20 December 2016

Baju Sekolah Bajet

baju sekolah bajet
google image

Haiiii..... jangan la merajuk, ni kita dah timbul. Timbul untuk berkongsi rahsia dan info ngan senah semua. Tak nak kona-kona kita cerita terus ke umbinya. Alaaaa... kata orang putih tu 'straight to the point'  senah eh.

Semalam pergi cari baju sekolah untuk si dara. Uniform untuk MRSM ni kaler dia lain la senah eh. Yang kaler beige tu takda pula jual kain. Tak kuasa nak menjajak kedai cari kain beige tu jadi kite buat keputusan beli baju siap.  Untuk biru gelap, biru muda, coklat tua, putih kite beli kain jahit sendiri.

Ambik awak senah eh, sehelai baju kurung kaler beige reganya rm41 untuk saiz L. Terkejut kite tau. Nak kata kain cantik, kotton biasa aje pun. Brand biasa-biasa juga. Jahitan dan potongan langsung tak cantik. Tapi rege diaaaaa..... krusss semangat.  

Ni kita nak kongsi tempat jual baju sekolah bajet hihihihih.... Bajet la bagi kita sebab harga baju sekolah kat situ lebih murah dari kedai hari-hari yang ada kat situ. 

Kedai kain nagoya dalam Aeon Big Wangsa Maju ada keluarkan baju sekolah. Murah la senah eh. Selai baju kemeja putih dalam rm12.90 kalau tak salah. Kualiti kain pun ok cuma kureng sikit dari tahun yg dulu. Yang dulu punya kaler dia putih kebiruan walau dah pakai setahun kain tu tak berapa nak luntur cantik je kaler dia. 

Tahun ni punya kain warna putih nipis sikit. Harga ikut saiz. Kain untuk Seluar panjang pun cantik. Harga tak lebih dari rm20. Kita beli sepasang baju kurung untuk makcik google. Sepasang kain untuk jahit sendiri. 

Untuk si bujang beli 2 pasang sebab untuk jahit baju dan seluar budak lelaki renyah senah weh. Harga tak mahal mana baik beli je. Tak perasan pula nagoya ada keluarkan baju melayu ke tak. Kalau takkkk... kita rembat jeeee....

Soriii la lambat kongsi, sebab kita beli kain dulu. Beli baju siap untuk makcik google dan si bujang dulu. Lepas seminggu baru cari baju siap untuk si dara. Terkejut beruk juga la kita di buatnya. Hhihihih... nasib baik beruk yang terkejut kalau cik melor yang terkejut!!!! 'heart failure' hahhahah. Bye.


No comments: