Showing posts with label CMelor-sewing. Show all posts
Showing posts with label CMelor-sewing. Show all posts

19 June 2020

Fairy Skirt Hanfu Princes Ala Makcik Google


Cik Melor jahit baju Princes Hanfu ni akhir tahun lepas untuk sambutan hari kanak-kanak 2019. Tema tahun lepas ialah putera dan puteri dulu-dulu.  Puas fikir nak buat apa. Lepas di google cari yang paling senang nak jahit maka terhasil la costume fairy skirt hanfu princess ala makcik google.

Dah 3 tahun Ck Melor duk jahit baju hari kanak-kanak untuk Makcik Google melaram. Nampaknya tahun ke 4 iatu tahun 2020 ni takda sambutan hari kanak-kanak di sekolah kerana corona.


Makcik Google bersama BFF, Cantik-cantik semua anak-anak dara melaram. Semuanya tak dapat menang apa-apa. Katanya sebab kasut memasing kasut rekaan moden. Hahaha ada juga gitu ya.

Kat bawah ni Cik Melor bubuh video Makcik Google melaram costume fairy skirt hanfu princess   ala Makcik Google hasil jemari mommy.


Dalam Video kat atas tu nampak tak cucuk sanggul yang Makcik Google pakai. Penat Cik Melor keluar masuk kedai cari cucuk sanggul ala-ala cina.  Sudahnya Cik Melor beli chopstik dan keychain buat cucuk sanggul. Janji nampak ala-ala cucuk sanggul cina okey la Senah ya.


Video atas ni Cik Melor shoot masa gi beli bunga untuk sanggul Makcik Google. Sempat lagi tu curi-curi shooting filem filem ke hihhi dalam kedai orang. Nasib tak kena halau.



Video terakhir ni kami shoot selepas keluar dari kedai bunga, masa nak ke parking kereta. Sempat lagi tu hahhaha.  Bye

27 July 2019

Baju Kurung Moden Hijau

baju kurung moden

Terapi minda, terapi minda juga, terapi poket pun kena usahakan hahhahha. Cik Melor tayang terapi poket ya. Sepasang kurung moden hijau muda. Dari kain batik crepe ditaburi berlian lagi. Kalau dah nama ditaburi berlian, tau-tau aje la proses nk membuatnya.

Untuk newbie Cik Melor nak kasi tau. Masa memotong kain tu kena hati-hati. Bukan apa. takut tergunting berlian tabur tu.  Boleh rosak mata gunting tu adik-adik ya.

Bila kain berbatu, sebelum potong cik melor kena kutis buang dulu batuan tu dengan berhati-hati takut terkoyak kain masa tarik batuan tu. Pastikan kutis buang yang kena laluan jarum mesin sahaja ok.

Ingatya adik-adik kutis buang batu tu dulu. Bye


11 March 2019

I Dream Of Jeannie Costume Ala Makcik Google

jeannie costume

No tayang-tayang itu bukan Cik Melor hihiih. Jadi Cik Melor nak tayang Makcik Google melaram dengan costume '1 dream of jeannie ala Makcik Google' hasil jemari mommynya la. 

Suka sangat buat kerja last minit. Sudahnya mata bertongkat pun tetap buat rempitan maut  padan muka Cik Melorkan. Walaupun mata bertongkat masa merempit, Makcik Google tetap boleh melaram ikut tema Arabian Nightnya. 
 
Disebabkan nak cepat, tak dapat la seratus peratus ikut baju Dream Of Jeannie tu. Iras-iras 'I dream Of Jeannie' pun ok la kan.

Nasib baik la ada kedai kain dekat murah pula tu. Lepas tu semua barang kita nak ada. Jimat masa Senah kannnn. Apa!!!  Senah nak tahu kedai kat mana? Ala kedai kain nagoya dalam aeon big wangsa maju la Senah eh. Tak caya kalu cuba la gi intai-intai tengok ya.

Cik Melor beli kain chiffon yang buat alas baju tu dalam  1 1/2 meter untuk seluar aladin dan  skaf kat leher Makcik Google tu. Kain jersey kaler merah 1 meter. untuk baju sekerat dan hiasan rambut Lepas tu lace pink kecik tu semeter dan beli manik rambu ramba untuk langsir tu dalam semeter. Lepas tu pakaikan iner kat belah dalam tak nak nampak perut boroi Makcik Google dan tak seksi sangat hihihhi.

Bahagia sangat bila Cik Melor tengok ada senyuman lebar di wajah Makcik Google masa sarung baju '1 Dream Of Jeannie Ala Makcik Google' tu. Penat pun tak terasa bila anak senyum.

Nak tahu camnana rasa bahagia tu, Cuba la Senah jahit baju untuk anak-anak hiihihi. Bye.


20 February 2019

'Rainbow Dress' Makcik Google


Hari ni Cik Melor transit di perpustakaan lagi. Boleh la update blog. Mesti Senah hairan, asal gi pustaka update blog, asal update blog gi pustaka haha. Nanti-nantilah Cik Melor bagitahu sebabnya ya. 

Setelah termenung panjang duk fikir apa yang nak di kongsi kali ni. Fikir punya fikir punya fikir tetap kosong hiihiih. Sel-sel otak tak berhubung weh. Buka pula folder tengok satu-satu gambar, cari aktiviti yang Cik Melor buat masa senyap tengelam tu hari. Maka Cik Melor pilih nak berkongsi cerita tentang rainbow dress Makcik Google.

