Wednesday, January 30, 2013

Cerita Seram - Part III


Sampai rumah, tuan pengarah tanya camana? Akak kata ok dah selesai, Cik bibik tu panjat beranda masuk ikut pintu dapur. Tamat sudah cite cik bibik yang serammmmm.....

Lepas tu kan senah akak sambung la kerja yang tergendala tadi, iaitu masak kari ayam pencen. Uuuiiii ...sedap senah tau. Iklan wehhhh......... sambil berborak dan layan anak-anak makan. Selesai anak makan, akak melor perambat bebudak tu naik atas. Awak nak mengemas tak boleh ada bebudak, tak jadi kerja nanti senah wehhhh.......

Dengan tuan pengarah sekali kena perambat supaya merokok kat luar hihiiihihiih....... Lalu tuan pengarah duduk di kerusi luar depan pintu dapur sambil merokok. Akak pula sibuk duk siap barang-barang nak masak kari ayam pencen sambil mulut becok bercerita dengan tuan pengarah. Tiba-tiba akak melor rasa badan melayang. Nasib baik sempat berpaut di rangka pintu. Lepas tu akak terus kata ngan tuan pengarah.

akak : saya rasa macam nak pitam lah. Nak gi mandi dan saya nak baring kejap. Untung-untung pening saya nih berkurang.

tuan pengarah : awak belum mandi lagi ke?

akak : belum kih...kih....kembar ngan kambing

tuan pengarah : ok, pergi lah.

Akak naik atas, terus gi mandi. Selesai mandi akak pun landing depan tv sambil menyusukan si makcik google. Terlelap jap depan tv. Lepas tu akak masuk tido dalam bilik. Kata hati lagi selesa tido dalam bilik atas katil tak sakit badan. Akak lena terus senah wehhh....

Akak terjaga sebab rasa ada yang cuit-cuit badan akak. Tapi mata akak berat sesangat nak buka. Hampir-hampir tak boleh buka senah weh.... Ku paksa-paksa dapat la buka, itu pun sebelah mata je senah. Berat betul tau senah.

Dah dapat buka mata, akak nampak tangan tuan pengarah yang duk cuit-cuit akak. Dalam hati argh...... kacau la dia nih. Lepas tu akak nampak tuan pengarah baring tepi akak. Herannyer akak cuma nampak paras bahu ke punggung je. Lepas tu kan senah akak pun peluk la pinggang tuan pengarah. Teruss akak tutup mata.

Kejap tu bunyi bising-bising, rupanyer hero dengan makcik google masuk bilik. Akak buka balik mata berat tu. Akak toleh sebelah tengok tuan pengarah dah takde. Duk tak lama akak nampak tuan pengarah masuk bilik terus kata,

tuan pengarah : bangun la kari ayam tu dah masak mari kite makan.

 akak : bila masa awak masak, tadi saya nampak awak tido sebelah saya

tuan pengarah : mana ada. saya baru naik atas ni. Dari tadi saya duk kat bawah masak

so sapa yang cuit-cuit dan tido sebelah dan sapa kah yang akak peluk ituuuu.......?????

9 comments:

kasihibu said...

uiksss biar betik!!!demam tak?

fiqkbe said...

mimpi kot. hihi ;D

ummuaidan said...

alaa ..mimpi jer kot....heheh

Aku Bapak said...

harap cuma mimpi...

Melor said...

kasih ibu
melor takle demam tapi makcik google yang demam

Melor said...

fikbe
entah.tapi melor sedar ketika itu dan dapat lihat kejadian satu persatu

Melor said...

ummuaidan
mungkin kite mimpi hihihihi

Melor said...

akubapak
harappun gitu la ya

Suzie said...

Adoiii ....Allah Maha Besar ...kalau kena lagi Melor azan je kali ni ....hmmm harap jangan lah p kacau anak2