Saturday, April 30, 2011

Dah Lama Tak Buat

Salam semua..... hai dah lama melor buat-buat lupa kat hobi yang satu ni. Hobi apa? dah tentu la hobi berkebun. Kata orang putih gardening gitu. Semenjak sibuk kebelakangan ni, melor tak sempat nak membelai pokok-pokok tu. Kesian kat depa tu semua. Melor perhatikan pokok-pokok tu dah tak subur dan tak berseri lagi. Pertumbuhannya pun tak menentu (out of shape. Betul ke ku tulis tu aghhhh...... hentam saja la labu) masing-masing berebut-rebut untuk menonjol. Sudahnya tanam ciput melor jadi merimbun dan kelihatan seperti semak samun. Uhhhh sungguh daku tak suka.

Pagi tadi, sambil-sambil tunggu pakwe balik dari pasar melor sempat la trim sikit pokok-pokok kat laman tu dan tak lupa potong rumput carpet yang mula meninggi sungguh tak cantik.. Melor ni suka kalau tengok laman rumah tu menghijau di selang seli dengan pokok berbunga sikit biar ada warna tak la kaku sangat.

Rumput carpet laman depan belah kiri. Bila lama tak di potong macam ni la jadinya. Tak cantik kan. Ambil masa untuk cantik semula . Sebaik-baiknya di potong seminggu sekali baru la cantik terbentuk rumput tu. klik sini

alat bantuan untuk melor potong dan pangkas pokok. Sangat bagus sesuai untuk kegunaan kaum hawa. Tak rugi labur duit beli benda ni.

biasa la pokok bila lepas kena trim nampak togel semacam. Seminggu lagi cantik dan merimbun semula la tu.

lupa nama pokok ni. Kena selalu trim baru cantik terbentuk. Melor guna pemangkas mata panjang untuk trim pokok ni.

Bagi melor la , bila berkebun pokok-pokok mesti la disenggarakan supaya tak semak dan tak sakit mata memandang. Pada pemerhatian ku mereka yang suka berkebun semestinya seorang yang rajin dan penyabar. Sebab apa melor kata gitu. Sebabnya bila berkebun kita kena banyak buat kerja supaya tanaman kita tu cantik. Contohnya membaja, mencantas, menyiram, menyusun atur pokok, buang rumpai merawat pokok sakit, ganti pokok yang mati dan lain-lain lagi la. Hai macam nak jaga anak la pula rasanya. Kalau sifat sabar dan rajin kurang dalam diri, dapat ke kita buat kerja tu semua.

12 comments:

eni osman said...

salam melur...ok juga la tu kalau tak belai pokok pokok mu depa semua masih hidup dan mau merimbun...kalau kak eni ni tak belai pokok maka akan jadi sebaliknya...semua habis kering,layu terkulai...he he...
Setuju org yg rajin berkebun ni memang seorang yg sabar dan rajin....pass tu ada org cakap kena selalu cakap dgn pokok baru subur...dan tuannya pun akan awet muda sbb pokok tu bok keluar banyak oksigen...he he...

anie,Nagoya said...

kene lupa nak berkebun.masa tak de.rindu pada sayur yg akan tumbuh segar....

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum

1. powered by blogger shortcut utk sign in ke blog kita.

2. cara pasang google translate leh tgk kat sini -> http://marchsya.blogspot.com/2009/05/cara-memasang-google-translate-pada.html

wassalam

Zaitun said...

Kak Zai pun suka berkebun tapi sejak tangan belum sembuh sepenuhnya kena pendamkan dulu.

Kunang-Kunang said...

Selamat berkebun melor.

Melor said...

eni osman
betul tu. bercakap dengan pokok boleh buat pokok tumbuh subur

Melor said...

anie nagoya
kat tempat melor tak boleh tanam sayur. siput babi banyak. melor cuma tanam yang pokok siput babi tak makan. seronok juga nak tanam sayur ni.

Melor said...

mr bujang
thank you ya

Melor said...

kak zaitun
kenapa gan tangan akak?

Melor said...

kak rohani
tq. akak suka ke berkebun?

Ayl Aziz said...

saya rasa macam nak start bermain dengan pokok baliklah....hmmm... bila jenguk ke luar tingkap, saya cuma nampak ada tangga aluminium kat luar rumah. Tak berseri! :(

Melor said...

ayl aziz
bagus jugak tu kurang2 boleh la ejukkan mata dan tenangkan hati ketika membara