Tema hari kanak-kanak sekolah Makcik Google tahun lepas ialah rainbow. Tiap kali hari kanak-kanak mesti diadakan pertandingan. Sekolah sediakan sijil dan cenderahati pada yang menang.

Makcik Google bagitahu nak jadi puteri rainbow. Jadi kita pun jahit la rainbow dress kat atas tu. Tak tidur malam merempit nak siapkan rainbow dress Makcik Google ni. Akhirnya siap juga sebelum pergi sekolah. Lebar senyuman Makcik Google bila menyarungkan rainbow dress hasil jemari mommynya. Humm puas hati munggg...

Guna material yang murah-murah je Senah eh. Macam kain 'colourful' tu Cik Melor beli kain alas 1.5 meter setiap warna.  Lepas tu potong-potong dan sambung-sambungkan. Harga dalam rm3/m. Manakala bahagian badan Cik Melor beli kain jersi semeter. Harga rm3.50/m.

Butang untuk bunga Cik Melor guna yang dah sedia ada dalam bilik jahit. Total semua tak silap dalam rm50 untuk rainbow dress makcik google.

Walaupun tak menang pada hari kanak-kanak tu tapi rainbow dress hasil jemari Cik Melor menang dihati Makcik Google.

Kita tunggu tengok  tema hari kanak-kanak sekolah Makcik Google tahun ni pula. Bye.


30 August 2018

Baju Bendera 2018

Orang jahit baju bendera, Cik Melor pun jahit baju bendera juga. Orang punya baju bendera cantik terletak, kita punya baju bendera mmmm.. Senah tengok la sendiri kih..kih..kih. Projek menyelit yang tergesa-gesa. Hasilnya pun rupa tergesa-gesa  Takpa la Senah wey yang penting kita ada jahit baju bendera tiap-tiap tahun kan.

baju bendera
Hasil baju bendera tergesa-gesa . Janji masukkkkkk

baju bendera
eh eh entri pun main alter juga ke???. Jangan marah aaa.
Baru dapat gambar sipemilik baju bendera.
 Atas tu patung je pakai tak ump. 
Ni ha model hidup pakai ada bezakan


Dah nak datang boleh lagi buat permintaan reben bendera besar ni. Reben bendera pun reben tergesa-gesa juga. Huh semuanya main tergese-gesa. Akhirnya kita yang seksa tergesa-gesa huhuuhhu.

Lega dah selesai projek baju bendera tergesa-gesa ni. Kita nak pulun buat projek yang tengah beratur, menanti kita godek-godek. Kalau Senah nak tengok projek seterusnya Senah tunggu tau. Bye.



28 August 2018

Kebaya Sulam Kerawang & Tip Menjahit

kebaya sulam kerawang

Alhamdullilah Senah eeee. Akhirnya siap juga la baju kebaya sulam kerawang nan 1 nih. Berpeluh masam Cik Melor nak menyiapkannya. Stresss toksah duk cerita la weyyy. Alah menjahit menang memakai hihihi masam pun masam la janji siapkan senahhh.

Kebaya kerawang ni sebenarnya saiz budak je. Tapi kedudukkan sulam kerawangnya tu saiz mak budak. Pandai-pandai la situkang jahit la nak me'gejas'  kain tu untuk di transfom ke saiz budak. Faham tak Senah eh. Tak faham!!! tak faham kalu, diam-diam baca aaaaa hihihi.

Tip nak jahit baju kebaya sulam kerawang macam ni senah eh. Mula-mula potong la ikut ukuran yang di ambil. Potong ikut cara potong baju kebaya ya. Jangan duk potong ikut cara nak potong baju kurung setahun jahit pun tetap tak jadi baju kebaya senah eh kih  kih  kih.

Paling penting masa potong baju kebaya sulam kerawang ni, sila pastikan kedudukan sulam kerawang tu sama di bahagian sambung ya. Ukur betul-betul senah eh. klu dah terpotong tak boleh nak 'ejas doh'. Ganti kain la weyyyy.

Masa nak jahit mesin pun paaastikan sulam kerawang tu di samakan dulu baru la jahit. Kalau tak sehari tu duk main tetas jahit je la.

Masa nak jahit butang pun, sila pastikan kedudukkan tu tepat takde la duk main tetas menetas Senah eh.

Ini cara kita potong dan jahit  baju kebaya sulam kerawang. Perkongsian ikut pengalaman kita Senah ya. Bye.


24 August 2018

Kurung Moden BerLace & Tip Menjahit

Sebelum membebel entah apa-apa Cik Melor nak bagi tahu hari ni tingkap kedai kita dah buka ya. Tingkap kedai kita ni tak boleh tutup lelama senah eh. Nanti tak pasal-pasal tingkap kedai kita kena simbah cat merah huhuhuhuu.
 
kurung moden
kurung moden berlace Cik Melor jahit😁

Entri yang lepas Cik Melor ada tunjuk dan bercerita pasal baju mini kurung berlace yang dijahit. Sesambil menayang tu kita selitkan sekali tip nak menjahitnya. Terutama  cara nak jahit lace yang berbiku keras cokeng tu kih kih kih.

