Friday, August 20, 2010

Ikan Goreng Berserai


Bahan-bahan:-
3 ekor ikan kembung
2 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
9 tangkai cili padi
1 cm kunyit hidup
2 sudu besar minyak
1 sudu besar asam jawa
garam, gula dan lada sulah secukup rasa

Cara-caranya:-
1. Bersihkan ikan dan gaulkan dengan kunyit dan garam (sikit je)
2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, halia dan serai sedikit kasar.
3. Panaskan kuali, tumis bahan kisar tadi sehingga wangi dan garing. Kemudian masukkan ikan dan tuangkan air asam jawa.
4. Kacau rata dan biarkan sehingga ikan masak. Jangan lupa garam dan gulanya secukup rasa ya.

resepi mudah untuk disediakan -koleksi CMelor

8 comments:

Mila@Rimbun said...

terasa mcm lapar plak kikiki.. dugaan pose nii

Pn Kartini said...

salam:)

tq yaa utk resepi...blh cuba nih..:)

mamawana said...

Simple and delicious......meleleh ayaq liyoq...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

nyam nyam...:-)

Melor said...

mila@rimbun
saya tak pandai masak sbb tu la resepi saya yg ringkas aje. janji sedap. klu pakai ikan selar kuning kecil dan digoreng dulu lagi sedap cik mila@rimbun tau.

Melor said...

pn kartini
cubala resepi simple, senang dan cepat boleh makan yg pasti rasanya boleh tahan la.

Melor said...

mamawana
lap cepat airliur tu malu org tengok nanti.he..he.. cuba la resepi koleksi saya ni.

Melor said...

rose-iburafiq
nyum...nyum:-