Tuesday, February 5, 2013

Telur David Rocco's Dolce Vita

telur penkek

Semalam kan awak tau senah weh, akak melor tengok tvvvvv.... rancangan masak-masak, Kebetulan masa tu david rocco  tengah masak. David rocco nih tukang masak Italian tau. Kebanyakkan resipi dan cara masak dia senang je kite nak ikut senah. 

Semalam tertarik dengan satu resipi, dia masak telur senahhhhh..... sayang akak lupa nama resipi tu. Alaaaaa macam kite goreng telur dadar tu lah senah wehhhhh.... cuma dia tambah bahan-bahan lain dalam telur tuh. Dan dan tu gak akak masuk dapur selongkar peti ais. Bagus semua bahan ade kecuali lada bengala. Takpe tukar pakai cili padi, ala malaya gitu hihihihi..........

Nak buat resipi nih kite kena ada :

telur ayam - ikut suka berapa biji
cendawan *
bawang besar *
ubi kentang *
cili bengala *
garamg+gula  - secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara masak :
  1. Tumis bahan bertanda * sampai ubi kentang masak.
  2. pukul telur dan tuang atas bahan yang ditumis.
  3. tunggu bahagian bawah garing lepas tu terbalikkan ( macam kite goreng telur dadar)
  4. masak je angkat lepas tu potong  ikut suka kite.
  5. enak di makan begitu aje. boleh juga makan dengan nasi
Kalau ikut david rocco telur tu akan jadi bentuk macam pankek. tapi akak punya hancusssss sebab tak pandai nak balik telur tuh. Rupa tak sama takpe kan senahhhhh. Janji rasa dia sama dan sedap. Sesuai untuk ibu-ibu yang kejar masa dan juga ketika buntu takde aidiel nak masak apa hihiihih...... senah cuba tauuuuuu.....bai

2 comments:

ummuaidan said...

nampak sedap nie..nak cuba jgk lah

HEMA OCTOVIA said...

resipi yg ringkas tp nampak sedap la..nak cuba juga la. terima kasih melor sudi kongsi resipi ni