Showing posts with label CMelor-alteration. Show all posts
Showing posts with label CMelor-alteration. Show all posts

20 August 2019

Alteration - Baju Peplum Kain Duyung Ekor Platipus

Cik Melor buat alteration baju peplum kain duyung ekor platipus Senah eyy. Sesambil urus anak sekolah sempat la Cik Melor siapkan repair/alter baju customer. Alhamdullilah walaupun tak banyak ada juga hasil untuk saku sendiri

Lagi 2 minggu sibujang Cik Melor nak exam UPSR. Lepas tu jadual Cik Melor longgar la sikit. Maklumlah anak nak exam UPSR banyak kelas tambahan yang duk ada. Sekolah pun dah rancang macam-macam aktiviti untuk budak-budak yang nak exam dari awal tahun. 

Demi kejayaan anak, mak  terpaksa berkorban peluh. Berjaya mereka berjaya la kita sebagai ibubapa kan Senah.

Besar harapan Cik Melor agar sejarah akan berulang lagi. Amin. Makbulkan doaku ya Allah.

alteration

Cantikkan baju peplum kain duyung ekor platipus ni.  Boleh tahan rumit juga nak membuatnya. Macam biasalah Cik Melor buat juga sampai siap. Sampai jadi macam yang asal. Berpeluh masam nak menyiapkannya huhuuhuhu.

alteration

Baju saiz XL minta dikecilkan untuk jadi saiz S. Senah bayangkanlah macamana nak buat tu. Bukan saja baju kainnya  sekali Senah eh.  Itu yang peluh pun bau masam hahahahha.

Dah kerja kita buat alterration hadap je la.  Janji poket Cik Melor kembung kan Senahhh. Bye.


28 July 2019

Alteration | Jubah 3 Warna

alteration
Cik Melor diminta meng'alter' jubah 3 warna milik seorang customer. Biasa la bila beli baju siap ada je yang tak sedap dimata, tak sedap di hati, tak sedap di badan. Berapa banyak tak sedap Cik Melor oii hahhahha. Saja je Cik Melor buat lawak kasi happy sapa yang baca. Tak ada la serius memanjang kan Senahhhh.

Customer minta jubah 3 warna ni dipendekkan. Tangan jubah 3 warna yang bergetah minta dibuang getahnya. Bila customer minta kita buatkan je Senah eh. Jangan duk bantah-bantah. Janji masukkkk hihihi.

Disebabkan penyakit M tu besar duk ada, Cik Melor tak gosok selepas kerja-kerja alteration. Tengok la gambar jubah 3 warna pun jadi tak cantik kan huhuuh. Bye.


26 July 2019

Alteration | Pendekkan Jubah Dan Pendekkan Tangan

alteration

2., 3 hari duk bercerita pasal peribadi., Hari ni Cik Melor nak bercerita tentang kerja hakiki la pula. Tak cerita nanti ada pula yang duk tanya-tanya. Ada juga yang ingat Cik Melor dah tak menjahit. 

Sebenarnya Cik Melor masih lagi menjahit dan buat kerja-kerja alteration. Cuma perkerjaan ini di perlahankan kerana beri ruang Cik Melor bagi perhatian lebih kepada sibujang. Eh Senah tak tahu ke??? Sibujang kita dah umur 12 tahun. Maknanya tahun ni Sibujang ada peperiksaan UPSR.

InsyaAllah tahun depan boleh la Cik Melor berlari atas trek semula kan Senahhhh.

alteration

Ini la hasil kerja Cik Melor, Alhamdullilah Senah eh, potong kaki potong tangan dapat la rm20. Sapa nak bagikan.

Biasanya bila buat kerja alteration ni, Cik Melor akan pastikan hasilnya sama dengan yang asal. Kalau tak dapat yang asal, pastikan sehampir mungkin.

Sehari 2 lepas Cik Melor terjumpa puan baju pakai jubah yang sama dengan gambar. Hemm!! cantik terletak macam jubah tempah bukan beli siap.

Senah pun kalau ada baju yang nak di'repair' tu, jangan malu-malu wasap je Cik Melor. Bye.


27 August 2018

Idea Tampal Seluar Koyak & Tip Menjahit

Selamat pagi senah. Hari ni Cik Melor nak kongsi idea tau. Idea camana nak tampal seluar anak-anak senah yang selalu koyak di lutut. Baru-baru ni kita beli seluar/'tight' baru untuk Makcik Google pakai pergi latihan menari tapi dia bantai pakai dirumah katanya selesa.

Tiap-tiap pagi kita ada buat paksaan Makcik Google kayuh basikal, sekali Makcik Google tergolek jatuh basikal daaaa. Koyak seluar/'tight' barunya senah eeeyyy. Sayangkan baru beli dah koyak. 
 
Teringat kita ada sekuntum bunga lace lebihan jahit baju mini kurung berlace hari tu. Eh senah dah lupa ke. Haaa klik sini ya baju mini kurung berlace

alteration
 suka hati seluar dia dah bertampal

Selamat bunga lace nan sekuntum tu kita buat tampal seluar Makcik Google. Nasib baik kita minta ngan puan baju mini kurung berlace tu hari nak simpan bunga lace nan sekuntum tu. 

Eh Senah tahu tak, dikedai jual barang jahit benda macam bunga lace nan sekuntum tu ada jual tau. 2,3 ringgit juga harganya. Lain kali jangan buang Senah ya. Tiru macam kita, simpan memanjang hihihi.  Satu hari mungkin ada gunanya kan Senahhhh. 

alteration
Tuuuuu dia, besar lubang senah eh

alterration

Disebabkan kain seluar tu lembut, kita tampal kain alas bahagian dalam seluar tu. Kain lembut warna putih untuk buat kolar lembut, kaf lengan baju tuuu. Ambil bunga lace nan sekuntum tu, sapu gam dulu di belakang bunga lepas tu lekatkan di seluar. Bukan apa, letak gam tu untuk memudahkan Senah nak jahit bunga diseluar tu nanti.

Kalau beli kat kedai, biasanya benda macam tu dah ada gam tau. Sebab ini bunga lace lebihan kain lace jadi takda gam. Bubuh la gam sendiri ya. Tak nak bubuh gam pun takpa. Senah yang buat dia. Suka hati Senah la nak buat macamana. 

Kita jahit tangan je. Masa jahit tu guna la cara nak jahit lace ke baju ya. Guna mesin ada macam susah sikit la Senah eeey

Ini cara kita tampal seluar koyak jadi kita kongsi idea tampal seluar koyak ikut cara kita la. Senah ok kannn.  Bye.


17 August 2018

Alteration : Lengan BerKaf Jadi Lengan Biasa

Alahai rindunye Cik Melor pada pembaca blog CMelor. Senah-senah rindu ke?.  Kita ni rindu sangat, sangat, sangat dan sangat. Jangan la majuk-majuk dengan kita. ya.

Kalau boleh hari-hari kita nak update cerita 'happy-happy', cerita sensasi, cerita lawak-lawak supaya bila senah baca, senah akan terhibur. Tapi tu la, masa terlalu mencemburui kita.

alteration lengan

Takpa, hari ni kita taip cerita dan  tayang hasil kerja alteration yang di buat. Mana tahu dapat bagi inspirasi pada ibu-ibu, isteri-isteri yang tengah cari idea apa yang nak dibuat. Boleh juga bantu ekonomi keluargakan Senahhhhh.

Senah nampak tak lengan baju berkaf kat atas tu. Haaa yang ni la kita nak kongsi. Cerita kita buat alteration lengan berkaf jadi lengan biasa. Gambar lengan baju berkaf tu adalah gambar sebelum kita kerjakan. 

Cantik lengan bajunya siap berkaf. Nampak tu bermanik bagai senah eh. Biasa la hati manusia tak sama senah eh. Puan baju tak suka lengan berkaf . Rimas katanya.

Maka Cik melor diminta me'magic'kan lengan baju berkaf bermanik dia tu jadi seperti kehendak dia. Don wori mem ai duit 4 u hahaha.

alteration lengan

Selepas di'magic'kan, lengan baju berkaf tadi terus  jadi lengan biasa seperti kehendak customer kita. Senah nak tahu camana  kita  'magic'kan lengan kaf tu tak?.

Gini senah eh, memula tetas lengan berkaf, tetas belahan lengan berkaf tu, cabut semua manik. Pastu gosok bagi ilang kedut. Pastu jahit belahan berkaf, kelim sekali senah eh. Lepas tu ukur la panjang tangan tu tengok panjang tangan cukup ke tidak. 

Ukur punya ukur sekali lengan asal pendek senah eh. Jadi kita ambil kaf yang dah buang tadi kita tetas, gosok, jahit sambung dan ukur cantik-cantik. Lepas tu jahit sebagai kelepek lengan biasa tu. Pandai-pandai la sorok supaya jahitan sambungan tu tak nampak. Lepas tu sembat la lengan baju biasa tu kemas-kemas . Dah siap, gosok lah supaya kemas, cantik terletak.

Macam tu la buat kerja alteration. Kalau boleh buatlah sedekat mungkin macam yang asal, supaya kustomer puas hati. Senang-senang 10, 20 hinggit masuk poket senah eh.

Jom senah sama-sama kita buat alteration bantu ekonomi keluarga. Bye.


05 May 2018

Alteration : 'Extend" Lengan Blouse

Senah tahu, bukan masjid je boleh 'extend'. Lengan blouse pun boleh 'extend' juga tau. Apa !!!! tak percayaaa... Alooo sila scroll bawah tengok. Kan..kan... betulkan lengan blouse boleh di'extend'. 

Hasil  Cik Melor meng'extend' lengan blouse kustomer. Ada 2,3 helai kita 'extend'kan lengan blouse tapi 2 je gambar yang terselamat dari kerosakkan talipon. 2 pun 2 la senah eh, janji ada buktikan senahhh..

alteration lengan

alteration blouse

alteration lengan

Senah percaya dak kita buat alteration meng'extend'kan lengan blouse. Jom kita buat alteration. OKB poket kita Senah eyyyy. Bye.



04 May 2018

Alteration : Tukar Zip Sorok

Kali ni kita diminta tukarkan zip sorok yang rosak dengan zip sorok yang baru. Kerja menukar zip ni senang je tapi sedikit susah bila nak tukar zip sorok. Lagi pula baju beli jenuh nak menetasnya. Jahitan mesinnya rapat-rapat lepas tu kuat sangat. Risiko kain terkoyak tu biasa lah.

Kata orang, alah bisa tegal biasa. Selalu buat senang lah jadi kerjanya. Apa-apa pun buat sesuatu dengan sepenuh hati kerja susah pun jadi senang kab senah.

alteration zip

alteration zip

alteration zip
hasil kerja alteration 

Seperti yang selalu kita lafaskan. Sikit-sikit  lama-lama jadi bukit. Walaupun sedikit kita tetap terima dan melaksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin. Alhamdullilah.

Cuti-cuti ni Senah bawa anak kemana? Bye.


02 May 2018

Alteration : Kecilkan Bahu Dan Badan Blouse

Sebelum ni bila kita di minta kecilkan bahu selalu lubang lengan tu jadi berkedut selepas siap kita buat alteration. Tak cantik senah eh. Sekarang kita dah tahu tips macamana nak alter bahu dan lubang lengan dengan hasil yang cantik.

Kita dah praktikkan cara ni banyak kali dan hasilnya memang 'wow' hihiihihih.. Kalau kustomer kita minta buat alteration bahagian bahu lenggan kita akan buat cara ni je senah eh.

alteration blouse

Selain kecilkan bahu, kita juga diminta kecilkan badan dan lubang tangan. Nak kecilkan badan dan lubang lengannya senang saja sebab tukang jahit baju ni guna cara yang paling senang masa jahit. Jadi kerja mengecilkan badan dan lubang kengan ni jadi senang. Senah fening ekk!!! hahahha. Tak payah fening-fening Cik Melor kan ada wasap saja ya. 

Senah mengundi dimana kali ni? Bye..


25 April 2018

Alteration : Tukar Getah Pinggang Seluar

alteration seluar

Sementara tunggu cukup masa nak hantar sibujang pergi ke kelas robotik, Cik Melor ambil peluang mengadap laptop kesayangan. Nak kongsi cerita pekerjaan hakiki. Kerja tetas menetas, jahit menjahit kita la senah eh. Tak cerita nanti ada yang bertanya. Cik Melor dah tak menjahit ke?

