Salam semua..... hai dah lama melor buat-buat lupa kat hobi yang satu ni. Hobi apa? dah tentu la hobi berkebun. Kata orang putih gardening gitu. Semenjak sibuk kebelakangan ni, melor tak sempat nak membelai pokok-pokok tu. Kesian kat depa tu semua. Melor perhatikan pokok-pokok tu dah tak subur dan tak berseri lagi. Pertumbuhannya pun tak menentu (out of shape. Betul ke ku tulis tu aghhhh...... hentam saja la labu) masing-masing berebut-rebut untuk menonjol. Sudahnya tanam ciput melor jadi merimbun dan kelihatan seperti semak samun. Uhhhh sungguh daku tak suka.
Pagi tadi, sambil-sambil tunggu pakwe balik dari pasar melor sempat la trim sikit pokok-pokok kat laman tu dan tak lupa potong rumput carpet yang mula meninggi sungguh tak cantik.. Melor ni suka kalau tengok laman rumah tu menghijau di selang seli dengan pokok berbunga sikit biar ada warna tak la kaku sangat.
Rumput carpet laman depan belah kiri. Bila lama tak di potong macam ni la jadinya. Tak cantik kan. Ambil masa untuk cantik semula . Sebaik-baiknya di potong seminggu sekali baru la cantik terbentuk rumput tu. klik sini
biasa la pokok bila lepas kena trim nampak togel semacam. Seminggu lagi cantik dan merimbun semula la tu.
lupa nama pokok ni. Kena selalu trim baru cantik terbentuk. Melor guna pemangkas mata panjang untuk trim pokok ni.
Bagi melor la , bila berkebun pokok-pokok mesti la disenggarakan supaya tak semak dan tak sakit mata memandang. Pada pemerhatian ku mereka yang suka berkebun semestinya seorang yang rajin dan penyabar. Sebab apa melor kata gitu. Sebabnya bila berkebun kita kena banyak buat kerja supaya tanaman kita tu cantik. Contohnya membaja, mencantas, menyiram, menyusun atur pokok, buang rumpai merawat pokok sakit, ganti pokok yang mati dan lain-lain lagi la. Hai macam nak jaga anak la pula rasanya. Kalau sifat sabar dan rajin kurang dalam diri, dapat ke kita buat kerja tu semua.

Salam semua..... semalam melor ada buatkan 'headband' dari kain cotton t'shirt. Hajat hati tu nak buat untuk hiasan kepala makcik google yang kurang rambut supaya nampak feminin sikit. Melor ada buatkan clip rambut tapi sayang makcik google tak boleh pakai. jadi melor buatkan headband tu untuk dia pakai. Alang-alang buat, melor lebihkan untuk kedai sekali. Kalau rasa berkenan boleh la ke cmelor's shop ya. Buat masa ni, hanya benda macam ni aje yang melor boleh buat, sebab tak ambil masa lama. Lepas ni makcik google boleh melaram sakan la.
perempuan melayu terakhir?????

**berminat dan ingin tahu lebih lanjut sila ke CMelor's Shop**