Showing posts with label CMelor - family. Show all posts
Showing posts with label CMelor - family. Show all posts

25 May 2021

Miss U A Lot

Ya Allahhhh lamanya cik melor tinggalkan blog ni. Bukan tak rindu bukan tak sayang tapi terpaksa demi anak-anak. Hari ni cik melor berpeluang buka blog kesayangan ni tak sangka viewnya dah mencecah jutaan. Terim kasih reader ku sayang.

Walau tak menulis dah bertahun, awak orang tetap singgah ke blog Cik Melor ni. Jutaan terima kasih cik melor ucapkan

Percayalah suatu hari nanti cik melor akan kembali menulis blog, Kembali berkongsi ilmu jahitan, berkongsi tentang bunga dan kebun impiannya, kembali berkongsi tentang kehidupannya.

Terima kasih ya semua. Cik Melor sayang kamuuuu. Bye 

24 July 2019

Bengkel Dan Pertandingan Seni Warisan Batik 2019

Sabtu lepas Makcik Google masuk Bengkel dan Pertandingan Seni Warisan Batik Tahun 2019 Merupakan aktiviti tahunan Makcik Google yang pertama sejak mula menyertai Pandu Putri Tunas sekolahnya.

Masa mula-mula pembahagian murid, nama Makcik Google tersenarai dalam Putri Islam. Balik je dari sekolah, Makcik Google menangis sambil merayu-rayu minta Cik Melor tukarkan namanya masuk ke Pandu Putri Tunas. 

Cik Melor buat surat rayuan. Tak sangka pula Makcik Google ambil tindakan drastik pergi jumpa cikgu yang urus pasal surat rayuan minta tukar. Hihiihi berani mung anok tino kawe buat tindakan drastik. Terkejut Cik Melor tau.

Pandu Putri Tunas

Rupanya ada rezeki Makcik Google dalam Pandu Putri Tunas. Makcik Google berjaya mengalahkan semua ahli PPT yang terlibat seramai 150 orang dari beberapa buah sekolah dalam aktiviti mewarna batik pada hari tersebut.

Tak sangka betul Cik Melor. Meleret senyum puas hati dia.  Sebagai ibu Cik Melor sentiasa beri galakkan untuk anak-anak buat apa yang diaorang inginkan. Selagi tak melampaui batas la.

Pandu Putri Tunas

Sengaja je Cik Melor collagekan gambar-gambar aktiviti Makcik Google buat kenangan esok-esok bila dah tua hihihih. Senah nak tahu Makcik Google selalu juga buka blog Cik Melor baca kisah dia dari kecil sampai sekarang. 

Gelak besar Makcik Google bila tengok gambar zaman pampes dia.  Kita pun gelak sama hiihhihi. 

Bye


19 July 2019

Alhamdullilah, Saya Dah Sihat

Alhamdullilah Senah eh saya dah sihat. Bermula dari sebelum puasa menuju ke raya aidil adha, perut saya meragam. 

Semalam tuan saya. Iyaaa!!!! tuan saya Cik Melor la. Dia dah bawa saya ke klinik laptop. Hari ni dapat la berkhidmat lagi kepada tuan saya. Ha ha ha saya ketawa senang hati. Bye


20 April 2019

Pengalaman Menawan Puncak Bukit Dinding

bukit dinding

Walaupun peristiwa ni berlaku dan terjadi masa cuti sekolah yang lepas,  Cik Melor tetap nak cerita, nak berkongsi perasaan bangga diri kerana berjaya menawan puncak Bukit Dinding. Uiii famous amos betul Bukit Dinding ni kepada pendaki-pendaki sekitar KL tau.

Anak-anak Cik Melor tergoda nak panjat Bukit Dinding ni setelah  hari-hari lalu disitu, tengok banyak kereta duk park tepi jalan.

Nampak tak betapa gagah perkasa dan bersemangatnya anak-anak Cik Melor mengatur langkah menuju ke permulaan pendakian Bukit Dinding tu. Acah-acah tinggi bebenor Bukit Dinding tu kan eiihh Cik Melor ni kalau berangan tak ingat dunia hahahaha.

dukit dinding

Tengok la Senah eh. mereka tinggai mommy di belakang merayap sensorang. Puas Cik Melor merayu-rayu supaya patah balik dah tak larat Senah eh. Haram tak diendahkannya rayuan Cik Melor malah mereka tinggai pula Cik Melor jalan sensorang. Sakit lutut punya pasal terkangkang Cik Melor mendaki Bukit Dinding tu Senah eh. 

