Monday, January 23, 2017

Alahai Cikgu

Haiiii......  mata dah gantuk tapi kita paksa mata ni senah eh. Paksa agar  tak tertutup. Sebenarnya kita sedang menunggu ketibaan seseorang. Mungkin pukul 1 pagi baru dia muncul. Disebabkan menunggu dia lah kita tak boleh 'sleeping like princess' Takut tak sedar. Sian member  tidur luarrrrr.....

Sementara menunggu kita layan la dulu vlog kesayangan ni.  Nak tahu tak senah tadikan kita jadi cikguuuu..... Sekarang ni bukan macam dulu lagi. Darjah satu aje pun tapi tak boleh main-main. Lajuuuuuu je kena kejar.

Cikgu pula hai la, tak tahu nak kata jiwa kering. Baru je masuk darjah satu, awal tahun pula tu, masih lagi dalam minggu suai kenal dah main ketuk kepala. Kita rasa tak patut betul cikgu ketuk kepala budak-budak. 

Tau la nak mengajar tapi cara tu tak betul. Kalau bebudak ada buat salah pukul tapak tangan mereka. Jangan di pukul kepala cikgu eh tak baik. Cuba cikgu bayangkan anak sendiri kena ketuk kepala ngan cikgu lain, suka dak cikgu eeeey. 

Rasa nak je doa mana-mana cikgu yang suka ketuk kepala bebudak ni besok-besok anak diorang pula kena ketuk kepala ngan cikgu lain.

Eh.. ehhhh cik melor 'over heating' pula dia hihihihi.... Takde la senah eh. Mak-mak ni bila berkumpul meyembang mula la keluarkan cite sorang-sorang. Kita dengar pun sakit hati. Apalagi kalau mengalami sendiri. 

Kita tolong luahkan je senah eh. Lagi pun takdak benda nak cerita  hahahhaa.... jangan marah ya.




No comments: