Showing posts with label Tip Kecantikkan. Show all posts
Showing posts with label Tip Kecantikkan. Show all posts

18 November 2016

Rahsia Vicks Untuk Kecantikkan

rawat tumit merekah

Pissttt....pistt...pissttt..... senah ooo senah, sini senah eh.  Cik Melor ada rahsia ni nak di kongsi. Kongsi rahsia macamana hilangkan rekahan tumit kaki. Sayang kalau tak baca. Bukan semua orang suka kongsi rahsia. Cik melor je yang suka kongsi-kongsi rahsia tau hiihiih....

Nak cerita sikit la sebelum kongsi rahsia vicks untuk kecantikkan ni. Dulu tumit kaki kita buruuuuk sangat, merekah-rekah senah eh. Dah la merekah pastu kaler hitam-hitam sebab kotoran melekat. Maklum la kakiiiiiii.

Cik melor malu tau, lebih-lebih lagi bila balik rumah mak mentua kena tegur dengan ipar duai tumit kaki tak cantik merekah-rekah. Pastu tak boleh pakai kasut terbuka malu orang nampak tumit.

Sapu krim untuk tumit la, pakai losen tumit la, hampeh senah tumit kaki cik melor tetap juga merekah-rekah. Sedih kita tau.

Ada satu kali tu kita makan double stemcell untuk sakit lutut tapi sakit lututnya tak hilang, rekahan tumit pula yang hilang, kulit jadi cantik hanya dengan 2 kotak je. Mana mampu kita orang kebanyakkan  nak makan double stemcell tu. Harga dia je boleh buat belanja dapur kita sebulan huuhuhuhu.  

Bila berenti makan double stemcell,  tumit kaki kita merekah semula. kulit mula hilang seri. Terpaksa redha je senah eh. Sehingga lah satu hari tu, cik melor terbaca blog seorang mek saleh. Lupa pula nama blognya. Mek saleh tu kongsi kebaikkan vicks untuk kecantikan. Salah satu nya untuk hilangkan rekahan di tumit. Mula tu cik melor tak caya. Hati berkata tak salah mencuba bukan mahal dan tak kena beli pun benda dah ada.

Terus la kite sapu tumit kaki kite dengan vicks. Ajaib senah ehhhh.... tumit kaki kite hilang rekahanya dengan 2 kali sapu je. Sekarang kite amalkan sapu vicks di tumit kaki seminggu sekali tu pun kadang ingat kite sapu, Lupa kalu vicks tak kena tumit kita.

Oh lupa, satu yang buat kita sangat-sangat gembira masalah kematu tapak kaki kita yang amat menyakitkan pun dah hilang sejak kita amalkan  vikcs untuk jaga kecantikkan kaki..

p/s tip kecantikkan tanpa risiko kesihatan dan tanpa belanja besar untuk orang kebanyakkan. Sinilah tempatnya. Bye.



24 February 2011

Rahsia Kekalkan Keayuan

tip kecantikan
1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata.- Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit. - Kebersihan sentiasa di jaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu di makan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka.Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut. - Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berjalan. -  Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9. Menjaga senyum. - Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa.

10. Menjaga mata.- Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan. - Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap,- taat beragama, jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Indahnya hidup andai ku miliki semua sifat diatas emmm...... Bye.

23 February 2011

10 Tip Kecantikkan Yang Boleh Diikuti Semua


1. Minum banyak air. Minum....minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral. Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

2. Bersenam baik untuk kesihatan.. elok untuk rohani. Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika orang memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yang cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan untuk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas. Jangan biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah. Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan2. Jangan memonyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Okay?? Mudah bukan.... kecantikkan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari. Lepas ni nak amalkan semoga diri ku menjadi cantik sentiasa. Kena tanam satu keyakinan dalam diri, untung - untung boleh jadi secantik Erra Fazira

"Cik Melor Memang Cantik"
hahahaaaaaa.......

13 February 2011

Tip Tangani Perubahan Wajah Usia 30-an

gambar google

Salam semua....pejam celik pejam celik, tak sangka usia kini sudah menginjak ke usia 30-an. Jika jarang mengambil kisah bab-bab menjaga kecantikan sebaiknya buang tabiat tersebut. Ini kerana apabila wanita memasuki fasa umur 30-an perubahan kulit tidak dapat dielakkan. Kulit yang anjal dan tegang kini mula mengendur, masalah bintik hitam, kedutan mula kelihatan. Itu tandanya proses penuaan sedang berlaku. Kita tidak boleh menghentikan proses penuaan ini tapi usah gusar kita masih boleh melambatkan proses penuaan ini dengan beberapa langkah seperti:

1. Bersihkan wajah -
- kena rajin mencuci wajah setelah kita melakukan aktiviti luar. Bersihkan wajah setiap pagi dengan pelembab yang mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) untuk mendorong eksfoliasi. Untuk malam cuci wajah dengan pembersih jenis berkrim.

2. Amalkan pelembab
- pelembab dapat menghalang kadar kekeringan pada lapisan epidermis kulit wajah. Dengan memakai pelembab diharap dapat mengurangkan kedutan. Pilih la pelembab yang sesuai dan mengandungi SPF 15/20 dengan pelindung UVA/UVB serta mengandungi antioksidan, pomegranate dan vitamin C yang mampu lindungi kulit dari radikal bebas.

3. Elak Bertukar Produk Kecantikan
- ia boleh mempercepatkan proses penuaan selain merosakkan kulit wajah sekiranya ia tidak sesuai dengan kulit. Ingat diketika ini kulit wajah menjadi lebih sensitif.

4. Biarkan Wajah Berehat
- sesekali biarkan kulit wajah kita tanpa solekan.

5. Jaga Apa Yang Kita Makan
- amalkan permakanan sihat contoh pilih la ikan, telur yang banyak mengandungi protein. Pilih sayuran yang berwarna jingga kerana ia banyak mengandungi beta karotin ia sangat baik untuk kulit. Amalkan mengambil vitamin, suplemen dan buah-buahan segar. Kurangkan pengambilan garam. Minum banyak air putih supaya mudah kita membuang toksin dalam tubuh. Hentikan merokok dan alkohol kerana ia memberi kesan pada kulit.

Kalau ada sesiapa yang rasa garis-garis kat muka dah mula kelihatan. Boleh la cuba cara-cara kat atas tu. Kita berusaha tak salahkan. Marilah sama-sama kita jaga wajah supaya lambat berkedut.


09 December 2010

Tip Segar Sepanjang Hari

Sumber google

Salam semua..... jom kongsi 10 cara nak sihat cara semulajadi. Tak salahkan kalau kita mencuba.

* mulakan hari dengan berfikiran positive
* lakukan senaman ringan
* atur kegiatan seharian dengan sebaik-baiknya
* sentiasa menjaga kesegaran tubuh badan
* istirehat itu penting
* gembiralah dalam setiap keadaan
* selesaikan tugasan di pejabat
* cukup tidur
* selalu senyum
* banyakkan bersyukur