Sampaikan hati bebudak tu tingai mommy  mereka di belakang sensorang huhuhuh

bukit dinding

Tinggi ke tak tinggi bukit dinding tu Cik Melor tak ambil kisah dah . Yang Cik Melor ingat nak cepat sampai puncak dan nak cepat turun dari Bukit Dinding tu . Nak balik rumah nak gantung kaki tigggi-tinggi . tak tahan sakitnya lutut tak dapat le nak cerita ke orang.

Ketinggian 2350 tu belum sampai puncak Bukit Dinding la gi Senah eh. Masih perlu mendaki dalam 5 minit lagi baru betul-betul sampai puncak. Di puncak Bukit Dinding ada menara telekom sebagai mercu tanda dah sampai puncak.. Biasa orang bergambar kat menara telekom sebagai kenangan.


bukt dinding

Cik Melor anak beranak tak lepas peluang bergambar depan menara telekom tu. Buat kenangan Senah eh. Tapi sayang kerana silaunya matahari tak nampak pula menara telekom tu kui kui kui.

bukit dinding

Sekali terjumpa pula dengan member yang gi mendaki sensorang. Apalagi bergambar le kami.

bukit dinding

Masing-masing dah kepenatan. Kalau boleh tak terus landing kat situ je. Walaupun keletihan yang amat kami tetap gembira kerana telah berjaya menawan puncak Bukit Dinding. No more panjat bukit la gi ya anak-anak. 

Tak menjahit keeee!!!!. Bye


03 March 2019

OMG Cik Melor Berzumba!!!!



Omg Senahhhh, tetiba Cik Melor berzumba. Buang tabiat ke apa Cik Melor ni hahahhah. Ceritanya pagi tadi Cik Melor balik dari hantar kuih. Cik Melor pun singgah di carboot sale. 

Kunun-kunun nak survey la. sebab dalam hati ada rasa nak join carboot sale dekat dengan rumah Cik Melor tu. Cik Melor nak clear barang-barang dalam rumah yang rasa tak diperlukan. 

Lepas letak kereta Cik Melor jalan ikut taman di situ menuju ke tempat carboot sale sedang berlangsung. Cik Melor nampak ada 2,3 orang gadis senja seusia Cik Melor tengah bersiap-siap nak berzumba hiihhi. Disebabkan Cik Melor ni jenis peramah dan suka menyibuk, ringan je mulut bertanya.

Dan dan tu jugak la Cik Melor daftar keahlian zumba tu. Katanya aktiviti tu anjuran persatuan penduduk. Penduduk mana pun Cik Melor tak tahu. Cik Melorkan masih baru disitu.

Lepas tu Cik Melor menapak ke carboot sale. Pusing-pusing tengok. Emmm boleh la Cik Melor nak cuba jual barang-barang yang ada tu. Hasil dari jualan boleh masuk tabung makanan kucing yang diwarisi. Geliga tak otak Cik Melor kih..kih..kih..

Masa jalan nak balik, golongan gadis senja kat situ tarik Cik Melor supaya join berzumba. Dengan berseluar jeans dan berselipar jamban Cik Melor tergedik-gedik berzumba

Haih seronok juga la Senah eh. Tetiba Cik Melor rasa happy, badan dah berpeluh,  Tapi Cik Melor Lupa 1 benda. Lupa yang lutut Cik Melor tu tak boleh melasak, nanti kena gantung kaki huuhuhhu.

Minggu depan Cik Melor gerakkan badan bahagian atas je la. Jom Senah kita berzumba. Bukan nak kurus macam cikgu zumba tu. cukup la dapat keluarkan peluh pun dah ok.

Eh Senah jangan tak tahu, dalam badan kita ada hormon. Nama hormon ni eudorphin. Hormon ni dirembeskan atau dikeluarkan oleh sistem badan masa kita bersenam. Hormon ni boleh buat kita rasa gembira, tenang, megurangkan rasa bimbang, stress,dan sensitif pada sakit tau. Ooooo patut la tadi lutut tak rasa sakit hihiihi.

Jom Senah kita gi zumba. Bye.


