31 August 2010

Merdeka


Salam semua,

Rasanya belum terlambat lagi melor nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada kawan2 semua.

29 August 2010

Kalaulah ...................

google image


****************************

Kalaulah tangisan boleh dipamir

Kalaulah hajat dapat direalisasi

kalaulah bahagia dapat dicipta

maka

terlepaslah beban di dada

****************************

25 August 2010

Handmade : Baby Tights

baby tight
Jeng.....jeng.... jeng...... tights untuk baby Cik Melor. Seronok betul rasanya kerana berjaya siapkan projek baby tight ni. KIta juga ada buatkan topi untuk sibaby. Nanti kita tayangkan di entri Senah ya.

KIta guna kain t-shirt. Beli t-shirt yang dijual murah kat giant. Sehelai rm5.00. Boleh juga guna t-shirt lama yang tak dipakai lagi. Memandangkan kita tak ada t-shirt lama baru pun boleh la. Janji projek baby tight kita terlaksana. 3 helai t-shirt dapat buat 6 helai tight. 3 lagi melor buat saiz besar untuk sibaby bila umur 6 bulan nanti.

Tight ni cantik bila pakai dengan baju gaun. Ia dapat melindungi kaki baby dari sejuk, calar atau luka bila kita bawa baby kita keluar jalan-jalan tau.

Jom la senah ramai-ramai kita jahit baby tight. Bye



23 August 2010

Asam Pedas Ikan Merah


Bahan-bahan:-
sepotong ikan merah
3 sudu cili kering - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
sedikit kunyit hidup - kisar
sedikit belacan - kisar
1 batang serai -ketuk
sedikit air asam jawa
sedikit daun limau purut
secawan air
3 batang bendi
1 biji tomato

Cara-caranya:-
1. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau
2. Masukkan secawan air bersama asam jawa. Kacau hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan dan biarkan hingga empuk.
3. Masukkan bendi dan tomato dan biarkan mendidih. Sedia dihidangkan.

resepi mudah untuk disediakan - koleksi CMelor

20 August 2010

Ikan Goreng Berserai


Bahan-bahan:-
3 ekor ikan kembung
2 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
9 tangkai cili padi
1 cm kunyit hidup
2 sudu besar minyak
1 sudu besar asam jawa
garam, gula dan lada sulah secukup rasa

Cara-caranya:-
1. Bersihkan ikan dan gaulkan dengan kunyit dan garam (sikit je)
2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, halia dan serai sedikit kasar.
3. Panaskan kuali, tumis bahan kisar tadi sehingga wangi dan garing. Kemudian masukkan ikan dan tuangkan air asam jawa.
4. Kacau rata dan biarkan sehingga ikan masak. Jangan lupa garam dan gulanya secukup rasa ya.

resepi mudah untuk disediakan -koleksi CMelor

17 August 2010

Fadhilat Dan Kelebihan

Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka

2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

3. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

4. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

5. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

6. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah SWT

7. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

8. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

16 August 2010

10 August 2010

Buah Paling Glamour Di Bulan Ramadhan

google image,

Senah, senah tahu dok buah apaaaaaa.....yang paling glamour time bulan posa??? Hahhhh jawab, jawab if u hebat hihiihhihihi....... Apa tak tahu????/. Takpaaa kalau tak tahu, cik melor boleh bagitahu Buah kurma la senah ehhhh..... hahahhahh

Kata sorang ustad tu, di negara kita ni pokok kurma tumbuh bila bulan posa je. Tapikan dalam rumah kite, buah kurma senantiasa ada. Macam ada kebun kurma la pula. Nak buat camana tuan pengarah kita sukaaa sangat  makan kurma huhuhu.

Malam ni org da mula solat terawih. Seronok kalau dapat ikut serta. Selamat berterawih pada kekawan semua ya. Byee.