Monday, January 28, 2013

Cerita seram - Part I


Sibuk sungguh la sehari dua nih. Rasa macam tak cukup masa 24 jam yang di beri tu. Sibuk duk nak siapkan kerja-kerja jahitan akak tu senah weh..... Senah kan tahu akak nih  seorang surigumah cum tailor cum bisnehwumen tentu la sentiasa sibuk kih... kih... kih....Nak buat camana kan senahhhhh...... hidup kena la rajin kan senahhhhhh....

Senah, akak melor ada cite ala-ala seram tau. Bak kata bujang lapok "benar-benar kejadian bukan cobaan".  Kejadian tu berlaku pagi semalam, masa tu akak melor duk buat kerja jahit menjahit. Tetiba je akak rasa tak sihat. Kepala ada pusing sikit, lepas tu mata belah kanan rasa tak selesa berpinar-pinar pandangan akak melor senah tauuuu. Sungguh tak selesa la senah weh...... Gosok-gosok, kelip-kelip pun tak mahu hilang. Jadi akak tolak tepi kerja jahit-jahit akak tu, terus akak panjat tangga naik atas, gi le ngadu dengan tuan pengarah

akak :  mata saya nih, kena gi hospital la. kena check nih.  rasa makin teruk

tuan pengarah : baring la rilex dulu jap. tapi sebelum tu pegi ambik wuduk dulu

akak : ya lah. 

lepas tu akak baring. Selesai zikir tuan pengarah ajak akak melor turun bekfas. Sambil makan sambil borak + gelak-gelak ngan tuan pengarah. Selesai bekfas akak melor dengar ada orang bagi salam. Akak pun keluar nampak bibik depan rumah tu tercegat berdiri depan pagar dengan muka cemas. Dalam hati napa pulak cik bibik nih.

akak : kenapa bik
bibik : tolong saya, rumah saya terkunci dari dalam.majikan saya takde, mereka pegi penang.
akak : oooo jap ye. akak melor masuk dalam rumah semula, ambik apa yang perlu untuk membantu berangan makgeber  la tu

kami pun sama-sama ke rumah jiran akak tu. Cuba itu cuba ini semua tak berjaya. Pandang rumah akak takde la pulak nampak bayang-bayang tuan pengarah nak datang menolong. Haihs tak nak tolong ke?

Lepas tu kan...... senah nantikan part 2 cite seram ala casper nih yaaaa. Akak gi rempit with my mesin tua lu. Jangan lupa senah ya. bye.....

6 comments:

ummuaidan said...

alaa..cepatlah sambung ..tak sabar nak tau nie...hhehe

kasihibu said...

alaaaaaa.....suspen nih
x sabar nak tahu kesudahanya

Melor said...

ummuaidan
esok baca. jgn lupaaaaa

Melor said...

kasiibu
baca esok yaaaaa

Suzie said...

adoi sambung la pula ...heheheh

Melor said...

hahahaha tungguuuuuu