Gambar kat atas tu, baju kurung moden berlace dari kain chiffon berbatu-batuan senah eh. Jenuh nak kena korek buang batuan yang duk ada. Silap cungkil belubang le kain orang. Risiko yang terpaksa  ditanggung situkang jahit emmm. 

Sebelum kita cerita rahsia dan tip jahit, macam biasa lah Senah kena janji. Janji jangan kasi tau orang lain ya. Ini rahsia kita-kita je. 

Selama kita menjahit, banyak kali la kita jahit kain chiffon. Kita peratikan kain chiffon ni ada 2 jenis. 1lembut macam kain biasa, 1 lagi jenis lembut bila tarik, kainnya macam memeri sikit. Memeri dia tu bukan la memeri macam kain lycra. Sapa yang selalu jahit kain chiffon diorang akan tahu lah apa yang kita kata ni. Biasanya kita gosok dulu kain chiffon ni sebelum potong Senah eh

jahit lace

Gambar atas tu kita nak tunjuk yang hujung tangan baju kurung moden kita jahit lace. Senah nak tahu lace tu lembut sangat. Susah betul nak acu dikain, tak duduk diam ni. Jadi kita letak gam sikit bagi diam duduk si lace tu hihiih.

Kalau ikut warna lace, kita rasa boleh jahit guna mesin je. Tapi tak boleh la Senah eh. Lace tu datang siap berjahit manik, jadi kita kena jahit tangan juga la humm.

Masa nak jahit lace tu guna la benang yang sama dengan warna lace dan boleh masuk dengan warna kain di bawah lace. Baru la atas bawah cantik senah eh. Kita ni bila menjahit qualiti kena jaga. Customer puas hat Senah pun senang hati kannnn.

Sayang betul kita lupa nak snap gambar bahagian bawah yang kita jahit tangan. Nak tunjuk Senah betapa bahagian bawah pun jahitan kena jaga. Jangan duk berselirat macam wayar letrik sambung curi je.

Nanti, kalau kita jahit lagi lace guna tangan kita tunjukkan Senah hasil atas bawah jahitan kita ya. 
 Bye.


19 August 2018

Mini Kurung Berlace Dan Tip Menjahit

kurung moden

Apakahabar senahhhh. Hari ni Cik Melor nak menayang sesambil bercerita dan berkongsi tip jahitan dengan Senah. Nampak tak gambar kat atas tu. Aaaaa itu baju mini kurung berlace yang kita jahit. Biasa la Cik Melor tayang-tayang itu wajib hihihi.

Nak jahit baju mini kurung ni sebenarnya senang je. Tambah pula kain dan lace yang dihantar tak banyak ragam. Untuk baju mini kurung berlace kali ni, customer kita hantar kain italian apa tah. Kain tak lembut macam chiffon tu. Tak de la penat kita mengejar. Kiranya dengar kata situkang jahit la.

Lace yang dihantar pun sama, kurang mengada-ngada. Jadi cepat la kita buat kerja. Cuma lace ni berbiku. Tang biku dia tu keeeeras gila. Cucuk jarum pun 'tok degih'. Jahit lace ni ada banyak cara senah eh. Salah satunya gunakan kehebatan jemari anda.

Untuk lace macam gambar kat atas tu, kita jahit tangan untuk lekatkan dia di baju. Sebab apa kita jahit tangan? sebabnya lace tu kan banyak warna . Kalau jahit mesin terfikir-fikir nak guna benang kaler apa. Untuk selamatkan pandangan atas dan bawah kita jahit tangan dan pandai-pandai la sorok benang di bahagian atas supaya tidak kelihatan. Sebab tu kita kata biku lace tu keras gilerrr.

Pissst...pissst... Kita nak kongsi rahsia untuk mudahkan senah jahit lace ke baju. Caranya senah letak sikit gam di lace tu dan lekatkan ke baju pastu cepat-cepat jahit sekeliling lace. 

Ingat Senah ni rahsia kita-kita je. Jangan kasi tau orang lain tau hihih. Bye


30 April 2018

Baju Kurung Riau 'Colourful'

baju kurung

Hari ni kita nak menayang lah senah eh. Tayang hasil jahitan kita. Sepasang baju kurung riau 'colourful'.  Cantik corak kainnya kan senah.

Tak tahu nak letak nama apa, jadi kita letak nama baju kurung riau 'colourful' boleh ke senah eh. Dah tak tahu nak cerita apa pasal baju kurung riau 'colourful' ni sebab selalu sangat jahit baju kurung riau .

Lagi pun semua orang tahu potong dan jahit baju kurung riaukan. Jadi kita tak nak  cerita banyak, kita cuma tayang je senah ya. Harapnya tayangan kita ni dapat menceriakan hari senah hihihihi.

Esok cuti senah balik kampung ke?.  Bye


25 November 2017

Ada Yang Rindukah?

Ada yang rindukah?. Sebenarnya cik melor pun rindu pada kamu, kamu dan kamuuu. Tapi tu la, cik melor hari-hari sibuk. Sibuk dengan urusan anak-anak, sibuk dengan kerja-kerja jahitan, sibuk dengan termenung sana-sini hihih. 

