Thursday, September 22, 2011

Pada Saya Ia Terapi

Salam .... apakhabar semua, diharap semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan gembira selalu. Aihhh rasa macam zaman dulu- dulu la. Apa tak nya kalau tulis surat intro nya mesti macam tu kalau tak pun kehadapan ayah bonda @ sahabat dan bla-bla-bla. Ingat lagi tak hihihi..... dan untuk penutup surat mesti tulis macam ni ;

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas

@

pen merah pen biru
jangan marah I luv U

kalau sapa setuju dengan melor sila angkat kakiiiiii. Eh, eh eeeeehhh dah melencong pula saya ni. Sebenarnya nak cerita pasal tanaman yang menjadi terapi buat saya. Intro punya pasal lain pula yang ku tulis. Tak ada kene mengena langsung. Tapi tulis surat pun boleh jadi terapi juga kan. Tambah-tambah lagi kalau kita terima surat dari yang teristimewa happy nya semacam aje.

Di zaman cyber ni surat-surat dah tak main dah. Lagi pun setem nak pos surat pun dah mahal. Makin la orang tak nak hantar surat . Hantar sms lagi jimat dan cepat. Tapi nilai sentimental nya dah tak ada la. Lagi sekali melor melencong. Ok kita kembali ke topik asal.

Melor nak cerita pasal pokok hiasan melor ni iaitu begonia. Melor pernah buat n3 pasal begonia ni sini. Dulu di atas duduknya sekarang di bawah pula. Itu le kerja ku alih mengalih kedudukan pokok-pokok ni supaya tetap subur dan segar-bugar. Tak da la boring tengok benda yang sama aje. Sebab tu melor kata kalau nak berkebun kena ada sifat sabar dan rajin yang banyak.

Sengaja melor gandingkan begonia pink dengan sepupunya si begonia maroon dan kat tepi dia melor letak kan water fountain. Apabila mendengar jatuhan air tu bisa memberikan ketenangan buat ku. Lupa seketika masalah yang melanda jiwa hahaha.

Percaya tak kalau melor kata bila sedih ku pegang gunting potong kain. Bila berduka ku tatap pokok-pokok tu semua.

Renungan mata bertemu kehijauan tenang meresap kedalam jiwa.

5 comments:

Ayl Aziz said...

Saya ingat nak berkebun pulaklah lepas ni. Melor kena bagi tips lah kat saya. Betul ke kesuburan pokok bergantung pada 'panas sejuk' tangan seseorang?

Ayl Aziz said...

tangan saya ni mcm panas aje.

Melor said...

x juga saya pun tangan suam2juga. bila tanam kadang jadi kadang tidak yang penting kita kena rajin dan sabar . kena selalu belai, susun atur, alih bila perlu. buang daun kering, baja, siram dan yg penting kalau pokok mati buang dan tanam baru hahahha.

Yati said...

Betul, nak berkebun kena ada sifat sabar dan rajin. Yati skrang dah kurang rajin siram pokok. :)

ita said...

terbaikkkkkkkkk