Tuesday, January 29, 2013

Cerita Seram - Part II


Lepas tu kan cik bibik tu nak panjat beranda. Kata dia, pintu dapur tak kunci, boleh masuk ikut situ ambik kunci. Untuk pengetahuan senah rumah jiran akak nih 2 1/2  tingkat. Dapur letak kat tingkat 1. Tinggi gila tuh senah weh. Akak melor pun kata ,

akak : kalau nak panjat gak, awak panjat la ikut belah sini.

bibik : kenapa ?

akak  : sebab belah sana tu tinggi. belah sini awak boleh panjat ikut tepi rumah cina tuh dan pastikan anjing cina sebelah tu takda ya. Naya je kalau jatuh di salak anjing.

Adegan panjat pun berlaku. Akak nanti la tengok takut-takut la jadi pepe. Lepas tu kan bibik pun buka grill dengan senyuman lega. Akak melor pun senyum balik sambil garu kepala + kerut kening,

akak : macamana boleh terkunci bik.

bibik : entak lah. tiba-tiba je gril tu tertutup sendiri terus terkunci. Padahal saya dah buka kunci sebelum keluar depan sini.

akak: rumah awak ni ada hantu kut. Dengan nada bergurau.

bibik : yelah rumah nih keras sikit  dikkk.

Cik bibik pun bercerita la cite seram yang dia alami selama kerja di situ. Kadang-kadang saya nampak lembaga hitam berdiri je depan tv tapi tak nampak rupa nyer. Ada satu kali tuh saya tengah mengosok saya nampak satu lembaga putih berdiri tepi saya. Saya tak berani nak toleh tapi saya tengok ngan ekor mata lepas tu buat-buat tak nampak.

Ada satu hari tu saya dengar macam majikan saya naik tangga ke atas. Lepas tu saya lihat takde sapa-sapa yang naik. Saya pun tanya majikan saya, dia kata saya tak naik. Kata mak kepada majikan saya bunga melati bonsai tu tak elok buat hiasan dalam rumah. Benda tu suka bertenggek kat situ. So saya di arah bawak pokok tu tanam di luar. Seminggu juga tangan saya sakit dik. Berat betul pasu tu kata dia. Sedangkan pasu tu akak tengok kecil je. Tak mungkin la berat macam yang di kata.

Saya dik, kalau majikan saya takde, saya takut nak tidur atas. saya tidur bilik bawak je. Pesan majikan saya, Kalau kami ke mana-mana bibik buka la tv tu jangan tutup nanti orang tahu kat rumah ada orang. Jadi saya pun buka la tv pasang chanel indonesia, sedar pukul 3, 4 pagi siaran tv dah bertukar jadi siaran cina dikkkkk. Majikan saya kata jangan percaya benda-benda karut tu.  Nak tak percaya saya benar-benar alami kejadian tu. Jadi saya diam aje lah. 

Masa cik bibik tu bercerita bulu roma akak melor berdiri aje. Lepas tu akak nasihat kan cik bibik tu buat-buat tak nampak je dan tak payah le bercerita tentang benda tu sebab lagi kite bercerita lagi galak benda tu nak muncul. Buka tv, masa orang azan kuatkan volume. Kalau ada cd @ kaset mengaji pasang kuat-kuat. Benda tu tak suka dengar.

Lepas tu kan senah, akak pun balik. Masa balik tu sesuatu telah berlaku kat akak. Nak tahu????? senah tunggu part III cerita seram nih. Akak sambung rempit lagiiiiiii.bye.

No comments: