Friday, September 30, 2011

My Alpinia Purpurata


Salam semua... bila dah selalu sangat cerita tentang jahitan membuatkan melor rasa jemu, boring dan tension. Untuk hilangkan perasaan tu melor nak kongsi cara kite atasi perasaan ituuuuu. Ada nampak gambar besar kat atas tuuuu. Itu la terapi buat melor.

Namanya si alpinia purpurata. Gambar ni melor snap dah lama. Masa tu alpinia ni tengah galak berbunga. Semalam masa tengok pokok kat laman ternampak si alpinia tu mula keluarkan kudup baru. Terasa pula nak buat n3 pasal bunga ni. Bila dah terasa tangan pun tertulis lah. Hai berapa banyak 'ter' laaaaaa. Jadi untuk menghilangkan perasaan tu apa kata mari kita cuci mata tengok gambar bunga yang ada di laman ciput ku ini.

Cantiiiik kalau tanam di laman yang luas. Suka punya pasal melor tanam juga walaupun laman kita kecik aje . Itu pun dah cukup buat melor. Janji dapat tengok alpinia ni berbunga. Tak susah tanam pokok ni. Cuma perlukan matahari, tanah bersaliran baik, baja, air secukupnya, hidup subur la dia.

Sebenarnya melor suka laman yang ala-ala moden tropika. Salah satu pokok yang perlu ada untuk laman jenis tu ialah alpinia. Jadi melor tanam la walaupun kawasan rumah melor tak berapa nak sesuai dengan alpinia ni. Kalau dah suka sesuai atau tidak melor tetap tanam. Janji pokok-pokok tu keluarkan bunga hahahha.

Kerana suasana tak berapa sesuai maka alpinia melor kemetot pokoknya tapi rajin juga berbunga. Bila pokoknya kemetot dah tentu-tentu bunganya kecil. Kecil pun dah puas hati asalkan dia nak sentiasa berbunga.

Untung tau kalau tanam pokok ni boleh buat business bunga potong. Tak caya ke? google la kalau nak tahu.

Monday, September 26, 2011

Thursday, September 22, 2011

Pada Saya Ia Terapi

Salam .... apakhabar semua, diharap semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan gembira selalu. Aihhh rasa macam zaman dulu- dulu la. Apa tak nya kalau tulis surat intro nya mesti macam tu kalau tak pun kehadapan ayah bonda @ sahabat dan bla-bla-bla. Ingat lagi tak hihihi..... dan untuk penutup surat mesti tulis macam ni ;

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas

@

pen merah pen biru
jangan marah I luv U

kalau sapa setuju dengan melor sila angkat kakiiiiii. Eh, eh eeeeehhh dah melencong pula saya ni. Sebenarnya nak cerita pasal tanaman yang menjadi terapi buat saya. Intro punya pasal lain pula yang ku tulis. Tak ada kene mengena langsung. Tapi tulis surat pun boleh jadi terapi juga kan. Tambah-tambah lagi kalau kita terima surat dari yang teristimewa happy nya semacam aje.

Di zaman cyber ni surat-surat dah tak main dah. Lagi pun setem nak pos surat pun dah mahal. Makin la orang tak nak hantar surat . Hantar sms lagi jimat dan cepat. Tapi nilai sentimental nya dah tak ada la. Lagi sekali melor melencong. Ok kita kembali ke topik asal.

Melor nak cerita pasal pokok hiasan melor ni iaitu begonia. Melor pernah buat n3 pasal begonia ni sini. Dulu di atas duduknya sekarang di bawah pula. Itu le kerja ku alih mengalih kedudukan pokok-pokok ni supaya tetap subur dan segar-bugar. Tak da la boring tengok benda yang sama aje. Sebab tu melor kata kalau nak berkebun kena ada sifat sabar dan rajin yang banyak.

Sengaja melor gandingkan begonia pink dengan sepupunya si begonia maroon dan kat tepi dia melor letak kan water fountain. Apabila mendengar jatuhan air tu bisa memberikan ketenangan buat ku. Lupa seketika masalah yang melanda jiwa hahaha.