Wahai kustomer ku yang budiman dan disayangi, Cik Melor masih lagi menjahit, cuma aktivitinyer dikurangkan saja. Takdan senah eh. Aktiviti anak banyak sangat. Kalau teringin nak hantar kain sila-sila la ya.

Hmmmm.. rezeki kali ni kita di minta buatkan alteration tukar getah pinggang seluar. Alhamdullilah senah eh, sikit-sikit pun rezekikannn..

Senah pun kalau pandai menjahit dan tak ada benda nak dibuat tu, boleh la sama-sama buat alteration di rumah. Sikit-sikit lama-lama kembung poket kita senah eyyy ..hahahah.  Bye.


26 July 2017

Alteration : Pendekkan Dress 2

alteration dress

Lagi koleksi dress/jubah yang cik melor pendekkan atau orang kata buat alteration. Kali ni bukan saja pendekkan dress kita kecikkan sekali dress tu. Sikit-sikit pun rezeki juga kan. Macam biasa la cik melor mesti nak tayang-tayang. Apaaaa.. cik melor ni, buat alteration pun  nak tayang-tayang ke..

Kalau tak tayang, nanti orang tak tahu apa kerja kita.  Jadi kita tayang la bagi orang tahu kita buat kerja-kerja alteration. So sesapa yang tinggal sekitar keramat permai, setiawangsa boleh la guna khidmat kita untuk buat alterationnya.

Harga ikut pada alteration yang di buat. Tak mahal tak murah, sedang-sedang aje. Yang penting harga mampu buat alteration ahak. Bye.


16 July 2017

Alteration : Pendekkan Dress 1

dress alteration

Siang tadi cik melor 2,3 round gi open house. Ter'over' kenyang sampai tak larat nak bangun huhuhuuh. Sesambil melayan punggung yang memberat, kita duduk depan laptop pastu tertaip le cerita aktiviti 'alteration' kita supaya senah ada benda nak baca. Kesian my follower terutama silent follower yang tiap-tiap hari tak miss masuk baca blog cik melor ni. Thank you to Uuuu.

'My Customer' ada hantar beberapa dress/jubah untuk dialterationkan/dipendekkan. Mereka hanya bagi bag berisi dress tapi puan dress tidak hadir sekali. Oh ini akan menyebabkan kesukaran sikit untuk kita nak dapatkan hasil kerja alteration yang baik

Ini tip dan rahsia kita untuk dapatkan kaki dress yang cantik lepas buat alteration. Kita akan suruh customer pakai dress, lepas tu tunjukkan ngan kita. lepas tu kita pinkan sekeliling kaki dress tu dengan customer masih memakai dress. Kenapa??? senah tak percaya ke.

Itu la rahsia, tip dan cara kita bila buat alteration untuk dress. Nak potong gitu saja pun bolehhhhhh senah eh. cuma keberangkalian hasilnya tu nanti kadang ok, kadang senget, kadang kita sendiri pun tak tahu hahahaha.

Cara ku cara mu mungkin tak sama. Dah tentu-tentu hasilnya juga tak sama. Yang pasti pangilannya tetap sama 'SI TUKANG JAHIT. Bye.


 

12 July 2017

Alteration : Tukar Getah Tangan

alteration dress

Walaupun sekadar suka-suka tapi cik melor tak menafikan hasil dari aktiviti ini dapat mengemukkan poket sendiri dan rasanya lebih manis dan lemak berkrim hahhah. Alhamdullilah terima kasih ya Allah.

Rezeki kali ni kita di minta meng'alteration'kan pergelangan tangan dress. Bila lelama pakai getah-getah yang ada kat baju tu akan jadi 'loose' longgar. Bila berlaku macam tu dah tentu la orang macam kita yang pertama di ingatan. Betul tak senah

Cantikkan hasil selepas kita meng'alteration'kan pergelangan tangan tu. Macam baru. Senah pun kalau ada masalah nak tukar getah tangan macam ni boleh tpon kita. Kalau rajin boleh juga buat alteration tukar getah tangan sendiri. Klik sini Cara Mudah Pasang Getah Seluar. 

Andainya senah memang jenis  yang tak reti langsung serta elegik dengan jarum dan benang jangan bimbang, cik melor kan ada.  Cik melor boleh buatkan alteration untuk senah. Whatsapp  aje ke 017 6430301 nanti boleh buat kira haha. Bye.
 


27 May 2017

Alteration : Ganti Span Bahu Kebaya

alteration span bahu

Orang sibuk duk cerita pasal jahit baju raya. Kita pula tak habis-habis taip cita alteration. Nak buat macamana, rezeki alteration je kali ni senah eh. Reda je laaaa.

Kali ni ganti span bahu 2 helai kebaya customer kita senah eh. Dah kata buka tingkap.tentu la ada yang menghulur. Orang hulur kita sambut, rezeki jangan di tolak musuh jangan dicari kan senahhh

'Alaaaa penat le buat kerja-kerja cerewet macam ni. Tak kuasa ai.' Don't worry, cik melor kan ada. Kita boleh buatkan alteration untuk senah. Senah cuma call dan hantar ke rumah atau jumpa dimana-mana sekitar setiawangsa dan keramat permai. Senangkan.

Apa tak tahu cara nak ganti span bahu. Hari tu kan kita ada cerita camana cara nak ganti span bahu. Senah tengok tak tutorial pasang span bahu yang kita buat. Tak jumpa cariiiii!!!!. Ala la la, kesiannya. Takpa senah klik sini -tutorial pasang span bahu dan  tutorial balut span bahu .

Tak lupa untuk semua pembaca blog Dunia Cmelor tak kira lah pembaca diam-diam ke pembaca bising-bising ke kita ucapkan selamat berpuasa. Terima kasih yang teramat-amat kerana sudi membaca tulisan kita. Tanpa kamu dunia maya tak tahu pun cik melor wujud. Bye

13 May 2017

Alteration : Ganti Span Bahu Blouse

alteration blouse

Tengok senah tag pun belum potong. Blouse baru beli weh. Customer kita sorang ni  memang bergaya orangnya. Maklum la mak datin mana boleh selekeh mesti nak bergaya selalu.

Elok juga dia bergaya ada la untung untuk cik melor kan. Tiap kali beli baju baru mak datin ni mesti cari kita. Cari buat aaaapa senah tanya. Cari nak minta kita alterationkan baju-baju baru dia hiihiihhi..... Terima kasih la mak datin comel bergaya.

Kali ni mak datin minta kita ganti span bahu 3 helai blouse barunya. Mak datin tak suka span bahu nipis. Mak datin suka kalau span bahu tu tebal. Masing-masing punya citarasa. Ikut je la janji hasil kerja kita dapat bayaran kan kan kan senahhhhh hahahh...

Senah nak tahu apa yang kita buat dengan baju mak datin tu. Ok ai will tel u how ai duit eh..eh..kita spiking lundon la hahahhaa...

Mula-mula kita tetas buang span bahu yang sedia ada tu. Lepas tu kita ambil span bahu yang baru ikut ketebalan yang mak datin minta. Lepas tu, lepas tu, lepas tu kita balut la senah weh hihiihi..

Sebelum balut kena cari kain yang sewarna dengan blouse mak datin. Kelebek sana kelebek sini takda pula kain yang sama. Takda !!!! takpa kita ambil kain yang warnanya seakan-akan, paling hampir sama dengan warna blouse mak datin tu.

Pastu balut la span bahu tu cantik-cantik, kemas-kemas sehampir dengan kedai punya senah ya.  Balut sudah, terus la jahit span bahu tu ke bahu blouse mak datin. Kita guna jahitan mesin je senah eh Lebih kukuh, susah nak tanggal walau cuci baju pakai mesin basuh.

Nasib baik stok span bahu masih ada,  kalau tak kita kena ke kedai cari span bahu baru untuk 3 helai blouse tu. Ini pun kita panggil  kerja-kerja alteration. Senangkan kerjanya. Senang-senang pun cerewetnya yaaaa ampuuuuun kata bibik sebelah hahahha..

Kita ada buat tutorial pasang span bahu baju. Kalau nak tengok senah cari di sidebar kanan -  my story - tip & tutorial jahitan ok.

Alhamdullilah rezeki. Sikit-sikit lama-lama tebal poket kita dak gitu senah. Bye

12 May 2017

Alteration : Kecilkan Gaun Pengantin

alteration dresss

Haaaaa tu diaaaaa.... butik pengantin pun mari duk suruh cik melor  buat alteration kecilkan gaun pengantin diaorang.  Betul la tu cik melor memang buat kerja alteration kecilkan baju. Cuma kita takde kedai je senah eh. Keadaan tak mengizinkan kita bekerja di luar. 'DIA' kata belum masa untuk kita bekedai. Kita cuma boleh bekerja dari rumah je. Sob, sob, sob sedih weyyy...

Cantikkan gaun pengantin ni. Terbesar masa potong dan jahit. Maka giliran kita la pula untuk mengecilkan gaun pengantin tersebut supaya fit cantik bila di pakai. Alhamdullilah rezeki kita senah eh. Sikit-sikit pun kita tetap gembira . Lebih manis rasanya belanja guna duit hasil dari kudrat sendiri.

Kita diminta kecilkan body gaun.pengantin yang terbesar 4 inci.. Ambik awak senah eh. 4 inci tuuuu... Gaun pengantin tu pula jenis potong dan cantum pinggang. Camana nak cite bagi senah faham. Huh senah tengok sendiri lah gambar gaun pengantin tu. Senah nampak tak?.

Bila potongan macam tu, susah sikit la nak buat alteration. Banyak bahagian yang terlibat. Takkan nak buka semua. Nak mati dengan lace, lining, net, manik bagai. No.. no.. no pengsan pun kita tak mahu lagikan mati huhuuhu.

Setelah di fikir dan di renung dalam-dalam, kita ambil keputusan buat dart di belakang gaun pengantin. Nak buat dart pun kena kira pakai formula . Baru lah nanti gaun pengantin cantik terletak tak mengelembung atas belakang masa pakai.

Kisah kecilkan gaun pengantin ni sebenarnya dah sebulan lebih berlalu. Baru ada kerajinan nak berkongsi gara-gara akiviti alteration/potong kaki seluar semalam. Angin rajin tengah duk ada sekarang senah eeeeeh. Bye.

.

11 May 2017

Alteration : Potong Kaki Seluar

alteration seluar

Pepagi lagi hujan dah turun. Eeee sejuknya nak mandi senah weh.. Cuti-cuti ni mandi lambat sikit pun takpa la kut. Syyyy!!!! senah jangan bagitahu orang cik melor tak mandi pagi hihihi..

Cuti sehari kita sempat buat aktiviti alteration /potong kaki seluar customer. Adalah 3 helai senah eh. Alhamdullilah, walaupun sikit ia tetap rezeki..

Sejak sibuk menyupir anak sekolah, kita cuma dapat buat aktiviti kecik-kecik je. Contoh macam alteration potong kaki seluar ni la. Tak berani la senah eh nak ambil tempahan baju. Takut tak sempat siap. Tapi kalau customer kata ' take your time' kita berani la terima huhuhu.

Raya tahun ni kita hanya jahit untuk family sendiri saja. Untuk customer kita tutup kedai. Buka tingkap sikit je bagi sesapa yang nak huluq minta kita buat alteration hahaa.

Senah nak tahu, buat alteration saja pun boleh mendatangkan duit. Tak mahir menjahit pun takpa janji senah ada asas menjahit dah boleh buat kerja-kerja alteration. Kalau ada kesungguhan dan minat lagi la bagus, kedai pun senah boleh buka.  "SENAH ALTERATION -  pakar baik pulih pakaian" hebat tak senah hahaah...Bye


29 March 2016

Alteration : Langsir Pun Main Alter Juga Kah????

Uuiiii jangan tak tahu senah eh. Ramai yang suka buat alteration. langsir pun diorang suka alter juga tau. Sepanjang cik melor buat kerja baiki membaiki ni alteration la tu dah banyak langsir kite kerjakan. Ini ada 2 contoh kerja alteration langsir yang kite nak tunjuk dan tayang ngan senah.

alteration langsir

Ini langsir sorang dari customer kite senah eh. Langsir ni asalnya di jahit gaya lisu tiga serangkai. Kalau ikut orang putih diorang kata triple fleats . Kalau ikut mak aaaarab...... entah lah cik melor pun tak tahu hihiihihhi....

Biasa la bila hiasan tingkap dah di upgrade. Langsir lama tak bolih pakai lagi. Nak guna tak boleh nak di buang membazir .  Aaahhhhh...... masa ni lah idea pun datang. Dan orang macam kite la yang di cari kan senahhh......

Customer kite ni minta langsir gaya lisu tiga serangkai di ubah jadi eyelet style. Nak buat  bukan la susah sangat senah eh, cuma cerewetnya tu  lebih sikit.

Cerewet masa nak potong lubang bulat-bulat. Nak ukur jarak kedudukan eyelet tu. Tak sama jarak, nanti tak cantik pula alunan langsir tu bila gantung. Paling cerewet bila kite kena pergi kedai cari eyelet, pita, ikut bajet yang di minta hahahhahaah....

alteration langsir

Bukan customer kite je suka buat alteration. Kite sendiri pun buat alteration juga hahhahahha.... 

Hampir 9 tahun langir ni duk simpan dalam stor. Masa tu nak masuk rumah baru takde langsir. Sebab nak guna cepat dan tak mahu membazir serta nak jimat duit kite beli langsir bundel je senah eh. 

Walaupun hanya langsir bundle tapi kualiti dia elok senah eh. Kainnya tak keras, takde berbulu, yang penting tidak memberi efek panas bila di gantung.

Dari gaya lisu bertentang yang pakai cangkuk mata 1 tu kite tetas lepas tu kite jahit pita buat gaya lisu tiga serangkai. Ikut pandangan kite lah kan, material macam nih sesuai guna di bilik tidur. Kenapa kite kata gitu, sebabnya efek sejuk dia tu buat kite selesa guling-guling atas katil lelama hahahahahha.....

Sebenarnya dah banyak kite buat alteration langsir untuk orang tapi selalu kite lupa nak snap gambar tayang ngan senah hhuuhhuhu..... Kali ni otak kite berhubung dengan pantas terus capai kamera snap sekali siap tayang langsir hasil kerja alteration kita   hahahhaahh..... Bye.


29 September 2015

Alteration Aidil Adha - Alhamdullilahhhhhh

Hai senahhhh, duk wat apa tuuuuu..... kite cam biasa la  dengan tugas-tugas surirumah yang tak pernah habisss huhu. Kite ni kan rasa banyak benda nak di kongsi ngan senah tapi tulah masuk je bab nak mengarang gelappppp je kepala otak nih. Agaknya virus apa yang telah menyerang!!!!. If u no, tel mi okeh ahak.

Senah, senah hari ni kan kite, iiiyaaaa kiteeee cik melor la siapa lagi. Nak cite pasal 'alteration' yang selama ni  duk buat tu. Emmmmmm takkan senah tak tahu lagi. Klu tak menayang bukan la cik melor namanya. So tudir ai nak tayang la nih hahhahahhaha....... Sila tengok gambar di bawah ya.

alteration

Ahaaaa.... nampak gambar di atas tu?. Itu la rezeki kite lepas raya hari tu. Rezeki betulkan seluar awak senah eh. Alhamdullilaaaaah......kan senah. Adaaaa juga hasil dari sendiri. Bukan apa senah eh. Duit dari jemari sendiri ni lebih manis rasanya dari duit yang laki bagi hahhahha. Sapa setuju sila la angkat kaki. Eeeee...... masam bau dieeeee...... kih..kih..kih.

Cuma satu la senah eh. Buat 'alteration' nih bab yang paling sukar ialah kerje menetas dia tuh. Tahu- tahu aje la jahitan kedai ya Allahhhhhh rapat halus tenggelam. Kalau la sabar tu  tak kuuuuat tak terbuat dik kite senah eh. Minat mengatasi segalanya. Susah camana pun kite tetap cuba buat. Sekarang kite dah pakai pembantu bab tetas menetas ni dia yang buat haha senang sikit kerje kite.