Pastu laptop cik melor sakit perut, Pastu guna laptop tua yang banyak ragam, pastu kamera kita pula hilang kabel, bateri problem. Sudahnya blog kita tak berupdate. Mood ke laut senah eh

Ingatkan bila sidara dah masuk asrama, tugas kita kurang sikit. Huh makin banyak senah wehhh. Sibujang dan makcik google ni bertambah-tambah pula aktiviti mereka. Macam 7 hari diberi tu tak cukup. Ada je aktiviti yang kena buat. Penat senah eh.

cmelor family, sewing
 Masa ni makcik google nak jadi princess. Kehulu-kehilir mencari barang kehendak. Demi merialisasikan impian menjadi princess. 

cmelor family
 Akhirnya berjaya juga kita siapkan makcik google ala-ala princess. Nampak tak kehappilan di wajah makcik google huhuhu..
 
nurse uniform
 Eh..ehh.. dia nak jadi nurse pulakkkk. Jenuh maknya nak menyiapkan ala-ala nurse. Nak beli mahal, nak disewa membazir katanya. Sudahnya kehulu kehilir akhirnya siap jugalah makcik google bergaya ala-ala misi desa hahaha... 

nurse uniform
  Sekali lagi kehappilan terzahir di wajah makcik google. 
Nasib baik, mak makcik google ada kemahiran menjahit huhuh...

engineer to be
 Sibujang pun nak jugakkk. Sibujang bergaya ala-ala engineer. Lagi sekali kehulu kehilir cari kehendak untuk merialisasikan impian sibujang.

robotik competition
 Ini pula aktiviti robotic sibujang. Masa ni competition robotic di APU Bukit Jalil pada 18/11/17 yang lepas. Sekali lagi mereka bergabung. Tapi sayang team sibujang kali ni tak berjaya melangkah ke final. Adat la bertanding pasti ada kalah dan menangkan senah. Nanti cuba lagi ya sayang.

Itu baru aktiviti yang sesekali. Campur tuisyennya, aritmetiknya, menarinya kadang-kadang kita tak sempat makan senah eh. Tapi hairan bin ajaib, walaupun tak sempat makan tapi badan tak kurus-kurus makin tembun ada la. Haishhhh geleng kepala ambo. Sapa kata jadi suri rumah banyak relax 😠. Bye.


27 August 2017

Baju Nak Sambut Merdeka

baju merdeka

Loooo.... hari merdeka dah nak sampai. Bendera dah kibar ke senah eh. Cik melor tak kibar bendera tapi kita jahit baju nak sambut merdeka. Betuuul jahit baju sambut merdeka. Tengok la gambar kat atas tu. Pelanggan kita paling kecil, paling comel menempah baju merdeka.

Kerana baju nak sambut merdeka ini terpaksa kita merempit selaju mungkin untuk siapkannya. Kenapa tu? Sebabnya hantar hari ni, esok nak ambil. Bayangkan macamana lajunya kita rempit huhuuhuhuh. Tengah-tengah rempit tu dan lagi kita singgah panggung wayang tengok annabella hahahha. 

Puas menjerit, memekik dalam panggung wayang kita pulas stereng keto comel balik sambung rempit hahahha. Siap la sepasang baju nak sambut merdeka. Lagi satu kita niat nak jahit pagi ahad. Sempat la sebelum customer datang.

Kata orang, kalau kita tengok Annabella kita mungkin akan kerasukkan. Agaknya sebab tengok annabella kita dah kerasukkan sebab tu la sakit kepala sampai tak boleh angkat kepala, tak boleh buka mata hahhaha. Melawak apa cik melor ni kan.

Sebenarnya kita nak bagitahu senah yang kita jahit baju dari bendera untuk sambutan hari merdeka. Tu aja hahhah. Bye.


24 July 2017

Baju Kurung Sweet Pinky

baju kurung

Hai senahhh.. biasa la cik melor, suka tayang-tayang. Kalau tak menayang boleh kena penyakit  murung hihihhi. Beberapa minggu yang lepas kita jahit sepasang baju kurung senah eyyyy. Cantik corak kainnya. lembut kainnya. sweeeeet warnanya rasa nak gigit-gigit je kain tu. 

Kita namakan baju kurung sweet pinky.  Kerana terlalu lembut kainnya masa nak potong tu kita kena pin sekeliling. Itu satu hal. Time nak jahit pun sama asyik nak lari je kain baju kurung sweet pinky tuh. Penat juga la mengejarnya  Fikir positif. Kau lari aku kejar. Lama-lama siap la sepasang baju kurung sweet pinky tu hahahah

Baju kurung sweet pinky ni milik customer baru kita. First time jahit dengan kita. Gabra juga la kita menjahitnya. Tambah-tambah customer baju kurung sweet pinky ni orang ada setatus senah eh. Laaagi le buat kita gabra. Takut tak sedap pakai, takut jahitan tak cantik, takut jahitan tak kemas la. Hummm banyak sungguh takut dia kan.

Begitu la kita, walaupun dah banyak menjahit baju orang, Macam-macam fesyen kita jahit. Terutama jahit baju kurung macam baju kurung sweet pinky tu, perasaan gabra tetap ada. Gabra datang time customer nak kena ambil baju. Gabra tu boleh buat kita tak lena tidur senah eh kih..kih..kih.

