Tuesday, April 26, 2011

Akhirnya Kau Milikku Jua

Salam semua..... melor rasa gembira sesangat hari ni. Kalau boleh nak lompat-lompat nak guling-guling atas tilam. Kerana dia yang dihajati telah menjadi milik ku jua. Tadi pagi pakwe melor dengan senang hatinya tolong bawakan melor ke tempat menjual foam dress. Tak lepaskan peluang I rembat la dua. Kalau ikut kan hati ku yang yang separuh gila ketika itu, ingin ku rembat semua saiz untuk kanak-kanak. Tapi keayuan mesti dijaga nanti di katakan sawan siput babi la pula.

Pepagi lagi melor dah ke tempat tu konon-konon nya nak mengelak jam la. Bila sampai situ kawasannya lengang aje. Tak sampai 20 minit semua urusan dah siap. Pendek cerita la kalau nak dapatkan barang-barang seperti rak dan sebagainya tak perlu la pergi banyak tempat. Kat situ semuanya ada. Nama tempat tu Pacific Artificial Model Trading Sdn. Bhd. Kalau ada sesiapa yang rasa nak milikki foam dress pergi la ke situ. Besar 185 kecil 160 aje.

11 comments:

maiyah said...

Salam..pekaba

Ayl Aziz said...

wah makin maju nampaknya puan Melor. Tahniah! Eh saya dah order pricetag dari kucinpurple... tapi blom siap. Takde khabar berita pulak. Byk tempahan agaknya.

mala said...

baju siapalah agaknya yg akan merasmikan patung tu?

Melor said...

maiyah
melor baik baik aje. lama menyepi kenapa? kete dah boleh bawak ke. boleh la jumpe

Melor said...

aly
dr duduk saja tak buat pa-pa biar la melor mengaktifkan diri. kepala pun tak pening + serabut hihihi.

Melor said...

mala
baju hang la. daku ah siap pun ambil gambar hahaha

Kunang-Kunang said...

Assalamuaaikum melor,

Seronok yer pagi2 dah pegi shopping dan dapat apa yang dihajatkan.

mala said...

cepat ah letak nak tengok :-)

Melor said...

kak rohani
angin pakwe baik pagi tu. maunya layan melor ni

Melor said...

mala
sabar weh

Yati said...

Wah... bestnya dapat ni. Yati teringin nak beli muka je, nak display headband. Nampak gaya macam kena beli kat eBay je. :)