ehk ...ehk...ehkkk.... tergangga kite senah eh. Dah la hidup, cantik pula model dia. Cuma kureeeeeng..... sikit je dimata kite nih senah weh. Model diaorang ambil tu sawo matang kulitnya. Sawo matang pong comel la cik melor eyyyyyy...... hahhahha.... Eh senah tak caya ya. tengok bawah betul tak kata kite....

dunia cmelor

dunia cmelor


dunia cmelor

betulkan kata kite, model dia cantik tapi sayang sawo matang. Sawo matong pong ramai orang komen dan like gambar dia. Tapi kite, gambar kite takde sapa pun 'like'. Kecik ati kite tau..

Pissssttttt..... acu tera klik tengok gapodio duk ado di page tu sapanyo duk babak gitu lalu hahahah ... Bye

24 February 2015

Homemade Tepung Ayam Goreng Ala KFC

Hai senaaahhhh..... mari, mari senah, kite ada benda nak cite. Eeeeehhhheeee.... bakpo senah mace nok laaari jah. Don wori laaaaa senah eh. Cik melor nih bukan kaki mengumpat. Sekadar ngumpat-ngumpat bau hancing jering relong ada la hahhahha.... Ala kite nak kongsi info je lah.

Hari minggu yang lepas kite ada goreng ayam tau. Sebab malas berleluasan dalam diri, kite guna tepung homemade untuk goreng ayam. Makan nak sedap tapi malas nak masak. Macamana tuh???. Nama tepung homemade tu 'Faridah Fried Chicken'. Sedap senah eh.

Homemade tepung kfc

Ini le muka tokey tepung goreng ayam Faridah Fried Chicken tuh. Comelkan tokey diaaaa.... senyum kriput sambil tunjuk tepung goreng ayam Faridah  Fried Chicken dia hihihihih..... 

Alaaaa macam kite makan kfc di kedai la. Cuma tepung Faridah Fried Chicken ni lebih beraroma dan rasanya emmmmm.... sehingga menjilat jariiii. Betul sedapppp. Bukan kite sengaja puji jauh sekali nak bodek tokey dia tu untuk dapat tepung free. Anak-anak kite kata sedap, sebab tu la kite kongsi dengan senah semua. Laaaa.... tak caya ya. Scroll bawah tengok la gambar kat bawah tu sebagai bukti belah kita pula.


Di peket tepung dah bagitahu cara nak guna tepung tersebut. Senah baca dan ikut elok-elok pasti awak  berjaya. Usaha tangga kejayaan senah ya.

  1. 1 peket tepung boleh guna untuk ayam sekor atau lebih. Jadi untuk guna sikit. Kite syorkan senah bahagikan tepung tersebut untuk beberapa kali pengunaan.
  2. ayam habis bancuhan masih bersisa. Senah boleh simpan sisa bancuhan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk. Boleh gula semula bancuhan tu tau.
  3. ayam yang di perap tak habis goreng. Bekukan dalam tempat ais. Bila nak guna cuma keluarkan dan biarkan ayam tersebut cair sendiri.
  4. nak ayam ala kfc golek ayam dalam serbuk roti sebelum goreng.
  5. nak ayam ala goreng berempah. Goreng aje ayam tanpa serbuk roti.
  6. nak ayam ala bbq. grill je ayam tersebut tanpa serbuk roti.
  7. mengidam ayam goreng rumah kenduri. Aaaaa.... inilah rahsianya. Guna la tepung ni.
Itu je la tip yang kite boleh kongsi tapi tak di tulis kat peket rempah tuh. Tak puas hati dan nak lebih penerangan atau nak buat tempahan, senah talipon tokey dia sendiri. Ni no talipon dia.

NIK FARIDAH MOHAMAD
0111 - 9476725
RM12.00 

Jangan lupa cuba senah eh. Raso tengok sedak dok tepung ala kfc Faridah Fried Chicken tu. Bye

28 October 2014

Mesin Jahit Pilihan Yang Patut Anda Beli

Hai senaaahhh..... hari ni kan kite nak kongsi sesuatu tau. Kite nak kongsi tentang mesin jahit yang elok, simple, kurang bermasalah serta senang nak handle. Jenama apa? tentu la jenama singer. "singer menawan keluarga bahagiaaaaaa" dari dulu hingga kini kan senaaaaahhhh.....  

Syssshhhh..... rahsia tau. Si simon tu bagi tau ngan kite ini koleksi mesin jahit singer yang tak banyak beri masalah. Hari ni kite kongsi jenis mesin jahit lurus je dulu ya. Lain entri kite kongsi pula mesin jahit tepi pilihan. Ingat tu senah ya, ini rahsia kite je. Jangan kasi orang lain tahuuuu....hahhaha

Bukan tak caya ngan jenama lain. Cuma kite lebih mempercayai mesin keluaran singer. Lagi pun kite memang membesar dengan singer tau. Dari atuk, mak, adik dan kite. semuanyer mesin jahit jenama singer yang di beli. Mesin jahit singer nih, kalau rosak senang nak dapatkan alat ganti. Lepas tu teknisen dia pun ramai. Senang nak panggil datang rumah like si simon tu. Betul kan simooooonnnn.... hihihihii.

Contoh duk ada la. Kesian tengok adik kite tu, beli mesin jahit jenama yang agak gah juga di pasaran. Tapi meragam je kerje dia. Panggil teknisen 4, 5 hari baru datang. 2. 3 hari pakai rosak balik. Kadang-kadang kite rasa nakkkk.... je poslaju kan si simon tu ke kampung. Nak suruh baiki dan service semua mesin jahit adik hahhahahha........ Pendekkan cite senah scroll je lah ke bawah ok.


Yang ni mesin jahit mudah alih singer model 3232. Mesin jahit model 3232 ni comel kan senah. Geram cik melor nengoknyer eh. Mesin jahit model 3232 ni merupakan model baru untuk tahun 2014 senah tau. Model yang simple dan yang penting kurang masalah serta senang nak handle. Sesuai la untuk para surirumah dan mereka yang baru pandai menjahit. Ciri-ciri yang di miliki juga boleh tahan. Macammmm....

ciri-cirinya :-
  1. 32 corak jahitan
  2. jahitan lubang butang - 1 langkah sahaja
  3. penyelaras lebaran dan panjang jahitan,
  4. pemasukan benang automatik
Harga :-
  • Rm 995.00 - tunai
  • beli secara tunai ada 10% diskaun


Yang ni mesin jahit mudah alih singer model 2250. Mesin jahit  model 2250 ni  sesuai untuk mereka yang baru pandai menjahit. Juga sesuai untuk surirumah untuk menjahit jahitan yang mudah-mudah ya senah. Yang penting mesin jahit model 2250 ni senang nak handle, kurang bermasalah senah ya. Ciri-ciri yang di miliki juga boleh tahan. Macammmm....

ciri-cirinya :-
  1. 10 corak jahitan
  2. jahitan lubang butang - 4 langkah
  3. jahit zip 
  4. pemasukan benang automatik
Harga :-
  • Rm 795.00 - tunai
  • beli secara tunai ada 10% diskaun

Yang ni mesin jahit mudah alih singer model 8280. Mesin jahit  model 8280 ni  sesuai untuk mereka yang baru pandai menjahit. Juga sesuai untuk surirumah untuk menjahit jahitan yang mudah-mudah ya senah. Yang penting mesin jahit 8280 ni senang nak handle, kurang bermasalah dan antara model terhangat di pasaran senah weh. Ciri-ciri yang di miliki juga boleh tahan. Macammmm....

Ciri-cirinya :-
  1. 7 corak jahitan
  2. jahitan lubang butang - 4 langkah
  3. jahit zip
Harga :-
  • Rm 745.00 - tunai
  • beli secara tunai ada 10% diskaun


Yang ni mesin jahit mudah alih singer model 2259. Mesin jahit  model 2259 punyai ciri-ciri yang sama dengan mesin jahit singer model 2250 dan 8280. Kelebihan yang membezakan model 2259 ialah ciri-ciri yang di milikinya. Macammmm....