Dalam gabra-gabra tu, baju kurung sweet pinky dah pun di ambil oleh pemiliknya. Tunggu la juga feed back dari customer baru kita. Takda komplen apa-apa. Ok la tu agaknya alhamdullilah. Bye


05 January 2016

Kain Susun Biru Tanda Kasih

Hai senahhhhh..... 

Belum buat apa-apa 5 hari dah berlalu. Berlalu macam tu saja. Nak buat macamana, itu bukan kerja kite. Biarlah masa tu bergerak sesambil kite kejar sedaya mungkin agar tak tertinggal dan tidak membuang masa tanpa sedar kan senaaaaahhhhh.......

Cuba senah tengok gambar di bawah. Ada gambar kain susun biru kan. Emmm.... kite la yang jahit tu. Untuk sidara senah eh. Ce teka sekolah mana pakai kain biru macam tu????.... Sapa yang betul tekanya kite nanti kasi hadiah. Cepat-cepat!!!!! Sapa cepat dia yang dapat.
 
kain susun biru

Senah eeeeehhh..... kita kan gembira, kita juga bersedih tau. Sidara, dah tak tinggal dengan kita. Hajat dia nak duduk asrama tu dah termakbul la senah. 5 tahun senah eh.  Kalau ikutkan hati tak ingin kita bagi sidara tu tinggal di asrama. Hasrat yang empunya diri kita ikut je lah,  Pepatah pona
da mengatakan.....

" nasi lemak buah bidara, 
sayang selasih aku lurutkan,
habis duit habis harta,
kerana anak aku turutkan"

betul kan... kan.... kan...senahhhh..... habis duit pun tak mengapa. Demi kasih kaih la kut-kut mano pong, asal bulih wak tubik duit. Belanjo anok nok gi duduk asrama hahahaha.

Nok bui hok maha-maha ambo tok mampu. Bui keizinan tu pun dah cukup berharga buat sidara. Syukur pada Allah bui anok ko ambo, anok yang tidak meminta-minta. Anok yang faham akan kemampuan mokpok dio. Kalu la ambo ni sekayo Datuk Viiiidaaaaa..... Bukan setakat rumoh 22 juta. Lebih pada tu ambo nok bui ko dio. If you ar kelantanis you no wat ai min. Kecek tok jatuh kokre hahahahahh.

Buat masa sekarang si dara kita nih duk di asrama sekitar KL je. Walau pun di KL tetap tak serumah, tetap tak boleh jumpa hari-hari, tak boleh belai dia, tak boleh marah-marah dia, tak boleh cubit-cubit manja dia. 

Boleh ke dia urus diri sendiri, boleh ke dia gosok baju sendiri, boleh ke dia cuci baju sendiri. Yang paling tak boleh blah boleh kah dia tido sendiri. Selama ni kami tak pernah berpisah. Oh tersiksaya hati seorang ibu.  

Dan kain susun biru tanda kasih tu la yang akan jadi alasan untuk kite pergi ke asramanya esok, kunun-kunun nak hantar kain untuk di pakai hari jumaat nanti huhuhuhuuhu. Bai.



30 September 2015

Perca - Baju Dan Skirt Makcik Google

skirt budak

Vit, vit, cantik tak anak dara kita. Laaaaa..... senah dah lupa ke? tu kan makcik google. Uuuuiiii...... makcik google sekarang dah besar la senahhhhh. Pandai macam-macam, minta macam-macam. Sebab suka macam-macam la, mak dia kena buat bermacam-macam. Contohnya yang duk pakai tu. Cantik tak senah eeeey.

skrit budak

Bukan satu tapi 3 awak senah weh. Semua dia punya. Sidara muncung je sebab dia punya takda. Emmmm... sidara tak boleh main kain perca. Makcik google boleh la. Potong sana, sambung sini jadi la skirt dan baju. Sidara punya tungguuuu.... senah pun tunggu la kalau nak tengok ya.

Macam tu la, orang banyak anak. Jeles-jeles tu memang ada. Nasib baaaik sibujang kita tak suka pakai skirt. Kalau tak haru satu setiawangsa huhuhuuh....

Sebenarnya kita buat baju ngan skirt tu guna kain perca dan kain lama je senah eh. Orang putih kata recycle gituuuuu..... Betul senahhhh. Skirt kaler itam tu dari kain sekolah sidara yang dah senting dan koyak. Nak bagi orang pun macam tak cun. So kita potong buang yang koyak dan kita tampal bunga lace tabur-tabur. Nak letak di kaki bunga lace  tak cukup panjang. Jadi potong dan taburkan dia. Padan muka bunga lace tu kena tabur hahahhahah....

Baju tu pula kita guna perca kain laycra yang lebih buat tudung sekolah makcik google awal tahun hari tuuuu..... Dapat le selai baju fesen saloma kata makcik google.  Belum siap betul-betul membe dah minta nak pakai. Emmmm... entah bila la boleh disiapkan. Susah nak tanggal tu senah eh.

Skirt kaler ijau, dari kain sekolah agama sidara pun dah senting juga. Dipotong, dicantum, disambung. Jadi la skirt kaler ijau kata makcik google. Pastu, nak bagi nampak semengah ala-ala butik cik melor. Kita sulam la sikit. Sulam pakai mesin je sesambil test mesin sulam. Beli dah lama gunanya jarang-jarang huhuuhhuhu.....