Senah nak tahu dengan buat kerja 'Alteration' ni pun kite boleh hidup. Maksud kite boleh di jadikan sebagai sumber pendapataaaan. Betulll seeenah....kite tak tipu. Tak caya gi la tanya orang yang duk buat kerja tu. Jangan tanya cik melor. Tanya orang lain deh hahahahhaa......

Modal pun tak banyak guna. Cuma perlukan sebijik mesin jahit, benang, jarum dan yang penting kemahiran. Nasihat kite la pada mereka yang tengah duk fikir kerja apa nak di buat, nak bagi anak bini makan, nak tambah pendapatan yang sentiasa tak cukup tu. Cuba la try buat benda nih.

Senah pun boleh juga cuba. Duduk saja-saja pun penat juga. Meh la buat 'alteration' sama-sama. Kembung juga poket kite senah eh hahhahahahah..... Bye.


27 September 2014

Alteration : Hasil Kerja 2014 - part 2

Tu dia Senah eh. Hasil kerja alteration part 2 Cik Melor untuk tahun 2014. Bukan nak menunjuk cuma nak tayang hasil kerja sendiri. Sebagai pembakar semangat kita sesambil membakar hangus semangat Senah-Senah yang melihat, membaca blog Dunia CMelor. Moga menjadi inspirasi pada Senah untuk buat sesuatu dari duduk sesajakan. Dapat juga duit. Boleh buat tampung mana yang bocor kan..kan..Senahhhh.

alteration
Bukan orang pompuan saja yang suka buat alteration baju Senah eh. Lelaki pun sama, dari tangan panjang  nak jadikan tangan pendek. Nak kecik, nak besar. Yang paling popular pendekkan tangan dan pendekkan kaki baju Senah weh.

alteration
Yang ni tak payah la kita terangkan, Senah nampakkan semua baju pompuan. Mestilah orang pompuan yang punya emmm...

alteration
Kebiasaan alteration untuk seluar panjang ialah potong kaki, tukar zip, kecikkan paha, kecikkan kaki seluar. 
alteration
Yang ni pula si mak yang sangat mementingkan keselesaan sianak kesayangan. Habis semua seluar panjang anaknya minta dikontotkan. Kita kan buat bisness alteration, apasaja yang customer minta kita cuba sedaya upaya buatkan supaya customer gembira. Kita pun gembira masukkkkk hihi..
 
alteration
Gambar kat atas ni pun sama. Minta la kita buat apasaja alteration. Kita akan cuba sedaya munkin  merealisasikan kehendak Senah semua. Yang penting rajin-rajin wasap, minta kita buatkan alteration ya Senah. Bye.


26 September 2014

Alteration : Hasil Kerja 2014 - part 1

Haiiiii....  rasa-rasa cik melor kan, dah lama kite tak tayang hasil kerja alteration yang di buat. Hari ni rasa macam ada angin sikit nak menayang. Senah nak tau ini kerje alteration yang kite buat untuk tahun 2014 tau. Biasa lah kite kumpul bebanyak dulu, lepas tu kite collagekan. Pastu kite tayang laaaa..... hahahhah.... bukan cik melor namanya kalau tak menayangkan senah ahakz

Kalak di tayang ada yang menanya. Dah tayang, jangan ada yang mengata pula. Kalau tak tayang nanti orang ingat kite dah pencen buat kerja ni. Kite kan cari makan cara ni, jadi kena la tayang. Hey!!!! berapa banyak tayang daaaaa..... kih...kih...kih.....

Tunggu apa lagi mari la, tengok separuh dari hasil kerje alteration kite untuk tahun 2014 ni senah iyaaaa...

alteration jubah

alteration jubah

alteration skirt

Kadang-kadang kite rasa lebih suka buat alteration dari menjahit. Tak perlu fikir banyak. Senang je kerje dia. Tapi kalau dapat yang susah mau juga kepala kite berdenyut hiihhiihhi.....

Ada sesapa yang nak buat alteration? boleh le hantar ke rumah kite. Email, sms, wasap nanti kite bagi alamat. Amboi sempat lagi cik melor beriklan kan senah hahhaahah......

Rajin-rajin nanti, kite post lagi collage alteration yang lain pula. Senah tunggu tau. Bye.