Salam semua...... kali ini Melor nak berkongsi resipi masak lemak cili padi telur ikan. Biasalah kalau dah resipi dari cmelor tentu lah resipinya yang senang, mudah dan cepat untuk di sediakan. Selalunya Melor akan masak lauk ni pada hari sabtu atau ahad. Nak tau kenapa hari tersebut je Melor masak lauk ni? sebabnya pasar tani kat kawasan rumah Melor hanya pada pagi hari sabtu. Melor pula tak suka simpan telur ikan ni lama-lama tak sedap . Kalau beli kat pasar tani telur ikan ni masih segar. Bila masak telur ikan segar rasanya pun best gitu maka bertambah-tambah le nasi dalam pinggan. Jarum dacing pun melantung-lantung la bila ku naik atas timbangan. Ini resipinya kawan-kawan. Cuba lah pasti sehingga menjilat pinggan. hahaha.
bahan-bahannya :-
1/2 kilo telur ikan
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 batang serai - titik
10 biji cili padi* (tambah kalau mahu pedas)
1 cm kunyit hidup*
santan
cili hijau (hiasan)
garam dan gula
Cara membuatnya :-
bahan-bahannya :-
1/2 kilo telur ikan
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 batang serai - titik
10 biji cili padi* (tambah kalau mahu pedas)
1 cm kunyit hidup*
santan
cili hijau (hiasan)
garam dan gula
Cara membuatnya :-
- kisar semua bahan yang bertanda *
- masukkan santan, serai dan bahan yang dikisar ke dalam periuk jerang hingga mendidih.
- perlahankan api masukkan telur ikan. Sentiasa kacau perlahan-lahan sehingga telur ikan tadi masak.
- tutup api, angkat dah siap untuk dihidangkan.
22 comments:
Hmmm...sedap ni!
Nak kuah sikit!
alahai...sedapnya..kalau kuah tu pekat lagi...pergh...lagi terangkat :)
hang mmg suka msk lemak, bila ajak mkn kat rmh?;-)
salam..
sedap nyer..ni kalau mkn.. mesti bertambah nasik..org lalu pun tak sedar..
cklah
melor kasi telurnya sekali kalau datang
nabilah
pakai santan segera sbb tu nampak cair
mala
kebetulan post masak lemak aje. resipi masak air pun ada saba akan menyusul nanti
elly
tu jarum dacing melantung-lantung dibuatnya
salam singgah,
kakyong tak gemor telur ikan.. tp masak lemak cili api gemor... ;)
assalamualaikum kak melor!
wah, telur ikan ye.. wani tak pernah rasa telur ikan. kalau TERrasa tu pernah la. he he
terima kasih sudi lawat blog wani.
masih belum sempat nak update resipi baru :)
salam perkenalan kak :)
nk jwb pertanyaan aritu.sya lahir kt bt 5 rompin.tapi skrg keluarga dah berpindah masuk felda jengka.kg tok kt endau......dah lama x blik endau,rindu.awk asal org rompin ke?
Salam Melor,
Terima kasih kerana ingin berkenalan dengan Pak Nidus yang dah kerepot ni...
Nampak gayanya bertambah boroilah perut ni nanti dek penangan masakan Melor yang sedap2 tu....
Selamat Hari Raya juga untuk Melor.
salam kenal,
kunjungan balas.... i folo u pulak.. :)
Assalamualaikum...
Salam ziarah...sedap nampak masakan tu, saya tak pernah merasanya
sdpnye telor ikan ni ..baru tengok kat giant tadik telor ikan..nak beli tapi tak jadik lak...nnt nak beli gak lewwww...
wani
terima kasih ya
kaka yong
terima kasih
matahari
saya bukan asal rompin. Arwah suami saya asal rompin dekat gan lanjut beach resort, Tak salah tanjung tuan.
Saya selalu ikut balik sana pantainya cantik sangat
p.nidus
terima kasih
my little diary
terima kasih ya
abd razak
cuba2 la rasa sedap tau dan terima kasih ya
aleeya
terima kasih ya nama sama dengan anak akak
Post a Comment