Skirt kaler birukuning tu pula, guna kain lebihan baju kustomerrrr kite. Ingat tak, sebelum raya kite cite pasal baju yang kite potong tapi tak boleh jahit lagi. Haaa.... yang tu la. Kustomer kite tak nak lebihan kainnya. Kite pun buatkan la untuk makcik google skirt. Kata makcik google.

makcik google : mommy, skirt biru ni kena pakai ngan baju kaler biru.
ibu : nanti ibu buatkan
makcik google : mommy, skirt kaler ijau ni saya nak pakai ngan baju kaler itam boleh
ibu : nanti ibu buatkan
makcik google : mommy, skirt kaler itam ni nak pakai ngan baju putih
ibu : ok nanti ibu buatkan

Caya dak senah eh. Makcik google memang suka mcam-macam. Pastu mak dia yang feeeening bermacam-macam hahhahahha....... Bye


13 May 2015

Tudung 4 Segi / Bawal Crepe For Sale

Hai senahhhh..... wat u all duing nau? hahhah angin weng, weng dia dah mariiiii.... Nok tulih ikut oram putih tapi dok panda. Takpa kan senah kite tulih kut oram putih. Janji u en mi hepi ahaks.

Sesekali ku rasa teringin, melewati hati ku yang teringin hahahaaha sekali lagi. Mau tak gamaknya pembaca  blog 'dunia cmelor' nih yg pandai oram putih ajar cik melor. Ajar free boleh?  

Senah, senah, kitekan nak menayang dan nak beriklan sekali la. Wet, wet, senah eh. Don run away from me. Ai say womeeen u are my friend. U like me en ai love u, hahhahahah feninggggg eeeehhhhh... cik melor weh. Ok, ok cik melor taip ikut bahasa setendet senah ya.
 cmelor handmade

Nampak tak gambar yang kite tempek kat atas tu. Aaaaaa... hari ni kite nak cerita pasal tu la. Pasal tudung 4 segi senah eh. Dah la 4 segi jual murah pulak tu. Dah murah cantik pula lak tu hahahha.... mana bakul tadi? fening ek.

Sebenarnya senah, Cik Melor buat sendiri tudung ni. Gatal nak jual tudung pula. Duk tengok orang  yang menjual tudung, kita pun bergedik sama hati di dalam nak joint kih..kih...kih..... 

Entah apa yang merasuk tetiba je kite terbeli kain masa gi kedai kain tu hari. Niat pergi tu nak beli kain untuk projek kite tengah buat. Macam ada suatu suara yang menghasut kite suruh beli kain buat tudung. So terbeli la kain-kain crepe tu. So terjahit la kain-kain crepe tu menjadi tudung 4 segi jual murah.

Dah siap jahit terdetik pula di hati 'laku ke jual tudung 4 segi nih'. Belum berperang dah gelabahkan cik melor ni. Kata orang tua-tua pergi dulu dah tengok baru balik. Kalau tak mana nak tahu shahruk khan ngan kajol tu menari pakai tudung 4 segi kaler apa kih...kih...kih....

Hais banyak mengarot la kita ni kan. Demi senah karot hari-hari pun kita sanggup. Janji senah, senah dan senah hepi bila baca blog Dunia CMelor. Eh. jangan lupa senah ya. Tuuuu... pasal tudung 4 segi jual murah tu la. 

Nak tahu lebih info tentang tudung 4 segi  kita. Sila-sila ke kedai maya kita ya. Apa? lupa address. Takpa kita bagi lagi. tak penat pun taipnya. Nah senah klik sini CMelor Handmade. Macam-macam handmade duk ada senah eh

Kita test market ni senah eh, jangan lupa tau. Bye.



01 March 2015

Dress Kenduri Si Dara Dan Makcik Google

Senah, ooo Senah, buat apa hari minggu ni? Tak ada jemputan kah. Jemputan aaaapa? Jemputan penuhkan perut la. Emmm..... anak cikgu tusen sidara merangkap adik kepada jiran kita kawin hari ni. Jadi kita sekeluarga dijemput ke majlis mereka. Orang jemput kita pergi. Jangan sampai di cop sombong  Lagi pun rezeki tak elok ditolakkan senahhhh.....

Kenduri punya pasal, sekali lagi kita marathon senah eh. Kali ni kita marathon jahit dress kenduri untuk 2 anak dara kita. Huh menitik peluh nak siapkan dress kenduri sambil mata tak lepas duk tengok jam. Padan muka kita, suka sangat tangguh buat kerja. Kan dah berpeluh dibuatnya.

Alhamdullilah siap juga akhirnya walaupun masa hampir tamat. Kalau masuk pertandingan, sah-sah la kita dapat tempat yang terakhir hahhahah......

dress budak

Inilah dress kenduri yang kite marathon menjahit itu. Kononnya tema warna hari ni, warna biru awak senah eh. Disebabkan dress kenduri si dara kurang warna biru, maka kite pun pasang tali biru lebihan kain makcik google. Ikat jadikan riben nampak menarik pula.

Untuk makcik google pula. Kita buat dress kenduri potongan empire cut. Tapikan nampak tak cantik la senah eh., Tak berapa sesuai la dress kenduri potongan empire cut untuk budak. Sebabnya budakkan takde t**k dan tak berpingang. Nampak macam empire cut tuh duduk atas dada.

