Thursday, January 31, 2013

Teacher's Apron


Penat ehhhhhh..... duk taip cite seram. Akak nak tayang hasil dari jemari akak yang baru. Akak terima order dari TKC jahit apron senah. 24 helai semuanyer. Time kacih la ya, sudi bagi projek kat akak melor nih. Lain kali klu ada projek mudah-mudah tu jangan lupa la pas-pas ke sini lagi hihiihiih.......  eeeee tak maluuuuu

Salah satu penyebab yang buat akak melor sibuk 2, 3 hari nih senah weyyy..... projek ni laaa. Satu perangai yang tak boleh nak blah kalau buat kerja tu tak boleh la lambat-lambat kalau boleh nak siap sebelum due date. Kalau tak dapat siap, mula la akak melor kena penyakit keluh resah macam mak kucing hilang anak. Tak suka, tak suka, tak sukaaaaa tau kalau jadi macam gitu. Tapi kan kalau dapat siap macam yang di rancang hati akak melor ni mula la bernyanyi riang, irama malaysia lagi senah hihihihi......

Lupa nak cite, apron tu guna kain cotton tau senah. Tuan dia yang beli, tuan dia juga yang pilih akak cuma jahit saja ikut macam contoh yang diberi. Kih....kih...kih dah dia yang beli tentu la dia yang pilih kan..kan...apa daaaaa....... Saja buat lawak untuk hibur senah kala membaca.

Tepi apron tu akak balut dengan cotton tape yang orang buat tali barut baby tu ya senah. Senang kerja guna benda tuh senah weh..... Nampak macam simple je buat apron nih tapi boleh tahan gak la ambik masa nak siapkan satu-satu tuh. Tapi berbaloi bila siap dan lihat hasilnyer. Sukaaaaa tau

p/s - jahit secara pukal juga di terima. berminat boleh sms or email miiiii

6 comments:

kasihibu said...

wah projek baik tu rezeki tu
cantik

Melor said...

kasihibu
alhamdullilah rezekiiiii

ummuaidan said...

nak order 3 apron boleh..hehhe

Yati said...

Wah, Melor ada mesin jahit sulam ya. Tu.. lawa tulisan TKC tu. Itu singkatan untuk apa? Setahu Yati, Tunku Kurshiah College. :)

Melor said...

ummuaidan
boleh2 nanti cite arrr hihihi

Melor said...

yati
melor takde mesin sulam tuh tak mampu nak beli. mesin sulam kecik ade la. label tuh dah siap tuan dia bagi melor cuma jahit je

tkc = tiesya kid centre