28 January 2013

Cerita seram - Part I

cmelor-family

Sibuk sungguh la sehari dua nih. Rasa macam tak cukup masa 24 jam yang di beri tu. Sibuk duk nak siapkan kerja-kerja jahitan kita tu senah weh..... Senah kan tahu kita nih  seorang surigumah cum tailor cum bisnehwumen tentu la sentiasa sibuk kih... kih... kih....Nak buat camana kan senahhhhh...... hidup kena la rajin kan senahhhhhh....

Senah, senah kita ada cite ala-ala seram tau. Bak kata bujang lapok "benar-benar kejadian bukan cobaan".  Kejadian tu berlaku pagi semalam, masa tu kita duk buat kerja jahit menjahit. Tetiba je kita rasa tak sihat.

Kepala ada pusing sikit, lepas tu mata belah kanan rasa tak selesa berpinar-pinar pandangan kita senah tauuuu. Sungguh tak selesa la senah weh...... Gosok-gosok, kelip-kelip pun tak mahu hilang. Jadi kita tolak tepi kerja jahit-jahit tu, terus kita panjat tangga naik atas, gi le ngadu dengan tuan pengarah

kita :  mata saya nih, kena gi hospital la. kena check nih.  rasa makin teruk

tuan pengarah : baring la rilex dulu jap. tapi sebelum tu pegi ambik wuduk dulu

kita : ya lah. 

lepas tu kita baring. Selesai zikir tuan pengarah ajak kita turun bekfas. Sambil makan sambil borak, sambil gelak-gelak ngan tuan pengarah. Selesai bekfas kita dengar ada orang bagi salam. Kita pun keluar nampak bibik depan rumah tu tercegat berdiri depan pagar dengan muka cemas. Dalam hati napa pulak cik bibik nih.

kita : kenapa bik
bibik : tolong saya, rumah saya terkunci dari dalam.majikan saya takde, mereka pegi penang.
kita : oooo jap ye. akak melor masuk dalam rumah semula, ambik apa yang perlu untuk membantu berangan makgeber  la tu

Kami pun sama-sama ke rumah jiran akak tu. Cuba itu cuba ini semua tak berjaya. Pandang rumah kita takde la pulak nampak bayang-bayang tuan pengarah nak datang menolong. Haihs tak nak tolong ke?

Lepas tu kan...... senah nantikan part 2 cite seram ala casper nih yaaaa. Kita gi rempit with my mesin tua lu. Jangan lupa senah ya. Bye.

6 comments:

Umm AA said...

alaa..cepatlah sambung ..tak sabar nak tau nie...hhehe

kasihibu said...

alaaaaaa.....suspen nih
x sabar nak tahu kesudahanya

Cik Melor said...

ummuaidan
esok baca. jgn lupaaaaa

Cik Melor said...

kasiibu
baca esok yaaaaa

Suzie said...

adoi sambung la pula ...heheheh

Cik Melor said...

hahahaha tungguuuuuu