Showing posts with label info permakanan. Show all posts
Showing posts with label info permakanan. Show all posts

23 December 2010

Pisang Kawal Nafsu Makan

gambar google

Salam semua... pisang mempunyai kandungan vitamin B6 yang tinggi dan berfungsi membantu dalam penghasilan serotonin dalam otak. Serotonin pula berfungsi dalam mengawal nafsu makan, mengurangkan tekanan dan rasa sakit. Kandungan karbohidrat yang tinggi, vitamin c, potassium dan sedikit karotena membezakan pisang dengan buah-buahan lain. Dari segi perubatan tradisional pisang membantu sistem penghadaman dan menyembuhkan bisul perut. Nampak gaya kena amalkan makan pisang selalu le walaupun melor tak berapa suka makan pisang. Dalam usaha daku meng'control' badan dari melampau-lampau kembangnya.

*sumber harmoni

20 December 2010

Kangkung Sebagai Anti Racun

gambar google

Salam semua.....menurut pakar kesihatan dari Filipina Herminia de Guzman, kangkung dianggap sebagai penghilang racun dari tubuh. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B1, C, protein, kalsium, fosfor, zat besi, karoten, sitosterol dan hentriakontan. Lepas ni kena la makan kangkung banyak-banyak. Lagipun harga seikat kangkung tak la mahal dan senang untuk didapati. Kalau rajin dan ada masa, ada ruang boleh la tanam sendiri kangkung ni. Lagi pun nak tanam kangkung bukannya susahkan. Lepas ni melor nak tanam kangkung banyak-banyak kat belakang rumah. Boleh la dapat bekalan segar setiap hari.

19 December 2010

Apa Harus Ku Buat

Salam semua .... kali ni melor memang susah hati. Susah hati betul-betul tak main-main ni tau. Nak dijadikan cerita masa duduk mengemas siang tadi, ternampak la penimbang bawah lemari. Bila dah ternampak terus la jadi ternaik atas penimbang yang dah berhabuk tahap maksima tu. Nak menunjukkan bahawasanya dah lama daku tak menimbang berat badan. Bila di landing aje kaki kat atas penimbang tu maka terdengar lah jeritan ayo..yo.. yoooo ku tak percaya, tak percaya. Tak sanggup dan ngeri daku untuk melihatnya. Dengan tiba-tiba hati ku menjadi kecut. Kecut- sekecutnya la kata orang. Mungkin kah daku akan menjadi seperti gambar dibawa ini.

gambar google

Tak mahu dan tak sangup jadi begini. Ada sapa-sapa yang boleh bagi idea supaya boleh slim tanpa perlu berdiet gila-gila, suntikan. bersenam, pil kurus, slimming program dan yang seangkatan dengannya.

16 December 2010

Makanan Anti Lelah

gambar google

Salam semua....'tahukah anda bahawa makanan yang kaya nitrat seperti bayam dan strawberi dapat membuatkan anda tidak mudah berasa lelah atau penat semasa bersukan. Menurut laporan dari Act Physiologica, nitrat menghasilkan 'nitric oxide' yang berperanan meningkatkan aliran darah dan oksigen ke dalam otot. Dengan itu anda tidak akan cepat berasa lelah.'

Bagus ni, sebagai pengurus tanpa pembantu melor memang memerlukan tenaga yang berlebihan. Maklumlah peon, driver, bibit, tukang kebun, tukang pergi pasar semua melor sapu jawatan nya hehehe. Jadi kena la makan buah strawberi gan bayam banyak-banyak supaya melor bertenaga aje setiap harikan. Yang pasti daku amat-amat mengemari buah strawberi yummmmyyyyy.

*sumber rapi

07 December 2010

Tempe Mampu Lawan Radikal Bebas

sumber google

Salam semua.... tahukah bahawa tempe berpotensi melawan radikal bebas sehingga dapat melawan proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes, kanser dll). Juga mengandungi zat anti bakteria penyebab cirit-birit, penurun kolesterol darah, pencegah penyakit jantung, hipertensi dll. Dengan adanya enzim percernaan yang dihasilkan oleh tempe, maka protein, lemak dan karbohidrat pada tempe menjadi mudah dicerna di dalam tubuh. Ia sangat sesuai bagi setiap peringkat umur.

*sumber rapi