15 January 2017

'MY' Aktiviti Januari 2017

Assalamualaikum senaahhh..., Selamat tahun baru senah eh. Sori la sebab lama sangat tenggelam. Well u no mi kan  Tahun baru ni kita biasa saja cuma penat menyupir anak sekolah je la. 

Kalau tak menayang bukan cik melor namanya. Jadi kita nak tayang aktiviti kita di awal tahun 2017. Dah orang tak nak kawan dengan kita, kita buat la hal sendiri. Kita buat benda kegemaran kita. Senah nak tengok. Scroll bawah senah yaaa..

bunga kekwa

Cantikkan bunga di atas tu. Kita tak tahu nama bunga apa. Perati tengok macam pokok bunga kekwa. Maybe kekwa yang dah di kacuk. Cantik dia semacam la senah eh. Kita letak dia dalam rumah sebagai hiasan meja  console menyambut tetamu yang datang bertandang hari ni.

sayur bendi

Cuba senah teka apa nama anak pokok ni. Apa senah tak tahu???? Takpa kita kasi tauuuu... Ini anak pokok bendi. Kita semai banyak. Tapi tiga pokok ni aje yang nampak sado hihihihi.... sado kau senah eh.

Kita tunggu masa nak alih ke pasu-pasu yang sedang menanti. Harapnya berjaya la kita tanam bendi. Niat hati, tahun 2017 ni kita nak buat kebun sayur berpasu la senah eh. Selang seli dengan pokok bunga. Emmmm..... berjaya la hendaknyakan.

kraf tangan

Ini pula projek menghias kita. Nak beli mahal. Jadi kita buat sendiri hiasan dinding rumah nanti dah boring tukar la lain pula senah kan.

Kita ambik kain perca yang menimbun dalam studio jahit. Pilih-pilih corak yang cantik di mata. Lepas tu gosok kain alas kat belakang kasi keras sikit. Gosok-gosok dengan kasih sayang bagi hilang kedut. Masukkan dalam frame sangkut la di dinding. Cantikkan.

Frame tu kita beli di DIY senah eh. Cari corak yang seakan kayu. Nampak la keunikan dan kemahalan dia. Tetamu kita ingat kita beli di IKEA.  Beli di IKEA frame macam tu hai garu kepala tak gatal kita nanti tau. 

Toksah buang duit senah eh, Murah takpa janji tampil mahal hahahhaha.... Bye.