20 February 2019

'Rainbow Dress' Makcik Google


Hari ni Cik Melor transit di perpustakaan lagi. Boleh la update blog. Mesti Senah hairan, asal gi pustaka update blog, asal update blog gi pustaka haha. Nanti-nantilah Cik Melor bagitahu sebabnya ya. 

Setelah termenung panjang duk fikir apa yang nak di kongsi kali ni. Fikir punya fikir punya fikir tetap kosong hiihiih. Sel-sel otak tak berhubung weh. Buka pula folder tengok satu-satu gambar, cari aktiviti yang Cik Melor buat masa senyap tengelam tu hari. Maka Cik Melor pilih nak berkongsi cerita tentang rainbow dress Makcik Google.

Tema hari kanak-kanak sekolah Makcik Google tahun lepas ialah rainbow. Tiap kali hari kanak-kanak mesti diadakan pertandingan. Sekolah sediakan sijil dan cenderahati pada yang menang.

Makcik Google bagitahu nak jadi puteri rainbow. Jadi kita pun jahit la rainbow dress kat atas tu. Tak tidur malam merempit nak siapkan rainbow dress Makcik Google ni. Akhirnya siap juga sebelum pergi sekolah. Lebar senyuman Makcik Google bila menyarungkan rainbow dress hasil jemari mommynya. Humm puas hati munggg...

Guna material yang murah-murah je Senah eh. Macam kain 'colourful' tu Cik Melor beli kain alas 1.5 meter setiap warna.  Lepas tu potong-potong dan sambung-sambungkan. Harga dalam rm3/m. Manakala bahagian badan Cik Melor beli kain jersi semeter. Harga rm3.50/m.

Butang untuk bunga Cik Melor guna yang dah sedia ada dalam bilik jahit. Total semua tak silap dalam rm50 untuk rainbow dress makcik google.

Walaupun tak menang pada hari kanak-kanak tu tapi rainbow dress hasil jemari Cik Melor menang dihati Makcik Google.

Kita tunggu tengok  tema hari kanak-kanak sekolah Makcik Google tahun ni pula. Bye.


23 September 2018

Teater Ali Baba & Makcik Google

teater kanak-kanak

Tu dia Senak eh, Makcik Google nak berlakon teater pula. Macam-macam kehendak la Makcik Google ni. Sebenarnya kelab teater sekolah Makcik Google yang buat pementasan tu. Semua ahli terlibat.

Watak penyamun saja tapi 'happening' sebabnya watak ni banyak gerak tari dan menyanyi. Menceriakan perjalanan cerita teater Ali Baba  tersebut.

Jom la Senah semua. Sekarang tengah jual tiket. Minat nak tengok kalu 'call' la nombor talipon kat atas tu. Ya nombor yang dalam gambar tu. Tarikh pun ada tercatit disitu. Pilih je masa dan hari yang Senah 'free'. Sesambil bawa anak jalan Senah eh.

teater kanak-kanak

Ini la muka-muka yang akan jadi penyamun dalam teater Ali Baba nanti. Teka mana satu Makcik Google

cmelor family

Cuti-cuti pun dah terconggok kita di sekolah. Sesambil tunggu yang lain datang Makcik Google selfie dulu tepi kolam ikan. Filing-filing princes la tu.

teater kanak-kanak

Cuba tengok lelaki yang bertshirt putih tu, agak-agak Senah boleh cam tak siapakah gerangan sidia. Klunya seorang pelakon. Watak Abdullah paling diingati dalam satu sitcom bersama pelakon Wardina satu ketika dulu. Teka, teka jangan tak teka.

Sidia bertshirt putih ni jadi pengarah untuk pementasan  teater Ali Baba. Emmm boleh tahan serius dia. Garang pun ya.

Ok la Senah jangan lupa call nombor tu ya untuk tempah tiket. Boleh kita sesama pergi tengok Makcik Google jadi penyamun dalam teater Ali baba huhuhuhu. Bye


18 September 2018

13/9/18 & 2/7/18 - Geng Makcik Google Sebagai Penyeri Majlis

Senah nak tahu, Dunia CMelor ni blog rojak, sebab apa kita kata rojak, sebabnya macam-macam cerita duk ada dalam ni. Maklum la tukang karang critanya sorang surirumah yang bekerja dalam rumah. Itu lah dunia kita. Sama macam tajuk filem 'rumah itu dunia ku. Jadi Senah tak usah fening-fening bila baca blog kita. Yang penting u n mi happy tu gatder hahhaha. Oh my engelis

arcisa girls

Terbaru iaitu pada 13/9/18, Geng Makcik Google buat persembahan di Royal Chulan Damansara. Kali ni geng Makcik Google 'perform' tarian medley 1 Malaysia yg panjangnya selama 10 minit Senah eh.