Ciri-cirinya :-
  1. 19 corak jahitan
  2. jahitan lubang butang - 4 langkah
  3. jahit zip
Harga :-
  • Rm 945.00 - tunai
  • beli secara tunai ada 10% diskaun


Yang ni mesin jahit mudah alih singer model 4423. Mesin jahit  model 4423 ni  mesin jahit yang tahan lasak tau senah. Heavy duty la ssenah eeeehhhh.... Ciri-ciri yang di miliki juga laaaagi ..... boleh tahan. Macammmm....

ciri-cirinya :-
  1. 23 corak jahitan
  2. jahitan lubang butang - 1 langkah sahaja
  3. 1.100 jahitan perminit,
  4. penyelaras lebaran dan panjang jahitan,
  5. pemasukan benang automatik
  6. lampu led
  7. boleh jahit jahitan sederhana tebal
Harga :-
  • Rm 1195.00 - tunai
  • beli secara tunai ada 10% diskaun

Berminat? Boleh hubungi si simon, ni talipon dia 016 2228177

Yang paling penting, beli melalui si simon, senah akan di ajar sehingga pandai mengunakan mesin jahitan mudah alih singer yang di atas tu hingga pandai dan akan di ajar juga cara menjaga mesin-mesin tersebut. Ajar di rumah kite tau.

Jangan lupa sebut nama cik melor ngan si simon tuh, Mana tahu diskaun tu boleh di up kan lagi hahhahah..... Simon u jangan marahhhhh..... Apa-apa pun senah boleh talipon si simon untuk keterangan lebih lanjut ya. Cik melor kongsi ajeeee.......


24 April 2014

RM100.00 - Nombor Siri Cantik Untuk DiJual

duit nombor cantik

Hai senahhhh..... cik melor nak menayang lagi koleksi duit dieeeee ......ahaks. Kali nih, kite nak tunjuk dan nak jual sekali lah kalau ada yang kenan ngan duit rm 100 bernombor cantik milik cik melor nih. Emmmm..... bagi kite cantik sangat dah tuuuuu.....

Kenapa kite nak jual? senah lupa ke??? kite kan dah kata hari tu apeeee, senah lupa lagi ya. It semol meterrrr. Klik sini 'RM10.00 - Koleksi Duit Lama Untuk Dijual'.

Haiskkkkk...... tak tahu ape nak di tulis lah senah eeeeee..... Tengok aje lah ya, kalu rasa berkenan cepat-cepat la email or sms cik melor iya. Sapa cepat dia dapat.

email kite - duniamelor@gmail.com
sms kite - 013 9054547

okkkkkk..... Bye.


23 April 2014

RM10.00 - Koleksi Duit Lama Untuk Dijual

koleksi duit lama

Hai senahhhhh..... cik melor ni banyak hobi tau. Maklum laaaa surirumahtanggeeeee......  Takde benda nak buat bila laki gi kerja hahhaha..... Kite buat la hobi bagi penuhi masa yang adeee..... Salah satu hobi kite tuuuuuu dia, senah tengok la gambar kat atas tu. Hahhahahah..... jangan gelak wehhhh....... Walaupun kite fomfuan kite pun minat barang antik macam nih.

Kite kumpul tak banyak duit lama nih, tapi ade lah juga kata orang tuh. Boleh la kite tatap bila kite rasa boring. Sejak 2 menjak nih kite rasa dah tak minat nak kumpul duit lama tuh. Kite rasa nak jual lah. Kalau ade sesapa yang rasa berminat ngan duit koleksi kite nih. Boleh la email atau sms kite iyaaaa.....

Email kite - duniamelor@gmail.com atau sms kite di 013 9054547.  Sms je tau hihihihi......

Kalau nak tengok koleksi duit lama kite yang lain, selalu-selalu la singgah blog cik melor. Nanti kite update satu-satu benda yang kite nak jual tau..... Ingat tu ya 'singgoh sokmo deh'. Bye


30 December 2013

Tukang Urut Wanita 'On Call'

Hai senahhhhh...... sori egen coz terlalu lama menyepi. Memula tu kite diam sebab nak siapkan kain baju kustomer sesambil jahit persiapan sekolah anak kustomer dan anak-anak kite. Hajat hati tuh nak la siapkan semua kerje-kerje jahit sebelum habis tahun 2013 dan  mulakan 2014 dengan projek baruuuu.... Kite hanya merancang Allah juga penentu segalanyer.

Emmmmm....... di minggu-minggu akhir 2013, tetiba je kite tak sihat senah weh. Terkehel urat pinggang daaaa...... In kelantanis word 'nyetok urak pingge' hahahaha....... Bukan teruk sangat pun buat kerja, sekadar kerje-kerje rumahtangga + merempit manja-manja je. Berkebun lamaaaaa....... dah tak buat. Sakit nak datang redo je lah kan senahhhhh........

