Tuesday, January 22, 2013

Baju Kurung Moden Tangan Kedut Getah


Huh ...... 5 hari gupe nyer akak tak update blog. Kasihan senah yang duk klik masuk blog akak melor nih. Takde n3 baru pun tetap duk mai masuk tengok. Setia sungguh yaaa. Time kacih la yee sebab sudi duk mari singgah selalu huhuuhhu. 

1 , 2  hari ni akak sibuk sikit la senah entah apa yang di sibuk pun sendiri tak tahu sibuk menjahit, sibuk duk  jadi driver pagi petang antaq ambik anak sekolah, sibuk duk godek pokok-pokok di laman. sibuk duk jadi ibu , sibuk duk jadi isteri, pendek kataaa, selagi mata tak tutup kerja, kerja, kerja. Dah nama surigumah itu la kerje nyer hari-hari tak pernah habisssss, dak gitu senah nyer. Akak melor tabik spring la kat surirumah semalaya huhuuuu....

Hari ni akak melor nak menayang hasil kerja akak selama tak berupdate tu, Siap sudah 2, 3 hari, baru pagi tadi ku potretkan. Rasa malas besar ada dalam la, sebab tu la kerja tangan akak melor banyak yang tak masuk blog.

Ni baju kusstomer akak melor. Baju kurung moden yang di jahit kedut getah di tangan. Entah apa orang panggil pun akak melor tak pasti. Yang pasti akak melor panggil kedut getak di tangan aje. Sila abaikan kain yang kat atas meja sebelah tu ya. Itu projek yang tengak akak melor kerjakan. Nanti dah siap akak melor buat satu n3 untuk tatapan senah, untuk iklan dan untuk  rekod akak melor sendiri kih...kih...kih.... berapa banyak untuk  daaaaa......

Baju kurung moden ni akak melor jahit kedut getah di tangan atas permintaan tuan baju. Akak juga gunakan zip sorok kat belakang baju tu. Senah tau akak melor dah terer pasang zip sorok nih. Kalau senah nak tahu pasang zip sorok lebih rumit dari pasang zip biasa dan rege zip sorok lagi mahal dari zip biasa. Sebab tu la upah jahit berbeza-beza tau. klik sini tutorial jahit zip sorok

Tang kain pula akak buatkan kain kipas belakang juga atas permintaan tuan baju. Sebab nak cantik akak jahitkan pinggang kain getah kiri dan kanan. Jahit macam tu memang rumit juga tapi hasil dia memang cantik senah tau. Tak caya ??? sila tengok bawah. byeeeeee.

6 comments:

Acik Erna said...

assalam melor..melor jahit sendiri?cantik

Melor said...

acik erna
jahit sendiri. saja sibukkan diri hihihi

kasihibu said...

pandai melor menjahit..sya ni jahit nama dan lencana anak pun seksa

Melor said...

kasihibu
melor pun bukan pandai sgt. kata org bulih la kalau terdesak. hidup ni tak tentu. macam2 boleh jadi.....

HEMA OCTOVIA said...

cantiklah kainnya tu melor, suka tgok. jahitan melor pun nampak kemas dan cantik.

Melor said...

hema
tq la puji. cek dah kembang nih....hahhaah