Asal watak cina mesti Makcik Google dan Tiha yang kena pakai baju cina. Muka Makcik Google kita ni ada macam muka anak cina ke Senah eh kih..kih..kih. Takpa la Makcik Google oiii cina pun cina la.

Rasanya ini kali pertama makcik google menari tanpa henti selama 10 minit. Seronok pula kita tengok. Menari menari juga lepas show kena terus gi sekolah Makcik Google ya.

 
Kita tempek video sekali untuk hiburan Senah - 
Medley untuk RCOH 2018 di conference @ Royal Chulan Damansara KL

Pada 2/7/28 geng Makcik Google menari di majlis 
Celcom Hari Raya Open House @ Intercontinental Hotel.
Untuk medley lagu raya ni panjang masanya hampir 7 mimit. Tak silap kita la.

arcisa girls
arcisa girls
Betul tak kata kita, asal watak cina mesti Makcik Google dan Tiha yang kena pakai baju cina huhuhu. Bye


10 September 2018

9/9/18 - IIUM Robotic Competition 2018

Walaupun sekolah cuti 4 hari, Cik Melor rasa macam tak cuti sekolah pun malah terlebih pula hari sekolahnya. Sabtu ahad pun still datang sekolah. Hemmm gitu la kalau dah ramai anak Senah eh.
Kelmarin siadik, semalam sibujang pula ada perlawanan robotic di International Islamic University Malaysia. Esok dan seterus Makcik Google dengan pementasan teaternya.  Kalau sidara tak duduk asrama tak tahu nak kata lah.

Apa nak buat demi kejayaan anak-anak kita redo je la. Teruskan, teruskan jangan mengeloh Cik Melor huhuu

robotic competition

Tak dapat banyak nak kongsi cerita IIUM Robotic Competion 2018 kali ni. Ini kerana kita serahkan pada tuan pengarah untuk mengendalikan hal competition sibujang ni, Kita pula bagi tumpuan pada latihan menari Makcik Google dan latihan teaternya. Mana sempat kalau kita nak handle semua. Terbongkang mak nanti nak oii.

Bila tak terlibat secara langsung dalan sesuatu benda tu nak bercerita pun macam mati kutu, kosonggggg je kepala ni. Senah pernah tak rasa macam ni? hemmm..

tengok la sapa yang jadi lawan sibujang dalam IIUM Robotic Competiton 2018

Ada 2,3 competition yang sibujang sertai tahun ni tapi kita tak post dalam blog gara-gara tak sempat nak taip cerita. Begitu juga dengan aktiviti Makcik Google kita post bila sempat aje. Sedangkan Makcik Google dah hampir 20 show yang dia terlibat. 

Humm sayangkan. Kalau tak, bolehhh kita buat tatapan hari tua nanti. Maklum la blog Dunia CMelor ni kan ala-ala diari buat kita.. Cuti-cuti ni Senah semua gi mana?. Bye.


09 September 2018

8/9/18 - Geng Makcik Google Sebagai Penyeri Majlis

Semalam Geng Makcik Google jadi penyeri majlis makan malam LHDN di Glory Beach Resort Port Dickson Senah eh. Bukan main gembira Makcik Google sebab boleh main pantai katanya. Iya la tu nak oiii. 

Semalam juga lah hati kita betul-betul rasa sakit. Sakit sebab ada manusia yang tak boleh di percayai dan busuk perut. Kuat dengki nih. Dengki dengan kebahagian dan kejayaan orang lain. Pelik sunguh perangai manusia tu Senah eh.

Dari duk melayan manusia berhati busuk tu, baik kita bergumbira dengan Senah-Senah. Jom Senah, kita tengok gambar geng Makcik Google sebagai penyeri majlis semalam.. Sebab sayang sangat-sangat ngan senah, kita kongsi video  geng Makcik Google beraksi sebagai penyeri majlis  makan malam  LHDN tu ok. Emmm sayang Senah

arcisa girls
arcisa girls
arcisa girls
arcisa girls
arcisa girls
arcisa girls
Sebelum balik sesi bergambar untuk geng Makcik Google. Gaya bebas. 
Terlalu bebas sampai pegang papan tu pun terbalik haha.

arcisa girls
 Dapat main pasir pun dah gila happy. Agaknya kalau dapat mandi laut tak mahu balik agaknya.

arcisa girls
 Selalunya sebelum atau selepas buat show mereka diberi kebebasan untuk menikmati suasana. Contoh gambar atas ni, main pasir, kutip kulit siput, jalan-jalan tepi pantai. 

