Friday, November 18, 2016

Rahsia Vicks Untuk Kecantikkan

rawat tumit merekah

Pissttt....pistt...pissttt..... senah ooo senah, sini senah eh.  Cik Melor ada rahsia ni nak di kongsi. Kongsi rahsia macamana hilangkan rekahan tumit kaki. Sayang kalau tak baca. Bukan semua orang suka kongsi rahsia. Cik melor je yang suka kongsi-kongsi rahsia tau hiihiih....

Nak cerita sikit la sebelum kongsi rahsia vicks untuk kecantikkan ni. Dulu tumit kaki kita buruuuuk sangat, merekah-rekah senah eh. Dah la merekah pastu kaler hitam-hitam sebab kotoran melekat. Maklum la kakiiiiiii.

Cik melor malu tau, lebih-lebih lagi bila balik rumah mak mentua kena tegur dengan ipar duai tumit kaki tak cantik merekah-rekah. Pastu tak boleh pakai kasut terbuka malu orang nampak tumit.

Sapu krim untuk tumit la, pakai losen tumit la, hampeh senah tumit kaki cik melor tetap juga merekah-rekah. Sedih kita tau.

Ada satu kali tu kita makan double stemcell untuk sakit lutut tapi sakit lututnya tak hilang, rekahan tumit pula yang hilang, kulit jadi cantik hanya dengan 2 kotak je. Mana mampu kita orang kebanyakkan  nak makan double stemcell tu. Harga dia je boleh buat belanja dapur kita sebulan huuhuhuhu.  

Bila berenti makan double stemcell,  tumit kaki kita merekah semula. kulit mula hilang seri. Terpaksa redha je senah eh. Sehingga lah satu hari tu, cik melor terbaca blog seorang mek saleh. Lupa pula nama blognya. Mek saleh tu kongsi kebaikkan vicks untuk kecantikan. Salah satu nya untuk hilangkan rekahan di tumit. Mula tu cik melor tak caya. Hati berkata tak salah mencuba bukan mahal dan tak kena beli pun benda dah ada.

Terus la kite sapu tumit kaki kite dengan vicks. Ajaib senah ehhhh.... tumit kaki kite hilang rekahanya dengan 2 kali sapu je. Sekarang kite amalkan sapu vicks di tumit kaki seminggu sekali tu pun kadang ingat kite sapu, Lupa kalu vicks tak kena tumit kita.

Oh lupa, satu yang buat kita sangat-sangat gembira masalah kematu tapak kaki kita yang amat menyakitkan pun dah hilang sejak kita amalkan  vikcs untuk jaga kecantikkan kaki..

p/s tip kecantikkan tanpa risiko kesihatan dan tanpa belanja besar untuk orang kebanyakkan. Sinilah tempatnya. Bye.



5 comments:

Mila@Rimbun said...

selalu sapu kat kaki anak n pakaikan stoking bila selsema jer hihi.. pasni boleh guna utk cantikkan kaki ler plak

Cik Melor said...

mila
cuba lah mana tahu menjadi dgn tumit awk. dgn kite menjadi tau

Yati said...

bagus la tu, Melor.
Yati guna vicks untuk hilang gatal-gatal. Kena gigit nyamuk ke, atau bila lepas cabut rumput ke, rasa miang je tangan, sapu vicks memang akan hilang gatal. :)

Cik Melor said...

yati
ada 2, 3 lagi kebaikan vicks yg saya akan kongsi. tunggu free je nak tulis entry

Anonymous said...

Eh cik melur ada mak mertua lagi ke?