Percaya tak kalau melor kata bila sedih ku pegang gunting potong kain. Bila berduka ku tatap pokok-pokok tu semua.

Renungan mata bertemu kehijauan tenang meresap kedalam jiwa.

Monday, September 19, 2011

Handmade Love Felt Keychain

Salam semua..... apa melor buat hari minggu yang lepas. Jeng ! Jeng ! melor buat keychain dari kain felt. Dalam sibuk duk layan anak-anak dan juga jemputan rumah terbuka sempat juga siapkan permintaan anak dara ku. Katanya kawan sekolah order keychain.

Untuk tidak menghampakan hati si dara, permintaannya melor penuhi. Anak nak belajar berniaga. Ikut je la asalkan dia tak minta benda yang bukan-bukan. Cuma apa yang berlegar di kepala melor ni dapat ke si dara ku itu menjual keychain-keychain ni.

Sebelum ni si dara melor ada minta melor belikan gula-gula. Katanya nak jual kat sekolah. Yang tak bestnya boleh pula si dara melor joli katak dengan hasil jualannya itu. Bukan apa melor suruh dia menabung dengan hasil kerja dia tu.

Sebagai ibu melor rasa gembira dan puas hati bila melihat ada senyuman di wajah si dara.

p/s : kalau rasa berkenan dan nak order boleh call @ email melor ok.

Tuesday, September 13, 2011

Lantern Parade 2011

Salam semua..... hari minggu yang lepas kekawan buat apa. Dah tentu-tentunya pergi openhouse kan. Melor pun ada gi openhouse 2, 3 buah rumah. Jenuh makan badan pun rasa semacam aje 2, 3 kilo yang hilang bulan posa hari tu dah tambah balik. Hari ni tak nak cerita pasal openhouse tapi cerita pasal event hero melor.

Ahad malam lepas, JJ Au2 ada buat Lantern Parade. Sekolah hero melor di jemput untuk sertai evant tu. Hero melor bukan main seronok lagi la nak pergi . Melor pun tumpang 3 x seronok bila tengok anak seronok. Acara ini diadakan untuk bebudak yang baru nak kenal dunia ni tahu tentang kebudayaan yang ada kat negara kita ni.

Bagus juga tu menyelam sambil minun air. Apa taknya bila dah ramai orang datang ramai juga lah yang membeli. Dah tentu la hasil jualan malam tu bertambah. Yang paling utama usaha dia orang untuk menarik pelanggan supaya datang ke shopping centre tu. Pandai dia orang ni.

Kami sampai lambat. Sesampai aje kat situ terus melor tuju ke tempat orang berkerumun. Tak sempat nak daftar pun terus aje masuk. Rasa macam penyamun ali baba la pulak. Tapi sempat la juga hero melor dan kakaknya pasang tanglung berarak ikut belakang naga (tarian naga) . Kami dibawa mengelilingi kawasan JJ Au2. Ikut la melor ni ingatkan nak dibawa kemana rupa-rupanya hanya mengelilingi kawasan situ aje. Haiyaaaa buang karan aje lah. Tak berapa nak seronok sebab suasana panas. Tapi bagi budak-budak dah habis seronok la. Ingatkan ada la peraduan mewarna ke, sukaneka ke, untuk budak-budak umur 4 tahun. Melor pun tak la baca surat yang di hantar pihak sekolah cuma pakwe ku aje yang membaca surat tu. Jadi banyak maklumat yang ter miss. Hihihi lain kali jangan malas membaca ok.....

Tak sampai 10 minit acara dah habis. Haiyaaa sekali lagi buang karan la. penat sebab terkejar-kejar masa datang, keliling kawasan macam D.O, panassss. Tapi tak pa la bila anak gembira ibu pun tumpang gembira. Kerana mu anak ibu rela kepenatan dan melekit-lekit badan sungguh tak selesa.

tempat melepak waktu malam cantik ala-ala ICT gitu

anak tiger terlepas hahaha.....