Tengok video ni, entah kenapa cik melor terbayangkan anak burung puyuh sedang bergedik-gedik ikut bontot ibu puyuh kih...kih...kih.

Setiap kali buat persembahan., 6 tarian dan 6 penari akan di bawa. Kita tempek 1 video yang kita rasa agak menarik, Sebab lagu baru yang belum pernah dipertontonkan oleh geng Makcik Google. Senah pun kalau nak tempah geng Makcik Google sebagai penyeri majlis jangan malu-malu wasap la kita ya. Bye.


26 August 2018

25/8/18 - Geng Makcik Google Sebagai Penyeri Majlis

Semalam hari yang cukup memenatkan bagi Cik Melor. Pepagi bangun lepas buat apa yang wajib, kita kejut sidara bangun. Ni anak dara kalau masuk bilik air mau berjam-jam baru siap.  Masuk dapur buatkan sarapan dengan apa yang ada. Lepas tu kejutkan Makcik Google.  

Semalam Makcik Google ada show dan semalam juga sidara kena balik asrama.  Bila Makcik Google ada show, kita la yang kena jadi tukang makeup dia. Kata orang MUA, mua bidang terjun Senah eh hahahah. Semalam juga kita kena bawa sidara pergi beli barang-barang yang nak di bawa balik ke asrama huh penat gilerrr.

Siap makeup Makcik Google, kita hantar dia ke tempat berkumpul. Tunggu semua sampai, kita tinggalkan dia, terus pergi ke Aeon big wangsa maju. Nasib baik pergi 1 tempat je semua barang nak ada. Kalau kena pergi 2,3 tempat melepek la kita senah eh. Pukul 12 tengahari sampai rumah.

Pukul 3 keluar ambil makcik google, Malam lepas magrib keluar ke TBS, hantar sidara naik bas balik asrama. '1st time' sidara naik bas. Nak merasa naik bas katanya. Hati ibu ni berdebar tak ingat dunia wey. Alhamdullilah sidara dah sampai asrama dengan selamat

Barulah ada hati nak membebel, nak berkongsi cerita terhot, terkini dengan senah semua hahhahaha. Jom tengok gambar Geng Makcik Google jadi penyeri majlis semalam. Scroll bawah senah eh.

arcisa girls
Geng Makcik Google sebagai penyeri majlis di Batu Caves kali ni

Geng Makcik Google Bergambar kenangan dengan mak pengantin

Lepas menari bollywood, geng Makcik Google bergaya bebas.  
Cantik dan handsome pengantin tu

. Geng Makcik Google pekena ais krim dulu sebelum balik. Bye.

23 August 2018

Cerita Raya Haji & Makcik Google Sebagai Penyeri Majlis

Selamat hari raya aidil adha senah semuaaaaa. Semalam leka tengok tv, boleh tu  Cik Melor lupa nak 'wish' selamat hari raya kepada semua pembaca blog Dunia CMelor. Jangan marah, ai lab u all tau. 

Raya haji 2018 ni kami sekeluarga beraya di KL je. Nak balik beraya kampung rasa macam tak mampu. Lagi pun oramtu tak mahu pergi sana. Jadi kita raya sini jelah. Takpa la raya mana-mana pun sama je senah kan. Janji kita dapat beraya 1 keluarga.

Biasa kalau raya KL ni, kami sekelarga memerap dalam rumah je. Jiran ada juga yang ajak ke rumah beraya, tapi rasa malas sangat nak keluar rumah, berat betul nak angkat punggung hihiih. Sudahnya dari 1 cerita ke 1 cerita tv kita tengok.

