09 January 2014

Handmade : Small Tote Untuk Si Dara

Hai senahhhhhh....... apakhabar mu di sana? kita disini macam biasa lah hepyyyyyy sokmo tak kira hujan ke, panas ke, kita tetap senyummmmm. Bak iklan tv tuuuu....... 'senyum tak perlu kata apa-apa'.

Eeee...... dengan senyum pun kita dah boleh buat pahala tau senah. Sesambil kutip pahala buat bekal ke sana. Sikit-sikit lelama membukit pahala tu nanti hendaknya kan senahhhhhhhh..........
   
tote bag

Semalamkan senah, kita jahit tote beg kecil untuk sidara tau. Tak sampai hati duk dengar sidara merengek mintak buatkan beg kecil untuk isi buku tulis. Berat kata di. Bila semua sumbat dalam 1 beg. Kiranya, ni projek pertama kita di tahun 2014 la senah

Operasi pun bermula, guna saja bahan yang telah ada. Kita guna kain belacu dalamnyer di lapis dengan kotton checkerel pink. Lepas tu hias kan dengan bunga yang kite buat brooch, yang belum di pasang pin.

Sulamkan bodo-bodo sebagai tangkai bunga. Tak lupa kita jahitkan juga nama di tote bag tu supaya orang tahu tote bag tu sidara yang empunya. Senang kalau hilang orang tahu sapa yang punya. Name tag tu pula kite sulam sendiri tau senah. Baru nak belajar menyulam hihiii.

Tang tangkai tote tu pula, kite potong tali pinggang sibujang yang dah rosak. Yang dah berzaman kita simpan, lama la tu sebab sayang nak buang. Akhirnyar ada gak gunanya tali pinggang tu hahahhaha...... recycle senah weh.

Petang, kite 'suprise'kan sidara. Melompat sidara sebab suka sangat. Esok tu sidara bawak gi sekolah dan jangan tak tahu senah wehhhhh.... ke mana tumpahnyer kuah kalau tak ke nasi menayang la kerje dia ' like mother like daughter' hihihihi..........Bye

5 comments:

Mila@Rimbun said...

anak saya pun mintak beg kecil camni utk bawa buku tulis... kalau semua masuk beg belakang mmg kesiankan.. berat sungguh

munga2 tuh memang cun betullah.. sgt cantik

Melor said...

mila
memang berat bag sekolah budak sekarang. Kite tgk pun kasihan. demi anak n kedekut kite rela jahit sendiri hihihihi

Suzie said...

Aa cantik. Ingat nak buat juga utk 3 orang tu. Byk belt x guna blh recycle lah kan. Huhuhuh

Melor said...

suzie
buat la nanti jgn lupa tayang kite nak tgk ok.

Rozana said...

Comelnya beg tu. Anak-anak mesti suka. Lebih-lebih lagi maknya yang jahitkan.