Uuuuuiiiii......senahhhhh...... terlentang kite di buatnyer. Takde perkataan yang boleh kite taip nak gambarkan kesakitan kite ketika itu. Tido sakit, duduk sakit, makan sakit, mandi sakit, huh semua sakit lah. Tuan pengarah ada gak tolong sapu minyak panas, urut la, tampal kokyot la, punnnn..... tak hilang tambah sakit ade lah. Dah tak tahan sangat kite call tukang urut. Esok petang baru tukang urut boleh datang. 1 hari la kite duk menanggung sakit yang kuat sendirian senah tau. Kasihan dok senah weyyyy......

Lepas kena tenyeh dengan tukang urut baruuuu.... kite boleh bangun. Emmmm.....boleh tahan la sakit masa kena tenyeh tuh tapi hasil selepas tu 'wow' hilang sakit kite senah wehhhhhh...... . Kerana hasil yang sangat bagus kite bagi 5 bintang. Itu kite nyer rasa la orang lain kite tak tahu senah. Terpulang la memasing punyai respon badan okeh.

Peramah tukang urut ni.  Orang kite, asal kelantanise lagi tau senah. Tu yang kite call dia mintak urut. Baru urut kali pertama dengan dia kite dah berani bagi 5 bintang, senah pikir la sendiri, Sebelum nih selalu urut dengan satu akak tuh, orang seberang. Bukan kata dia urut tak sedap, tapi orang kelantan tu lagi sedap senah. Urut orang bersalin pun dia boleh. Kite masa bersalin dulu, duk urut dengan akak seberang tu, sampai la 2 anak ngan dia. Tapi kali nih jumpa tukang urut yang lagi sedap senah weh. Rugi la kalau tak try kan. 

Biasa laa cik melor, kalau benda elok mula la nak kongsi terutama ngan senah yang duduk di sekitar kl sebab tukang urut nih tak nak gi urut jauh-jauh. Maklumlah orang ade keluarga, kerje tu sampingan aje keluarga  lebih utama kan 'same like mi' ahaks. Ini maklumat si tukang urut tu senah iyaaaa....

name : puan noris
tel : 013 2552471
service area : sekitar kl
extra charge : tambang teksi

important note :
  1. sila buat temujanji dulu.
  2. if tak nak bayar duit teksi. Sila datang rumah puan urut sendiri ya.
  3. pastikan anda membayar hasil kerja puan urut. Dosa tau lepas urut tak bayar duit urut dan buat-buat lupa duit teksi.
Urut lelaki pun ade yang best. Yang nih tuan pengarah tau. Selalu tuan pengarah and the gang gi urut kat gombak katanyer hebat juga. Orang kena strok pun boleh baik dengan tukang urut tuh. Cuma tukang urut nih lebih pada urut orang lelaki je. Kalau pompuan nak urut dengan dia kena ade yang teman. Itu syarat dia. Tukang urut nih pula tak 'on call'. Sapa nak urut kena gi rumah dia. Selalu juga tuan pengarah diminta bawa sambil tunjuk jalan orang sakit ke rumah tukang urut tuh senah tau. Nak try kena la buat kire dengan tuan pengarah sebab kite tak banyak tahu pasal tukang urut lelaki nih.

Untuk elak sakit dari berulang, akak cuba menkontrolkan diri agar tidak ganazzzzz lagi dalam melakukan kegiatan harian. Sehinggakan dah berejam-rejam duk taip n3 'Tukang Urut Wanita 'On Call'' nih tak sudah-sudah kih....kih....kih.......... 

Akak cuba acting like anak dara dulu-dulu, everything in slow motion wokeh. Kena jaga senah weh  kalau sakit kite sendiri juga yang kena tanggung. Lelaki nih senang je kire dia, bini tak boleh pakai dia kire cari ganti baru. Dok betul gitu senah weh. Lagi pun 3 jiwa kecil yang masih perlukan belaian dari ku. Ai kan seorang ibu kan..... kan.... kan ....senahhhh.........

Sakit kalau nak datang macam ribut nak pergi slow like tortoise ahaks sepiking lundong. Memandangkan akak masih baru lagi baik dari sakit jadi kite tak boleh lasak sangat. Nanti tak boleh lompat-lompat sambut tahun baru hihiihihihihiihi.........Cuma satu akak heran dalam sakit-sakit tuh 2 pingan nasi boleh habis. Meh-meh belo atu rayo nih hahahha. Bye.