Kali ni gambar raya takde senah eh. Kita tayang gambar geng Makcik Google sebagai penyeri majlis sabtu lepas je la ya. Scrollll bawah senah eh.

arcisa girls
Sepadan betul pegantin tu, siap berwarna kuning ni. Macam pengantin dirajakan. Dayang kat tepi kiri kanan tu geng Makcik Google la tu. Kali ni diorang bawa 2 irama lagu bollywood dan melayu.

arcisa girls
Yang ni gambar ketika geng Makcik Google nak menari lagu irama melayu. Teka la mana satu siMakcik Google.

arcisa girls
18/8/18  Cantikkan tarikhnya. Senang nak ingat.

Minggu depan dan lagi 1 minggu depan pun nama makcik google naik. Haih minggu exam tu. Camana nak dibuat nih. Jenuh kita nak mikir. Nak tolak nanti ada yang stress. Tak tolak, kita pula yang stress huuhuuh.

Pisst-pisst, kalau nak majlis senah dihiburkan oleh geng Makcik Google sebagai penyeri majlis sila-sila la tpon kita. Nanti boleh bawak bincang. Ni nombor tpon kita 017 6430301. Tpon Tau. Bye


11 July 2018

Ampun maaf ku pohon.

 bukan kerana jemu,

tapi dek kerana laptop yang rosak.

Sekarang laptop dah ok,

 boleh la cik melor,

melepaskan rindu pada kamu,

Iya kamu, 

Kamu si pembaca,

Blog Dunia CMelor.




09 May 2018

PRU 14 - Sekali Lagi Jari Kita Di 'inai' kan

pru 2018

Alhamdullilah. Walaupun lambat, jari kita tetap di'inai'kan. Cik Melor ingat lagi, 5 tahun yang lalu. Masa tu jari kita masih lagi kurus masa di'inai'kan. PRU-14 ni, jari kita kembung masa di'inai'kan senah eh hihiihihi. Kurus ke kembung ke, kita tak kira. Kita tetap nakkan jari kita di'ini'kan setiap 5 tahun. 

Tadi kita lambat pergi mengundi PRU-14 sebab kita kasi can tuan pengarah mengundi dulu. Walaupun kawasan mengundinya sama tapi tempat mengundinya tak sama la senah eh. Tuan pengarah di selatan kita di utara. Jadi takda orang nak jaga anak-anak. Terpaksa la gilir-gilir kami pergi buang undi huhuhuh.

Elok-elok je kita sampai di tempat mengundi, orang tak berapa ramai beratur. Lepas tu dapat pula orang yang beratur depan dan belakang kita peramah sangat. Apalagi kerja menyembang la kami macam dah kenal lama.

Sembang punya sembang, sedar-sedar je kami dah berada depan pintu bilik mengundi PRU-14. Sekelap je 'inaikan' jari, pangkah mana yang berkenang elok-elok. Masukkan kertas undi dalam kotak  terus kita menapak cari kereta nak balik. Ahhh... lega tangungjawab sudah diselesaikan.

Balik dari mengundi PRU-14, kami sekeluarga cari tempat ber'ekon' yang boleh kami lepak sejukkan badan sesambil tu kita tiga beranak menge'pow' tuan pengarah cukup-cukup. 

Hemmmm puas ati ambo bulih 'pow' ore haha. Bye.





01 May 2018

Majlis 10 Tahun Arcisa

Senah nak tahu, hari ni Artis Cilik Setiawangsa @ Arcisa buat majlis sempena 10 tahun groupnya. Makcik Google salah seorang  ahli kepada group Arcisa ni. Dari pagi membawa ke petang kami'parents' bertungkus lumus menjayakan majlis 10 tahun Arcisa yang diadakan.  

Sejak Makcik Google menyertai group Arcisa ni hidup Cik Melor tak boleh lagi 'rilex-rilex'. Semuanya terkejar-kejar. Lagi-lagi kalau nama Makcik Google terpilih untuk ke show yang diadakan group Arcisa. Setiap malam mesti ada latihan. 

Kalau tak kerana nak membina sahsiah diri, membina keyakinan diri dan minat Makcik Google, tak kuasa kita nak layan. Lagi pun sejak kementerian pendidikan menerapkan PAJKS ni anak-anak sekolah mesti aktif dalam kokurikulum.

PAJKS punya pasal, kita memaksa diri benarkan Makcik Google sertai group Arcisa dan kelab teater manakala sibujang pula masuk PBSM, robobtic dan chess di sekolah mereka.

arcisagirls kl
arcisagirls kl
arcisagirls kl
Arcisagirls kl
Bergambar kenangan dengan orang kuat Setiawangsa Datuk Fauzi dan Isteri. 