3 permata di hati bunda

Friday, September 9, 2011

Shiring Dress Order

salam semua..... aktiviti waktu anak-anak tidur dan juga aktiviti mengkembungkan poket sendiri hahaha.... top ni di order oleh kenalan melor untuk di hadiahkan kepada anak saudara. Kenalan melor tu tertarik bila melihat my makcik google mengayakan top hasil tangan ibunya.

ini gambar makcik google melaram baju hasil tangan ku. Gambar ini diambil ketika melor dengan anak-anak meronda shopping mall. Biasalah salah satu acara wajib kami di hari minggu. Kalau ada rasa nak buat tempahan boleh sms atau email melor ya.

Saturday, September 3, 2011

Pillowcase Dress Makcik Google

Salam semua...... bila timbunan kain kain dah tak kelihatan lagi, hati mula terasa legaaaaaa yang amat. Cuma ruang menjahit perlu di kemaskan supaya sedap mata memandang dan tenang fikiran bila melihat. Dalam duk mengemas tu sempat la melor buatkan 1 gaun untuk makcik google melaram. Gaun ni simple aje tapi cute.

kamera cap ayam sebab tu la blurrr semacam aje.
Makcik google melaram dengan pillowcase dress barunya

tanpa model mengayakannya

selalu lah intai-intai CMelors Shop untuk melihat
koleksi handmade pillowcase dress versi melor.

Friday, September 2, 2011

Aduhai Anak

Salam semua...... rasanya tentu ada yang dah pulang dari kampung. Jiran-jiran melor pun dah mula kelihatan. Cuma jiran yang merangkap kawan rapat belum lagi kelihatan. Agaknya mereka cuti panjang la tu. Eh eh dah jadi macam jaga la pula ai ni kan duk memerhatikan orang . Tu la sapa suruh tak balik raya kan dah meroyan hahaha.......

makcik google 1 tahun, 1 bulan, 13 hari

Sekarang makcik google sudah 1 tahun, 1 bulan dan 13 hari. Makcik google dah mula berjalan. Seronok tengok bila dia berjalan jatuh comeeeeel sangat. satu aje yang buatkan penampilan makcik google terencat sikit tang rambut tu tak mau tumbuh-tumbuh. Lambat betul rambut nya nak tumbuh. Agaknya kalau makcik google ada rambut tentu bertambah-tambah la comeeeeeelnya itu ( ayat perasan sikit)

Senang hati tengok senyuman makcik google tu. Kalau senyum meleret gitu tandanya anak-anak kita sihat. Melor tak boleh tengok anak sakit mula la jiwa ku kacau. Mula la fikir yang bukan-bukan. Contoh sini bila anak melor sakit hari tu ai pula yang terlebih-lebih emonya.

Sekarang ni kan senang sangat anak-anak nak kena sakit , mula dengan deman sikit-sikit tau-tau dah tak boleh bernafas. Gitu la yang melor alami tempoh hari. Moral of the story, kita sebagai ibu bapa jangan ambil ringan kalau anak-anak deman kena terus bawa ke klinik periksa apa yang patut. Tak mau menyesal di belakang hari.

Kenapa melor kata gitu, sebab ada satu kes dimana baby mereka meninggal kerana tak boleh bernafas macam anak melor kena tu hari. bermula dengan demam sikit-sikit terus tak boleh nafas. Ibubapanya pula lambat bawa ke klinik sudahnya meninggal baby tu. Masa baby melor kena hari tu pukul 2 pagi kami bawa dia ke emergency sebab baby melor dah mengigil dan tak boleh bernafas.

hero ku merdeka

Bila melor baca berita tentang anak-anak sakit dan kebuluran di somalia melor tambah-tambah kasihan dan sedih. Macamana la perasaan mak ayah yang kehilangan anak akibat dari sakit kerana tak makan. Sehingga melor marah-marah kat anak sendiri kalau mereka bazirkan makanan. Sedih orang disana kebuluran tak makan kita disini suka suki aje buang makanan. Tak dapat nak bayangkan kalau jadi kat tempat kita.