Untuk menyelesaikan masalah tu, kita jahitkan reben pinggang tutup empire cut tu. Emmmm..... nampak ok la sikit. Sebenarnya kain biru kosong dress makcik google tu kita beli untuk buatkan dress ala-ala elsa frozen. Rezeki nak jadi dress kenduri kawin pula. 

Makcik google don sedih-sedih ya. Nanti mommy beli kain lain untuk buatkan dress ala-ala elsa frozen awak tu ya.

dress budak

Cik melor belanja senah beberapa keping gambar untuk tatapan hari minggu sesambil menayang dress. Lokasi - belakang rumah kita. Masa - selepas balik dari kenduri.

dress budak

Nampak tak kepala sbujang tuh. Eeeeee.... susah betul nak tangkap gambar dia. Suka menyorok geraaaaam....... je rasa tau.


dan kita belanja satu video hot . Tajuk video ' Berpusing Anak Mata Ku'. Bye.

10 January 2015

Tudung Awning Express

tudung awning
 
Lama kan kan...kan.... Cik Melor berhibernas huhu. Betulkah word  hibernasi tu senah eh. Kita nih sekolah je tinggi, bertingkat-tingkat tapi kita meleret je di bawah.  U no wat ai min hahahhaha.....

Macam beruang la kite ni kannnn.... Kita kalau berhibernasi lain sikit dari beruang. Kalau beruang dia tidurrrrrrr je sampai habis musim sejuk. Tapi kita gerak sana gerak sini. Buat itu buat ini. Kalau kita berhibernasi macam beruang mati kebulurrrrr la anak-anak dirumah hihiihihi......

Sibuk duk urus baju sekolah anak orang + anak sendiri yang 2 orang tuh. Terlupa pula kita dengan makcik google. Senah nak tahu tahun niamakcik google masuk sekolah. Kite hantar makcik google kat sekolah pasti je senah eh.

Emmmmm.... kadang tu langit tak selalu cerah. Bumbung pun sampai masa bocor jugakan. Untuk menyelamatkan keadaan serta membantu suami, kita cuba 'reduce' mana yang boleh. Baik tak kita senah eh.  Isteri solehah nih taaaau.... nak muntak cari tadah sendiri ok. 'Time' kakak ngan abang kitaahantar tadika swasta sampai turn makcik google kite hantar pasti. Takpa la kan, janji anak kita gi tadika juga senah kaannnnn..... Walaupun tak glamorrrrrr......huhuhu...

Sekolah Pasti kena pakai tudung. Di sebabkan kealpaan mommynya. Kelengkapan makcik google tak dak. Tadi kita kejar-kejar la gi mencari barangan dia. Tang lain semua ada. Tang tudung takdak la senah eh. Ada semuanya besar-besar. Saiz s pun besar lagi dengan kepala  makcik google. Rege saiz s 17 hinggit lebih. Lagi besar saiz tudung tu lagi la tambah rege dia senah tau hemmmmm.....

Keluar je dari pasaraya kita singgah kedai kain. Kita beli kain laycra putih 2 meter.  Balik rumah layan anak-anak apa yang patut terus kita masuk bilik jahit. Buat Apaaa?????? jahit tudung la senah eeehhhh..... Sekejap je siap 2 helai horeyyyyy..... boleh buat benda lain lak.

Kita jahit tudung yang berawning untuk makcik google. Senang nak pakai la senah. Tudung awning kita jahit ni boleh masuk mesin basuh senah tau. Iyaaa..... boleh masuk mesin basuh, tak patah punya la senah. Kalau lepas basuh tu awning jadi tak cantik. Kite hanya perlu gosok je. Cantik balik la awning tudung tu.

Sebelum ni kita ada jahit tudung awning lembut untuk sidara pakai gi sekolah. Dari tahun 2 hingga tahun 5 sidara tu still duk pakai tudung tu. Kata dia selesa. Tahun nih kita buatkan tudung yang macam orang ramai pakai. Kain licin tu. Bagi nampak ayu sikit anak dara kita tu. Itu pun kita jahit sendiri juga. Jimatttttt awak senah eh. Kalau  beeeeliiiiii senah tengok sendiri la regenya. Eemmmmm boleh tahan. 

Lagi pun kita dah terbiasa pakai pakaian yang di jahit sendiri. Dari kecik sampai lah dah tua bangka ni. Sttilllll.... pakai baju jahit sendiri. Tipu la takdak yang beli. Ada juga beli tapi sikit je la. Tak selesa pakai maklum la bodi ai nih cantik sangat. Sampai takdak baju yang boleh muat kih...kih...kih....

Nak cite pasal jahit tudung je, tapi melalut dia entah mana-mana. Nasib baik tak lemas air banjir huhuhuhu..... Bye.


30 December 2014

Hok Alohhhhh..... Masa Ni La Dia Nak Hilang.....

back to school

Masa mood menjahit ada ni laaaa..... dia nak menghilangkan diri. Kut ya pun awak nak main sorok-sorok, jangan la menyorok terus. Susah Cik Melor tau. Dah la menjahit nak kena kejar mood. Bila kita dah ada mood, awak pula menghilangkan diri. Memang tak suka tengok kita senang hati betul la awak ni... hihiihihhi....