Arcisagirls kl
Bukan senang nak bergambar dengan anak-anak. Maklumlah kitakan camerawoman

arcisagirls kl
Tukang sibuk. Kemana pergi mesti kena angkut sebab takda orang nak jaga 😂

cmelor-family
Sekali sekala kita pun nak juga interferemmmmm. Byeee..



29 April 2018

Multiending Cartoon Contest - Pustaka Negara Malaysia

Semalam anak-anak kita dijemput ke majlis penyampaian hadiah Multiending Cartoon Contest di Perpustakaan Negara Malaysia Senah eh. 2, 3 hari sebelum tu kita terima panggilan dari staff pustaka negara tanya itu tanya ini. Mereka nak pastikan maklumat yang mereka ada tu betul dan pastikan kami hadir pada sabtu semalam senah weh.

Hasil selalu ke perpustakaan komuniti setiawangsa dan ada hubungkait dengan program nilam yang kita buat untuk  anak-anak. Merasa la diorang terima hadiah dari perpustakaan negara malaysia.

pustaka negara
sibujang menerima hadiah kemenangan dalam multiending cartoon contestnya. Tempat ke 3. Kategori  umur 10 hingga 12 tahun.

pustka negara
 Makcik Google memenangi Tempat ke 4. Saguhati je la.  Kategori umur bawah 9 tahun.

pustaka negara
Posing kenangan bersama sijil dan hadiah yang dimenangi

pustaka negara
pustaka negara
pustaka negara
Ragam sibujang dan Makcik Google sementara tunggu majlis multiending cartoon contest di perpustakaan negara Malaysia bermula .

pustaka negara
Sibujang sebelum pergi ke majlis penyampaian hadiah multiending cartoon contest duk la berangan nak dapat hadiah laptop.

Kita gelak je cakap, mana la pustaka negara tu nak bagi hadiah laptop mesti mereka bagi buku.  Sidara dulu pun menang peraduan dapat hadiah buku. Sampai sekarang buku tu elok tersimpan.

Sampai je rumah, memasing tak meyempat lagi nak tengok apa yang mereka dapat. Sibujang dapat la buku-buku, pen, tabung, badge, set  menulis dan sijil. Makcik Google pula dapat buku-buku, pensil warna, kotak pensil, pen badge dan sijil. Alhamdullilah anak-anak ooii. Yang penting semangat membaca kamu tu.

Jom Senah bawa anak-anak ke perpustakaan. Mana la tahu, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu kan. Bye.



28 April 2018

Membina Diarama Haiwan Sains Tahun 2

diarama haiwan

Tuuuu dia senah eh. Projek bebudak sekolah zaman sekarang. Projek membina diarama haiwan untuk matapelajaran sains tahun 2. Wajib buat semperna bulan sains. Macam tu la katanya.

Seingat kita la. Zaman kita sekolah rendah dulu takda la kena buat projek-projek gini. Macam projek membina diarama haiwan ni la. Bila difikirkan balik, elok juga sekolah buat aktiviti-aktiviti sebegini. 

Secara tak langsung bergerak juga otak bebudak memikirkan cara nak menyudahkan projek yang diminta betul tak senah. Contoh kata la, nak membina diarama haiwan ni. bebudak semestinya kena berfikir macamana nak reka suasana. nak susun, nak cari gambar haiwan dan lain-lain. 

Makcik Google guna apa saja yang ada di rumah untuk projek membina diarama haiwannya. Gambar-gambar haiwan gunting dari buku kamus bergambar sidara masa kecil. Tapak diarama haiwan rembat penutup kotak kertas A4 kita huhuhu.

Nasib baik tak buang kertas keras lebihan projek sejarah sibujang tahun lepas dapat buat dinding dan buat pengeras gambar haiwan. Plastasin pula  dah bertahun beli guna sikit lebih simpan. Akhirnya terguna juga lebihan plastasin tu senah eh.

Kita tolong Makcik Google potong apa yang patut selebihnya biarkan di buat sendiri. Tengok la hasilnya. Ramai juga yang buat projek membina diarama haiwan ni. Kita tak pasti ini satu pertandingan atau tidak.

Tetiba rasa seronok pula bila sama-sama buat projek membina diarama haiwan sains tahun 2 ni, Eh anak-anak senah ada tak buat projek macam ni kat sekolah?. Bye.