Monday, November 15, 2010

Bersihkan Karat Kopi Atau Teh

gambar google

Salam semua...... tentu seronok kalau ada yang sudi datang bertandangkan. Kata orang tua2 bila orang datang rumah kita itu tandanya rezeki yang datang. Tapi yang tak seronoknya bila cawan dan teko kita ada kesan karat kopi @ teh malukan. Tak pa melor ada cara nak dikongsikan untuk menghilang kan benda tu semua. Begini cara nya ya kawan-kawan. Bancuh serbuk sabun dengan air panas dan rendam cawan gan teko selama 5 minit. Setelah itu angkat, cucilah seperti biasa dengan air bersih. Boleh juga rendamkan teko gan cawan dengan air suam yang dicampur dengan perahan asam limau nipis dan garam. Rendam lama sikit lebih kurang 15 minit angkat dan cuci bersih seperti biasa. Cara paling brutal kalau karat tu degil tak mau gak hilang, gunakan aje pencuci serbaguna jenama cif botol putih. Sental dengan mengunakan berus besi halus (serbuk). Ingat tu berus besi halus(serbuk) jangan pulak disental dengan berus besi kasar rosak pula teko gan cawan tu nanti. Selamat mencuba.

2 comments:

zulkbo said...

Salam bertandang lagi..
moga sihat dan ceria
selalu empunya blog ni..
nice info..amat berguna..

Melor said...

mr zulkbo
wsalam. kongsi ilmu kan ke bagus