Masuk sehari semalam, duk mencari dia. Kemana menghilang si tali inci kesayangan ku ini. Takpa kalau awak tak nak menampakkan diriii..., Besok pagi-pagi, kite nanti pergi beli baru. Baru padam dengan muka awak. Nanti kite sayang "tali inci" yang baru pula kih kih kih.

Dah tali inci hilang, kite jahit aje lah benda kat atas tu. Jahit lencana dan nama di baju sekolah. Lepas tu buat alteration sikit. Tak nampak yang alteration????? nanti lain kali kite tayang ya. Yang ni,  jahit sikit-sikit je tak perlu guna tali inci. hahhahahha............. Bye


28 November 2014

Sleeveless Dress

dress sleeveless

Mari, Senah, mari. Mari tengok blog cik melor nih. Dia buat perangai lagiiiii...... Perangai aaaapa??? Perangai menayang dia la senah eh. Eeeee....... tak penat ke dia tu hah.

Semalam dia siapkan sehelai sleeveless dress, melayu panggil gaun tanpa lengan, cakap pasar kata baju tangan telanjang hihiihh.  Customer minta dia jahit sleeveless dress simple tapi nak gaun tangan lengan dan belah kiri kanan di kaki sleeveless dress tu senah eh. Bila dah siap tu, biasa lah cik melor tak sah kalau tak tayang. 

Cik Melor cite, kain sleeveless dress tu saaannnggat lembut dan sangat cantik. Kata dia lagi kalau lah dia dapat kain macam tuh dia nak buat kain untuk baju kurung riau. Lepas tu mula la dia menyimpul angan-angan.

Tengok awan, dengan awan dia nak simpul. Ni tengok kain, kain pula nak disimpulnya. Kuat berangan la Cik Melor tu senah kan.

Kata Cik Melor lagi, dress sleeveless ni senang je nak buat.  Potong ala A cut lepas tu keruk masuk lebih sikit kat lubang tangan belah depan. Luas kaki  sleeveless dress tu kena la ikut puan yang pakai ya senah. Lepas tu jahit la. 

Dah siap, laju je customer Cik Melor datang ambik. Kata dia nak pakai gi majlis makan-makan rumah kawannya. Semalam cik melor kaya laaaa hahahah....... 

Bila dah kaya Cik Melor terus berjoli, Joli belanja anak-anak dan tuan pengarah makan chop-chop di kedai fish and chips. Kata dia sedap senah eh makan kat situ.

Pisstt-pisstt senah janji ya. Jaaaangan cite ngan Cik Melor, apa yang kita ceritakan ni. Nanti kita kena marah ngan Cik Melor hahahhahha..... Bye


21 November 2014

Simple Dress

maxi dress

Hai senaaahhhh.....angin rajin mariiiiii la hari ni. Cik melor rasa nak menayang lagi la senaaaaahh....... Nak tayang hasil kerja jahitan kitaaaa.... Semalam dalam duk boring tu sempat la kite siapkan 2 helai simple dress. Tak caya ya? tengok gambar di atas tu. Kan itu simple dress. Cantik tak senah?

Jenuh tau nak jahit simple dress ni. Kain 4 meter dan bukaan kainnya 45 inci je. Lepas tu corak kainnya pula berkaki. Lepas tu lagi, kain dia jaraaaaaang senah eh. Lagu mana nak di buat tu. Pikir punya pikir kita pun dapat idea nak selesai masalah ni. So inilah penyelesaiannya.

kain 4 meter bukaan 45 :
  • kita cuba kecilkan basi untuk elakkan kain tak cukup. 
  • kiraan mesti betul dan tepat.
  • sebelum potong, atur pola atas kain supaya tak berlaku kesilapan.
corak kain berkaki :
  • terpaksa potong kain melintang ikut corak kain.
  • terpaksa buat potongan di pinggang.
  • pandai-pandai la atur kan dan cantum corak kain supaya tak nampak pelik hihihiiih....
  • so jadi la macam dalam gambar kat atas tu. cantik tak senahhhh???
kain nipis :
  • beli kain alas, mencari kain alas pun boleh tahan rumitnyer
  • kena tanya harga kain alas yang puan kain nak ( murah @ mahal )
  • baju ada lining, kerja jadi 2 kali.
  • terpaksa cari kain alas yang warna paling hampir sebab takde warna sama.
dress

ciri-ciri yang di jahit pada  simple dress ni ialah :
  1. jahitan lining - di zip sorok macam baju kedai atau butik. sebelum nih kita tak pernah jahit macam tu sebab tak pernah jahit baju berlaining. Suka sangat sebab berjaya jahit dengan kemas. satu lagi ilmu tanpa sedar. 
  2. tangan di jahit getah.
  3. jahitan kaki simple dress - tak pandai guna tapak kelim. Tapi jahitan tetap nampak sama macam guna tapak kelim kan.Emmmm rahsia tau.
Dari tak tahu jahit zip sorok, kini dah pandai. Tak pandai jahit alas leher macam kedai kini dah pandai. Tak pandai jahit alas di zip sorok kini dah pandai. Betul la kata orang 'practise make perfect'. Betul tak senaaahhhhh..... Bye.